Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.dul] | مودول

Definisi : 1. unit atau bahagian tersendiri yg leng­kap dgn komponennya yg melaksanakan fungsi tertentu dan dapat dirangkaikan dgn unit-unit lain dlm sesuatu yg lebih besar; 2. kursus, pelajaran (latihan dsb) yg dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata modul


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ditugaskan untuk menyelaraskan penerbitan modul latihan pemakanan untuk agensi.soalan saya ialah cth: modul pertama telah diterbitkan pada tahun 1996.salah satu modul penulis asal adalah PUAN A, dan pada tahun 2012, modul itu telah ditulis semula PUAN B.tetapi, bila saya go through modul yg ditulis oleh PUAN B, saya dapati gaya bahasa adalah sama seperti yg ditulis oleh PUAN A.PUAN B hanya update beberapa term baru sahaja.jadi, pada pandangan tuan, siapakah penulis modul itu...since kami assign puan B sebagai penulis dan PUAN A sebagai reviewerJika gaya bahasa dan isi kandungannya masih sama, kecuali beberapa perkataan/istilah yang hanya dikemaskini, penulis sebenar tetap Puan A.Lain-lain17.04.2012
modul yang diberikan dalam kursus, perkataan KRAFTANGAN dimantapkan menjadi satu perkataan, tetapi dalam kamus DBP perkataan tersebut ditulis secara asing, iaitu KRAF TANGAN. Yang mana betul?Perkataan kraf tangan yang merupakan kata majmuk dieja sebagai dua  perkataan. Walau bagaimanapun perkataan ini dieja sebagai satu perkataan bagi Lembaga Kraftangan Malaysia kerana ini merupakan nama khas yang telah berdaftar diwartakan. .   Ejaan14.04.2009
Salam Tuan/Puan, mohon penjelasan mengenai penggunaan frasa berikut: "Modul yang dimohon" atau Modul yang dipohon"?Waalaikumsalam, Perkataan "pohon" dan "mohon" mempunyai persamaan makna kerana perkataan "pohon" selain bermaksud "pokok" juga mempunyai maksud "meminta dengan halus" (dengan hormat). Walau bagaimanapun, untuk ayat ynag lebih gramatis, elok digunakan perkataan "mohon". Oleh itu, frasa yang betul ialah "Modul yang dimohon".Istilah10.09.2014
Assalamualaikum..apa perbezaan modul dan manual? cth penyediaan modul keibubapaan dan manual keibubapaan..apa bezanya. terima kasih.
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, modul bermaksud unit atau bahagian tersendiri yang leng­kap dengan komponennya yang melaksanakan fungsi tertentu dan dapat dirangkaikan dengan unit-unit lain dalam sesuatu yang lebih besar; dan juga bermaksud kursus, pelajaran (latihan dan sebagainya) yang dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran.
Manual pula bermaksud  buku yang mengandungi panduan dan maklumat untuk melaksanakan sesuatu. 
Tatabahasa17.12.2020
Apakah yang dimaksudkan dengan "Modul pembelajaran berasaskan komputer"Modul pembelajaran yang berasaskan komputer dan multimedia sebagai bahan bantuan.Makna30.03.2009
Saya ingin pastikan untuk penulisan tesis atau penulisan akademik apakah istilah yang lebih sesuai (i) modul ATAS talian atau (2) modul DALAM talian. Soalan kedua saya kamus manakah lebih tepat untuk tujuan ini, Kamus Dewan atau istilah yang disahkan olen DBP? Bagaimana mengetahui istilah yg disahkan oleh DBP? Terima Kasih atas bantuan pihak tuan/puan.Frasa yang tepat ialah "modul dalam talian" . Untuk melihat makna kata Kamus Dewan rujukan yang tepat, manakala apabila merujuk istilah maka buku/kamus istilah adalah rujukan utama.Tatabahasa01.07.2012
saya ingin mengikuti kursus-kursus jangka pendek yang berkaitan dengan bidang bahasa ataupun sastera. namun, bagaimanakah caranya? Siapakah yang perlu saya hubungi?Kursus jangka pendek dalam bidang bahasa dan sastera yang dikendalikan oleh DBP hanya di peruntukkan untuk staf DBP.DBP mengendalikan program kursus berbayar jika ada permohonan dan permintaan dari jabatan luar dengan megendalikan sepenuh nya kursus secara pakej berdasarkan modul-modul kursus yang diperlukan oleh pelanggan.Setakat ini DBP belum menawarkan kursus kepada awam secara individu.  Lain-lain30.01.2008
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, adakah perkataan 'bagaimana' boleh digunakan dalam situasi selain daripada pertanyaan? Contohnya: Modul ini disediakan agar para pelajar boleh memahami bagaimana bahan kimia dihasilkan. Adakah ayat ini gramatis? Atau adakah perkataan 'bagaimana' perlu digantikan dengan 'cara'? Contoh: Modul ini dihasilkan agar para pelajar boleh memahami cara bahan kimia dihasilkan. Sekian, terima kasih.Perkataan "bagaimana" ialah kata tanya dan digunakan dalam ayat Tanya, bukan ayat penyata. Ayat itu boleh dibetulkan menjadi "Modul ini disediakan agar para pelajar boleh memahami proses bahan kimia dihasilkan".Tatabahasa06.11.2015
Saya ingin mendapatkan pencerahan perbezaan diantara GARIS PANDUAN, MANUAL dan MODUL. Sekian, terima kasih.

Takrif dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) bagi garis panduan, manual dan modul adalah seperti yang berikut:

 

garis panduan

n maklumat yg boleh diikut dan dijadikan pegangan dlm melakukan sst rancangan, kerja, tindakan dsb;

 

manual

n buku, dokumen dsb yg mengandungi panduan, maklumat atau prosedur utk melaksanakan atau menggunakan sst: Beliau cuba membaiki penyaman udara di biliknya dgn merujuk manual.

 

modul

n 1 bahagian drp program, kursus, latihan dsb yg dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sst kelayakan atau kemahiran: Jabatan Bomba telah menerbitkan siri buku asas kebombaan yg merangkumi tujuh modul. • Modul ini ditujukan khas kpd ibu bapa atau penjaga yg mempunyai anak berusia di bawah 13 tahun. 2

 

Lain-lain18.06.2021
Kursus tersebut akan diadakan selama lima hari merangkumi tiga modul iaitu Web Master Training, Database Training dan Mapping Training. Minimum peserta yang diperlukan untuk menghadiri kursus tersebut ialah seramai 20 orang atau lebih. Empat hari diperuntukkan bagi kesemua peserta menjalani ketiga-tiga modul latihan dan satu hari untuk uji cuba memuat naik sistem DevInfo ke dalam server. Soalan saya: 1. 20 orang perlu dieja atau memadai menulis angka sahaja? Ada syarat-syarat penggunaan nombor kah? 2. Sesuaikah perkataan uji cuba digunakan dalam ayat tersebut?

Dalam penulisan angka atau nombor, bagi nombor satu hingga sebelas, pada kebiasaannya dieja. Bagi nombor 12 dan seterusnya, bentuk angka digunakan. 

Bagi pertanyaan kedua, perkataan uji cuba boleh digunakan.       

Tatabahasa15.06.2009
1234

Kembali ke atas