Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
muda (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan belia, masih remaja, masih mentah, budak, masih hijau, setahun jagung, ubun-ubun masih lembik, masih berhingus,
Berantonim dengan tua

2. Dalam konteks buah
bersinonim dengan belum masak, belum tua, masih hijau,
Berantonim dengan tua

3. Bersinonim dengan masih awal: belum lama, belum menghujung,
Berantonim dengan lewat

Kata Terbitan : kemuda-mudaan, pemuda,

Puisi
 

Kelapa muda muda juga,
     Kelapa tua dibuat inti;
Suka suka juga,
     Sembahyang kita jangan dihenti.


Lihat selanjutnya...(111)
Peribahasa

Rambut sudah dua macam,
     lagi juga berbanyak ragam.

Bermaksud :

Orang tua atau setengah umur berkelakuan seperti orang muda-muda.

 

Lihat selanjutnya...(46)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dalang mudadalang mudaKesusasteraanTiadaPembantu kepada dalang yang sedang berguru untuk mendalami ilmu wayang kulit.
meranti merah mudameranti merah mudaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu ringan dalam genus Shorea daripada famili Dipterocarpaceae. Di Semenanjung dan Sarawak, kayu ini diberi berbagai-bagai nama meranti seperti meranti lepang, meranti bukit, dan meranti langgung; dan di Sabah ialah kayu ini diberi nama seraya merah, dan berbagai-bagai nama lain. Spesies utamanya termasuk Shorea accuminata, S. leprosula, S. ovalis, dan S. parvifolia. Gubal kayu meranti jenis ini berwarna merah jambu dan tidak banyak berbeza daripada teras kayunya yang berwarna merah tua atau merah coklat. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata, dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 560 hingga 865 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikeringkan tetapi tidak tahan. Kayu meranti merah tua merupakan kayu Malaysia yang paling terkenal, dan sesuai untuk pelbagai kegunaan, seperti perabot kemasan dalaman yang bermutu tinggi, lantai dan dinding, pintu dan tingkap, kayu kumai, venir dan papan lapis.
aragonitearagonitFizikNanoteknologiBahan galian kalsium karbonat (CaCO3) yang berbentuk hablur ortorombus. Hablur ini berwarna putih, ungu pucat, biru muda, kuning muda ataupun tidak berwarna. Bahan ini merupakan lapisan nipis dalam proses biopenggalian sel moluska.
immature culmkulma mudaBuluhTiadaBatang buluh muda yang belum lengkap proses lignifikasinya, biasanya berumur kurang tiga tahun dan masih mempunyai pelepah kulma serta miang buluh.
cradle-snatcherpenggemar pucuk mudaUmumTiadaIndividu yang mempunyai hubungan romantik atau seksual dengan individu yang jauh lebih muda.
didactic poetrypuisi didaktikKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi pemikiran dan unsur nasihat kepada semua lapisari masyarakat sama ada secara langsung atau tidak. Contohnya, seperti pantun di bawah. Pinang muda dibelah dua, Manik-manik mati dirambah: Dari muda sampai tua, Pengajaran baik jangan diubah.
salt-water mudalumpur air garamKejuruteraanPetroleumLumpur air garam yang mengandungi garam trlarut dalam kuantiti yang ketara. Garam ini (biasanya natrium klorida) larut dalam air yang membentuk lumpur tersebut. tingkat kegaramannya ialah dari air payau hingga larutan garam yang tepu. Di samping mengandungi garam lumpur ini juga mengandungi pepejal, minyak dan bahan tambah yang lain.
monochasialmonokasialBotaniTiadaJambak bunga jenis sima yang paksi utamanya terakhir dengan satu bunga dan mengeluarkan satu bunga baru di sisinya. Jambak bunga akan berbentuk skorpiod apabila bunga muda keluar secara berselang-seli di kiri kanan, dan berbentuk helikoid apabila bunga muda hanya keluar pada satu sisi sahaja. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga membentuk jambak bunga yang sempurna.
juvenile woodkayu mudaPerhutananPengurusan HutanBahagian kayu cepat tumbuh yang terbentuk mengelilingi empulur pokok. Bahagian ini biasanya mempunyai sel-sel yang lebih pendek dan belum terbentuk sepenuhnya.
juvenile woodkayu mudaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBahagian kayu cepat tumbuh yang terbentuk mengelilingi empulur pokok, biasanya mempunyai sel-sel yang lebih pendek dan belum terbentuk sepenuhnya dibandingkan dengan sel kayu di bahagian luar.
12345678910...

Kembali ke atas