Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.to.si.kal] | موتوسيکل

Definisi : sj kenderaan beroda dua yg di­jalankan dgn enjin; bermotosikal menunggang atau menaiki motosikal: dia ditembak oleh penyerang yg ~ di luar kedai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.to.si.kal] | موتوسيکل

Definisi : kenderaan yg beroda dua dan dijalankan oleh motor. bermotosikal menunggang atau menaiki motosikal: Dia bersiar-siar dgn ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata motosikal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Boleh guna "menolak motosikal"? atau mesti menuntun motosikal. 2. "memasukkan angin ke dalam tayar yang pancit" betulkah? atau mesti guna "mengepam tayar motosikal" 3. "membayar harga membaiki motosikal di kaunter bayaran " ada kesalahan dari segi struktur ayat? Terima kasih
1. Menolak motosikal dan menuntun motosikal, kedua-duanya betul. Sila rujuk kamus untuk melihat makna dan konteks penggunaan kedua-dua kata tersebut.
2. Mengepam tayar motosikal.
3. Membayar harga membaiki motosikal, betul kerana harga termasuklah untuk barang dan perkhidmatan.
Tatabahasa28.07.2014
Satu per satu komponen motosikal itu ditanggalkan dari rangka motosikal / Satu per satu komponen motosikal itu ditanggalkan daripada rangka motosikalSatu per satu komponen motosikal itu ditanggalkan daripada rangka motosikal.Tatabahasa19.10.2011
Assalamualaikum. Mohon pengesahan DBP: Papan tanda motosikal: "Sila letakkan motosikal secara bertongkat dua." Papan tanda pintu utama : "Selamat datang ke ILIM. Anda berada di dalam kawasan amalan 5'S. Sila patuhi arahan yang ditetapkan." Terima kasih diucapkan. Wassalam.1. "Sila letakkan motosikal menggunakan tongkat dua" atau "sila letakkan motosikal dengan tongkat dua".
2. Ayat tersebut betul.
Tatabahasa15.03.2013
a. Setiap sepuluh (10) motosikal di jalan raya, tujuh (7) daripada motosikal yang ada adalah dari Honda. atau b. Setiap sepuluh motosikal di jalan raya, tujuh (7) daripada motosikal yang ada adalah daripada Honda. Antara a dan b yang manakah pernyataan yang betul. PENGGUNAAN DARI DAN DARIPADA (KEDUANYA KATA NAMA) PENGGUNAAN NOMBOR APAKAH SESUAI DALAM AYAT?Jawapan yang betul:
Tujuh daripada sepuluh buah motosikal di jalan raya daripada Honda.

atau

Tujuh daripada sepuluh motosikal di jalan raya daripada Honda. 

Lain-lain29.03.2021
Motosikal tersebut dijual tanpa mengambil keuntungan atau untung? Masa bila nak letak imbuhan apitan ke....an?

Dalam contoh ayat yang diberikan, kedua-dua perkataan iaitu untung dan keuntungan betul.

Apitan ke-...-an boleh digunakan dalam dua keadaan, iaitu:
1. Bergantung pada konteks ayat.
2. Untuk memerihalkan sesuatu keadaan. Contohnya perkataan keuntungan yang merupakan  perihal beruntung.

Tatabahasa29.03.2021
Berikut adalah ayat-ayat yang digunakaan pada papan tanda: "khidmat simpan beg" "kanak-kanak di bawah 6 tahun" "tempat menyimpan beg" "Restoran Al-Berkat Maju" "awasi penyeluk saku" atau "awas penyeluk saku" "dilarang berlegar dan berurus niaga di kawasan ini" "D'Santai Station" "Wakil Insurans Am" "laluan untuk busiuness sahaja" "Parking Motosikal" "Motosikal s'ja" saya ingin tahu ayat yang betul. terima kasih.

Saudara,

Frasa yang betul ialah : i. khidmat simpan beg atau tempat menyimpan beg ii. Restoran Al-Berkat Maju (bergantung pada pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia) iii. kanak-kanak di bawah 6 tahun iv. awas, penyeluk saku! v. Dilarang berlegar dan berurus niaga di kawasan ini vi. D Santai Station seharusnya Stesen D' Santai(bergantung pada pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia) vii. wakil insurans am viii. laluan untuk niaga sahaja ix. motosikal sahaja 

Tatabahasa25.08.2010
Saya ingin meminta pengesahan dari Pihak Dewan Bahasa Pustaka untuk penggunaan bahasa dalam papan iklan kami. KEDAI MOTOSIKAL Nama Kedai : FAZRO MOTORRAD GARAGE Alamat : No.48&50 Jalan Penyair U1/44 Hicom Glenmarie Industrial Park 40150 Shah Alam, Selangor No Tel : 03-55670033 Email : fazro.motorrad@gmail.com Jenis Perniagaan : bengkel motosikal, alat ganti motosikal, menjual motosikal

Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama tuan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.

Lain-lain09.11.2014
Saya adalah pereka motosikal di MODENAS SDN. BHD. Seperti yang diketahui ramai, terdapat pelbagai jenis dan rekaan motosikal di pasaran dunia dan tempatan. Di Malaysia, motosikal jenis "Underbone" atau "Kapcai" adalah yang paling terkenal sekali. Daripada pemerhatian yang di buat, penggunaan nama "Kapcai" telah di guna pakai lebih daripada 50 tahun . Pengguna menggunakannya dalam bahasa harian serta mampu mengenal pasti dengan tepat akan jenis motosikal tersebut dengan nama itu. Atas faktor-faktor tersebut, bolehkah "Kapcai" di daftarkan dalam Bahasa Malaysia? http://en.wikipedia.org/wiki/UnderboneBuat masa ini perkataan kapcai sudah pun dirakamkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat , halaman 674. Walau bagaimanapun perkataan ini digunakan dalam bahasa percakapan.Lain-lain05.03.2008
Salam sejahtera, Ingin mohon tulisan jawi untuk :1) KEDAI ALAT-ALAT GANTI MOTOSIKAL 2) KEDAI MENJUAL PERALATAN MOTOSIKAL Terima KasihWaalaikumussalam,
Keterangan aktiviti perniagaan yang betul ialah:
1. KEDAI ALAT GANTI MOTOSIKAL - کداي الت ݢنتي موتوسيکل
2. KEDAI PERALATAN MOTOSIKALکداي ڤرالتن موتوسيکل
Ejaan19.06.2019
Adakah penggunaan frasa 'penunggang-penunggang motosikal' betul?Frasa yang betul ialah "penunggang motosikal".

Jika hendak menyatakan jamak/banyak, frasa yang lebih sesuai ialah ramai penunggang motosikal...
Tatabahasa21.09.2012
12345

Kembali ke atas