Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
muda (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan belia, masih remaja, masih mentah, budak, masih hijau, setahun jagung, ubun-ubun masih lembik, masih berhingus,
Berantonim dengan tua

2. Dalam konteks buah
bersinonim dengan belum masak, belum tua, masih hijau,
Berantonim dengan tua

3. Bersinonim dengan masih awal: belum lama, belum menghujung,
Berantonim dengan lewat

Kata Terbitan : kemuda-mudaan, pemuda,

Puisi
 

Kelapa muda muda juga,
     Kelapa tua dibuat inti;
Suka suka juga,
     Sembahyang kita jangan dihenti.


Lihat selanjutnya...(111)
Peribahasa

Rambut sudah dua macam,
     lagi juga berbanyak ragam.

Bermaksud :

Orang tua atau setengah umur berkelakuan seperti orang muda-muda.

 

Lihat selanjutnya...(46)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
rongek[č.NE/]kata namasakit selepas bersalin.Ubek rongek, ae kelapo muda campo gulo molako.[u.bE/ č.NE/ AE k«.lA.p mu.d tSAm.p gu.l m.lA.k]Ubat sakit selepas bersalin, air kelapa muda dicampur gula melaka.
morugau[m.Äu.gAw]kata adjektifberkenaan rambut yang tidak terurus.Rambut si ujang tu morugau, lopeh bangun tido.[ÄAm.bt si.u.dZAN tu m.Äu.gAw l.pEh bA.Nun ti.do]Rambut anak muda itu tidak terurus, lepas bangun tidur.

Kembali ke atas