Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.da] | مودا

Definisi : 1. belum tua (orang dll), masih remaja: sesetengah drpd mereka masih ~ mentah; anak ~ gadis atau teruna; kaum ~ golongan orang muda, generasi baru; 2. belum masak atau tua (buah-buahan, daun-daunan, dll), baru menjadi (parut, kulit, dll): kelapa ~; parut ~; 3.masih baru (diadakan, diusahakan, dll), belum lama (wujudnya sesuatu): kita juga telah diberi mandat utk memandu negeri ini dr sebuah negeri ~ menjadi negara dewasa; 4.masih awal (hari, bulan, dll), belum meng­hujung (lewat): malam masih ~ tetapi jalan raya telah mulai lengang; orang telah pulang ke rumah masing-masing sebab telah meng-habiskan wang di bulan ~; 5. tingkatan (ke­dudukan, pangkat, dll) yg kedua: laksamana ~; leftenan ~; menteri ~; raja ~ bakal raja; 6.yg terakhir atau baru (isteri): isteri ~; 7.kurang gelap atau tua (warna), agak pucat: merah ~; hijau ~;~ belia muda sekali; ~ hati = ~ fikiran (orang tua) yg tingkah lakunya spt orang muda; ~jelita orang yg muda lagi jelita (gadis); ~mentah bp sangat muda; ~-mudi; a) golonganorang muda; b) Id tarian antara laki-laki dan perempuan yg moden (bukan dansa); ~ re-maja muda yg sudah hampir akan baligh; ~ terala orang muda yg berpangkat tinggi; main ~ berseronok (bersuka-sukaan) dgn perem­puan; bermuda Mn bermain muda, bermukah, berzina; ~ diri selalu benar berkahwin; bermuda-muda Mn berkelakuan spt orang muda; memudakan membuat (menjadikan dll) muda, menganggap muda: selesai ~ wajah, sibuk pula dia memilih tali leher; mempermuda menjadikan lebih muda: tentu sekarang ia berkurang akan ~ kulitnya; kemudaan perihal muda, keadaan (masih) muda: menurutkan nafsu ~nya; kerana ~ usia, maka para belia masih memerlukan bimbingan, nasihat, teguran serta tunjuk ajar drpd golongan yg lebih berumur; kemuda-mudaan bertingkah laku spt anakmuda;pemuda orang yg masih muda (lelaki), anak(lelaki) yg masih remaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.da] | مودا

Definisi : 1 belum tua (bkn orang); masih remaja: Isterinya masih ~. anak ~ gadis atau teruna. 2 belum tua atau belum masak (bkn buah-buahan, daun-daunan dll). 3 agak pucat; kurang gelap (bkn warna): merah ~. 4 tingkatan, pangkat atau kedudukan yg kedua: menteri ~; raja ~ bakal raja; isteri ~ isteri yg terakhir atau yg terbaru. 5 belum lama lagi; belum larut: Negara Malaysia masih ~. bulan ~ awal bulan. ~ belia muda sekali. ~ hati orang tua yg bertingkah laku spt orang muda. ~-mudi golongan orang muda (lelaki dan perempuan). ~ remaja mula dewasa. memudakan menjadikan muda; menganggap muda. kemudaan keadaan atau sifat muda. kemuda-mudaan kelihatan muda atau spt anak muda (bkn kelakuan dsb); bertingkah laku spt anak muda. pemuda orang lelaki yg masih muda; orang muda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muda (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan belia, masih remaja, masih mentah, budak, masih hijau, setahun jagung, ubun-ubun masih lembik, masih berhingus,
Berantonim dengan tua

2. Dalam konteks buah
bersinonim dengan belum masak, belum tua, masih hijau,
Berantonim dengan tua

3. Bersinonim dengan masih awal: belum lama, belum menghujung,
Berantonim dengan lewat

Kata Terbitan : kemuda-mudaan, pemuda,

Puisi
 

Kelapa muda muda juga,
     Kelapa tua dibuat inti;
Suka suka juga,
     Sembahyang kita jangan dihenti.


Lihat selanjutnya...(111)
Peribahasa

Rambut sudah dua macam,
     lagi juga berbanyak ragam.

Bermaksud :

Orang tua atau setengah umur berkelakuan seperti orang muda-muda.

 

Lihat selanjutnya...(46)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah predikat dan subjek bagi ayat berikut?tq Pelayan di restoran baharu itu muda-muda belaka.

Pelayan [subjek]+ di restoran baharu itu muda belaka [predikat] .

