Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Komp) tindakan memindahkan fail dr stesen komputer pengguna ke stesen kom­puter utama melalui talian rangkaian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist tindakan memindahkan fail atau data dr komputer pengguna ke komputer pusat melalui talian rangkaian. memuat naik melakukan muat naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muat (adjektif)
Bersinonim dengan ada ruang, dapat diisi, tidak sempit, tidak ketat, tidak sendat;,
Kata Terbitan : memuatkan, termuat, muatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, muat naik di laman media, muat naik ke laman media atau muat naik ke dalam laman media? Mohon penerangannya. Terima kasih.Perkataan yang betul ialah melalui, iaitu muat naik melalui laman media. Melalui dalam konteks ayat tersebut berfungis sebagai "dengan perantaraan" atau "menerusi". Contohnya, Rancangan Dewan Bahasa sering kali disiarkan melalui radio.Makna26.11.2018
Selamat pagi dan salam sejahtera, muat naik di laman media, muat naik ke laman media atau muat naik ke dalam laman media? Mohon penerangannya sekali. Terima kasih.Penggunaan perkataan yang betul ialah muat naik ke dalam laman media. Kata sendi nama 'ke' menunjukkan berlakunya pergerakan fail contohnya dalam simpanan komputer ke laman media dan penggunaan kata sendi nama 'dalam' merujuk laman media yang merupakan tempat/lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak yang nyata.Tatabahasa19.11.2018
muat naik atau muatnaik?Ejaan yang betul ialah "muat naik".Ejaan25.07.2023
Tuan/Puan, Mohon pencerahan tentang ayat manakah yang betul untuk penggunaan ke/kepada: 1a) Salin Foto anda daripada Album Foto kepada Google Photos. 1b) Sailn Foto anda dari Album Foto ke Google Photos. 2a) Pada masa ini, Google Drive mengehadkan muat naik kepada 10 GB. 2b) Pada masa ini, Google Drive mengehadkan muat naik ke 10 GB. 3a) Muat naik foto dan video kepada Pustaka Google Photos. 3b) Muat naik foto dan video ke Pustaka Google Photos. 4a) Tukar kepada paparan pustaka peribadi anda. 4b) Tukar ke paparan pustaka peribadi anda. Terima kasih kerana membantu.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa manakala "kepada" merupakan kata untuk menyatakan arah ke (di­pakai sebelum nama orang atau kata peng­ganti diri),  terhadap, akan atau  daripada, pada
 
Ayat yang betul ialah:
1. Salin Foto anda dari Album Foto ke Google Photos.
2. Pada masa ini, Google Drive mengehadkan muat naik kepada 10 GB.
3. Muat naik foto dan video melalui Pustaka Google Photos.
4. Tukar kepada paparan pustaka peribadi anda.

Tatabahasa17.05.2023
adakah muat turun dan muat naik ialah kata majmuk?Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Oleh itu, "muat turun" dan "muat naik"  ialah kata majmuk.Tatabahasa10.03.2013
Apakah proses pembentukan istilah 'muat naik' dan 'muat turun' dalam bahasa Melayu untuk padanan upload dan download?ntuk makluman, pembakuan bahasa Melayu bermaksud prosespenyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Prosespembentukan kata atau pinjaman ini dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman pembentukan istilah. Salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah behasa Melayu bermakna mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila; 1. Istilahasing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilahMelayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilahasing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya. Penyemakan dan penterjemahan26.10.2018
1:20 AM Selamat pagi. Saya terdapat kemusykilan dalam ayat aktif, ayat pasif dan ayat songsang. Sila rujuk file yang saya muat naik. Terima kasihSelamat pagi,

Soalan yang diberikan hampir serupa. Sehubungan dengan itu, hanya satu contoh diberikan untuk rujukan tuan/puan kerana konsepnya sama. Bagi membantu saudara mendapatkan ciri-ciri ayat pasif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan.

Untuk makluman,  Ayat songsang ialah predikat mendahului subjek. Manakala, ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

Contoh ayat:

Ibu melahirkan seorang anak kelmarin.
Ayat Songsang Melahirkan seorang anak kelmarin ibu. [Betul]
Ayat Songsang Kelmarin ibu melahirkan seorang anak. [Betul]
Ayat Pasif Seorang anak dilahirkan oleh ibu kelmarin. [Betul]
Ayat Pasif Seorang anak kena lahirkan oleh ibu kelmarin. [Salah] - Penggunaan perkataan "kena" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. 
Ayat Pasif Seorang anak terlahirkan oleh ibu kelmarin. [Salah] Penggunaan perkataan "terlahir" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. 
Tatabahasa24.10.2015
Salam sejahtera, Saya tidak pasti pola ayat di bawah: FN + FK 1. (Kami) (melawat ke Melaka.) *melawat ke Melaka -frasa kerja? walaupun terdapat kata sendi nama ke? 2. Tolong semak pola ayat dan ayat dasar yang saya muat naik. Kalau salah tolong beri penjelasan. Sekian, terima kasih.1. Pola ayat tersebut ialah FA + FK. FK kerana kata inti ialah melawat (KK), ke melaka merupakan keterangan.
2. Jenis pola ayat yang diberikan adalah betul kecuali berjumlah merupakan kata kerja. Berjumlah bermaksud mempunyai jumlah.
Tatabahasa02.10.2019
1. muat turunkan atau muatturunkan ? 2. tambah baikkan atau tambahbaikkan ? 3. muat naikkan atau mautnaikkan ?Ejaan yang tepat ialah 1. muat turun. 2. tambah baik atau penambahbaikan. 3. muat naik.Ejaan05.09.2010
Ada kah, iklan papan kami lulus ?Tuan/puan perlu membuat permohonan pengesahan bahasa untuk iklan secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila klik Daftar Permohonan, pilih Daftar Iklan. Masukkan keterangan yang diminta. Pilih PBT dan tekan Masuk PBT. Muat naik gambar mengikut format dan saiz yang ditetapkan. Tekan Simpan. Buat bayaran yang ditetapkan. Pihak kami akan memproses iklan tuan/puan selepas bayaran diterima. Sila buat pembetulan seperti yang berikut:

1. Masukkan keterangan aktiviti perniagaan dalam bahasa Melayu di bahagian atas sebelah kiri iklan papan utama. Contohnya PEJABAT URUSAN  atau lain-lain yang bersesuaian.

2. Betulkan Tel.:   (Letak titik dan dirapatkan)

3. Sila terjemahkan teks bahasa Inggeris dalam  bahasa Melayu atau buat dalam dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris) kecuali nama yang telah didaftarkan.

4. 
Sila lampirkan keseluruhan visual iklan dan teks yang lebih jelas setiap butirannya untuk memudahkan penyemakan daripada pihak kami.





Lain-lain24.03.2021
123456789

Kembali ke atas