[mo.nyét] | موڽيت
Definisi : (monyét) sj binatang yg hampir sama dgn kera; baju ~ baju yg bersambung dgn seluar (dipakai oleh kanak-kanak); cinta ~ cinta kasih yg keanak-anakan; pintu ~ pintu yg berdaun dua (di atas dan di bawah); kera menjadi ~ prb sama sahaja halnya; spt ~ mendapat bunga (adakah ia tahu akan fa-edah) prb tiada tahu menghargai sesuatu yg elok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mo.nyét] | موڽيت
Definisi : /monyét/ sj binatang yg hampir sama dgn kera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)