Tatabahasa25.01.2015
Apa adjectif yang sesuai untuk menerangkan pisang muda dan mangga muda?
Menurut data kami, kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda atau yang menerangkan kata nama (seperti besar, tinggi, merah, muda, tua); kata sifat. Sehubungan dengan itu, frasa pisang muda dan mangga muda adalah betul.
Tatabahasa22.05.2018
APakah takrif remaja menurut Kamus Dewan?remaja 1. mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur utk berkahwin; 2. = muda ~ muda; gadis ~ = ~ puteri gadis yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); ~ putera pemuda yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); masa ~ masa mulai timbul rasa cinta berahi, masa muda-muda;Makna23.12.2008
Dia adalah muda. Ayat di atas betul ke?Ayat "Dia adalah muda.", tidak betul. Ayat yang betul ialah "Dia muda."/"Dia amat muda." (pola Frasa Nama + Frasa Adjektif). Tatabahasa23.11.2023
Golongan muda merupakan generasi yang amat berpengaruh dalam sesebuah novel. Apakah definisi 'golongan muda' dan tafsirannya berdasarkan pandangan sarjana tempatan dan luar negara? Berapakah lingkungan umur yang boleh dikategorikan sebagai golongan muda? Apakah kesan pemaparan golongan muda terhadap jalan cerita sesebuah novel? Apakah tafsiran sikap individuistik berdasarkan pandangan sarjana tempatan dan luar negara?Secara umum golongan muda yang dimaksudkan ialah penulis muda dalam kesusasteraan kebangsaan yang lingkung umur mereka sekitar 18 tahun hingga 40 tahun. Berkaitan dengan soalan 'kesan pemaparan penulis muda dalam sesebuah novel' memerlukan satu kajian yang boleh dibuat berdasarkan satu atau beberapa buah karya yang dihasilkan oleh penulis muda dalam lingkungan umur di atas.  Begitu juga dengan soalan berkaitan dengan 'tafsiran sikap individulistik' penulis muda juga memerlukan kajian.Lain-lain20.06.2010
Apakah maksud penulis muda ? Adakah penulis yang baru menulis ? atau adakah penulis yang telah melibatkan diri mereka sejak tahun 90-an hingga sekarang ?

Penulis muda dikategorikan mengikut hasil karyanya. Sekiranya seseorang penulis sentiasa menghasilkan karya untuk golongan muda, maka penulis itu dianggap penulis muda. Penulis yang baru menulis tidak semestinya bergelar penulis muda jika karyanya untuk pembaca umum dewasa. Jadi, penulis yang berkarya semenjak tahun 1990-an dianggap penulis muda jika karyanya sentiasa untuk golongan muda

Lain-lain05.05.2008
Wilson membeli air kelapa muda KERANA Wilson berasa haus. atau Wilson membeli air kelapa muda KERANA dia berasa haus. atau Wilson membeli air kelapa muda KERANA berasa haus.Ayat majmuk yang betul ialah "Wilson membeli air kelapa muda kerana berasa haus".Tatabahasa19.05.2014
Bolehkah "muda" digunakan untuk menggambarkan haiwan? Contoh: Looks like a pretty young goat. Nampak seperti kambing yang muda. Atau kambing yang masih kecil? Tapi bagaimana jika ia kambing muda tapi besar? Minta nasihat pihak DBP. Terima kasih.Padanan untuk 'young goat' adalah berbeza mengikut konsep. Tuan boleh memilih padanan dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:
1. Kambing Muda  (untuk konsep makanan/hidangan)
2. Kambing muda yang comel  (untuk konsep haiwan hidup) 
Istilah14.07.2021
Cadangan bagi terjemahan 'pasukan keselamatan belia' untuk sebarang maklum balas atau pembetulan yang boleh memberikan impak lebih yang baik hasil dari penjenaan pasukan tersebut. senarai berkenaan adalah seperti yang berikut; ANGAKATAN SUKARELA MUDA KDN (ASMK) PASUKAN SUKARELA MUDA KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN KDN (PASUKK) KESATRIA MUDA KESELAMATAN 1KDN (KMK 1KDN) ANGKATAN MUDA AMAN KDN (AGMA) / (AGAMA) ANGKATAN MUDA : KESELAMATAN & KESEJAHTERAAN BRIGED BELIA KESELAMATAN BRIGED KESELAMATAN MUDA 1KDN (BKMK @ BKM1K)Setelah perbincangan diadakan, kami berpendapat nam yang paling baik dan sesuai digunakan ialah KESATRIA MUDA KESELAMATAN 1 KDN (KMK 1 KDN). Untuk makluman, ejaan "KESATRIA" adalah salah, dan ejaan yang betul ialah KESATRIAN. Ejaan "1KDN" juga adalah salah dan perlu dieja berasingan, iaitu 1 KDN. Perkataan kesatria lebih sesuai dan lebih memberi impak kerana kesatria bermaksud "orang yang gagah berani", berbanding dengan perkataan "angkatan sukarela, pasukan sukarela dan angkatan muda" yang kurang memberi impak. "BRIGED" pula tidak sesuai kerana dalam kamus Dewan Edisi Keempat, briged bermaksud divisyen tentera yang biasanya terdiri daripada markas, beberapa unit penempur (misalnya batalion infantri atau rejimen kereta perisai) dan unit penyokong.Tatabahasa02.05.2014
apakah definisi belia dan konsep belia di malaysia?

1.    Mengikut Kamus Dewan definisi "belia" ialah : a) muda; muda ~ sangat muda (muda remaja); b) pemuda; c) golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita), pemuda dan pemudi: kelab~

2.    Konsep Belia di Malaysia pula, saudara bolehlah menghubungi Kementerian Belia dan Sukan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pertanyaan tersebut. Sekian, terima kasih.

Lain-lain19.06.2008
12345678910...

Kembali ke atas