Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mis.kin] | ميسکين

Definisi : tidak berharta benda, serba kekurangan (dlm barang-barang keperluan hidup), me­larat, papa; ~ papa terlalu miskin; rumah ~ rumah tempat orang-orang miskin dijaga; biar ~ asal cerdik terlawan juga orang kaya prb kebijaksanaan itu lebih juga drpd kekayaan; memiskinkan menjadikan miskin; kemiskinan perihal miskin, kekurangan, kepapaan: bukan sedikit jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsaraan itu lantaran ~; pemiskinan perihal, perbuatan atau tin­dakan memiskinkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mis.kin] | ميسکين

Definisi : serba kekurangan barang-barang keperluan hidup; tidak berharta: ~ papa terlalu miskin. memiskinkan menjadikan miskin. kemiskinan keadaan miskin; kepapaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anak Cina berbaju satin,
     Sudah satin jarang pula;
Hina saya kerana miskin,
     Sudah miskin dagang pula.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Yang ombak itu ombak juga,
     yang air itu air juga.

Bermaksud :

Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(89)

352

Give him an inch and he will take a yard

Diberi sedikit tetapi hendak lebih lagi.

Diberi betis hendak peha.

Since she is too poor to take care of her nine children, I agreed to bear one of her son's education expenses. Unfortunately, people like to take advantage of the generosity of others. Now she expects me to do same for her other children. Give him an inch and he'll take a mile, indeed.

Oleh sebab wanita itu terlalu miskin untuk menjaga sembilan anaknya, saya pun bersetuju untuk menanggung perbelanjaan salah seorang anak lelakinya. Malangnya, orang suka mengambil kesempatan daripada kemurahan hati orang lain. Sekarang dia mengharapkan saya menanggung anak-anaknya yang lain pula! inilah yang dikatakan diberi betis hendak peha.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang manakah tepat? (a) Kenaikan harga barang membebankan golongan miskin. (b) Kenaikan harga barang membebani golongan miskin.Ayat yang betul ialah kenaikan harga barang membebankan golongan miskin.Tatabahasa02.12.2015
Muhni tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana dia miskin. Muhni tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana miskin. ayat mana yang lebih gramatis??? knp?Ayat pertama lenih gramatis kerana perkataan 'dia' menjelaskan lagi siapakah yang dikatakan miskin.Tatabahasa22.09.2008
1. Dia berasal daripada keluarga yang miskin. 2. Dia berasal dari keluarga yang miskin. Ayat di atas yang mana gramatis. Apakah perbezaan cara penggunaan dari dan daripada. Sekian terima kasih.

Ayat yang gramatis,  Dia berasal daripada keluarga yang miskin. - penggunaan dari untuk menunjukkan tempat, arah dan tarikh, manakala daripa menunjukkan punca, sumber, perbezaan dan perbandingan. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 268. 

 

Tatabahasa27.01.2011
Salam Tuan. 1. Ali berasal DARI / DARIPADA keluarga yang miskin. 2. Saya makan BERSAMA / BERSAMA DENGAN / BERSAMA-SAMA ibu bapa.1. Ali berasal daripada keluarga yang miskin.
2. Saya makan bersama dengan/bersama-sama ibu bapa.   (kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan)
Tatabahasa20.09.2021
Mohon semakan ayat berikut pada poster: " Kempen Menaja Keluarga Asnaf Miskin Bandar, Anak Yatim Serta Ibu Tunggal Berbuka Puasa & Barang Dapur"Ayat yang betul ialah Kempen menaja keluarga asnaf miskin bandar, anak yatim serta ibu tunggal berbuka puasa dan bantuan barangan dapur.Tatabahasa22.05.2017
Salam, saya ingin meminta pandangan yang manakah satu rancangan dan yang mana satukah slot dan apakah perbezaan antara rancangan dan slot? Contohnya, Majalah Tiga yang memaparkan cerita orang miskin. Adakah Majalah Tiga satu rancangan yang memaparkan slot orang miskin? Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, rancangan bermaksud program atau rencana, slot bermaksud ruang waktu yang diperuntukkan oleh media massa untuk membolehkan sesuatu maklumat (berita, dan sebagainya) disiarkan. Berdasarkan makna yang tersebut rancangan Majalah Tiga dan slot orang miskin boleh digunakan.Tatabahasa17.04.2013
nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq....Limau tidak melambangkan orang miskin dan perahu tidak merujuk orang kaya.  Sebenarnya peribahasa "Limau masak sebelah" sahaja sudah memadai untuk membawa maksud hukuman yang tidak adil, iaitu hukuman yang dijatuhkan mengikut kedudukan atau taraf seseorang pesalah.  Frasa "Perahu karam sekerat" adalah penguat kepada peribahasa "Limau masak sebelah" ini. "Perahu karam sebelah" juga boleh berdiri sendiri dan membawa maksud yang sama juga.Makna10.03.2014
Salam sejahtera, tuan. Kerajaan digesa membina lebih banyak rumah kos rendah yang berharga antara RM100,000 dan RM120,000 untuk golongan miskin bandar di ibu kota. Adakah ayat ini betul? Terima kasih.Ayat ini betul. Kerajaan digesa membina lebih banyak rumah kos rendah yang berharga antara RM100,000 dan RM120,000 untuk golongan miskin bandar di ibu kota. Lain-lain07.03.2021
Assalamualaikum.. Saya ingin memohon surat kebenaran untuk mengadaptasi Cerpen karya Hamzah Hussin bertajuk MISKIN didalam buku PAGAR BUKAN PENJARA ISDN : 983-62-5333-5 bagi tujuan Adaptasi Cerpen ke Filem Pendek.
Tuan/Puan yang dihormati,
 
Mohon jasa baik tuan/puan mengemukakan surat permohonan rasmi kepada pihak kami ke alamat e-mel mohd_rusdi@dbp.gov.my
 
Untuk sebarang pertanyaan lanjut tuan/puan bolehlah menghubungi Encik Mohd Rusdi bin Mat Rakib, pegawai di Bahagian Harta Intelek DBP di talian 03-21479522.
Lain-lain28.02.2020
sila tandakan kesalahan dalam ayat berikut, (A. Sejak) berpindah ke sana, Ali turut terlibat (B. di dalam) kerja-kerja sosial seperti membantu warga tua (C. serta) membantu orang miskin. (D. tiada kesalahan). pada pendapat saya, kesalahannya adalah B, sepatutnya dalam.Ayat yang gramatis, sejak berpindah ke sana, Ali turut terlibat dalam kerja-kerja sosial seperti membantu warga tua serta membantu orang miskin. Pendapat tuan betul, kesalahan pada jawapan B. di dalam.Tatabahasa27.09.2012
12345

Kembali ke atas