Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.ja.rab] | مجرب

Definisi : Ar telah terbukti keberkesanannya spt dapat menyembuhkan penyakit dsb; kemujaraban perihal mujarab, keupayaan menyembuhkan (penyakit): yg dimaksudkan dgn mutu di sini bukan sahaja dr segi ~nya, tetapi termasuklah menjaga kebersihan dan keasliannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.ja.rab] | مجرب

Definisi : dpt menyembuhkan (bkn ubat); serasi; mustajab: ~ betul ubat ini, sekali makan sudah sembuh penyakitku. kemujaraban keadaan mujarab; kemustajaban. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mujarab (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan mustajab, serasi, sesuai, secocok, berkesan, efektif, manjur, mempan, sangkil, makbul, mangkus, ampuh;,
Kata Terbitan : kemujaraban,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Apakah perbezaan antara"mujarab" dengan "mustajab"? a) Minyak urut yang dijual itu sungguh mustajab. Betulkah penggunaan mustajab dalam ayat di atas? Terima kasihMerujuk kepada Kamus Dewan, kedua-duanya membawa makna yang sama iaitu  dapat menyembuhkan. Ayat yang sesuai ialah Ubat itu sangat mustajab untuk pening kepala.Makna16.10.2017
Makna AMPUHMenurut Kamus Dewan, ampuh mempunyai banyak pengertian. Antara makna ampuh ialah bertuah, mujarab, sakti,bah, banjir, lembak, sebak. Namun demikian, penggunannya bergantung kepada konteks ayat yang dibina.Makna20.11.2007
bolehkah saya menggunakan ayat .Usaha mengelakkan pencemaran sungai perlu DIIMPLEMENTASIKAN sejak peringkat kanak-kanak.Oleh sebab masalah pencemaran sungai semakin berleluasa.RENCAH YANG PALING MUJARAB untuk selesaikan masalah tersebut ialah masyarakat perlu ditanamkan dengan sikap cinta akan alam sekitar dalam karanganAyat yang lebih tepat dan dicadangkan dalam karangan:

Usaha mengelakkan pencemaran sungai perlu diimplementasikan sejak peringkat kanak-kanak. Hal ini disebabkan masalah pencemaran sungai semakin berleluasa. Selain itu, perkara yang paling penting ialah masyarat perlu ditanam dengan rasa cinta akan alam sekitar.
Tatabahasa25.07.2016
selamat sejahtera. perkataan HUTAN DIGELEDAH. .Usaha mengelakkan pencemaran sungai perlu DIIMPLEMENTASIKAN sejak peringkat kanak-kanak.Oleh sebab masalah pencemaran sungai semakin berleluasa.RENCAH YANG PALING MUJARAB untuk selesaikan masalah tersebut ialah masyarakat perlu ditanamkan dengan sikap cinta akan alam sekitar. Dua hari lepas saya tanya adakah perkataan yang berhuruf besar dalam tiga ayat tesebut sesuai untuk penggunaan ayat tersebut.Tuan/Puan kata ia tiak sesuai. Saya telah baca ayat in dalam majalah Dewan siswa yang diterbitkan oleh DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.Tajuk malah ini ialah TIPIS NILAI KASIH SAYANG.Ayat-ayat tersebut telah diambil daripada tajuk pencemaran sungai.Jadi bagaimana perkataan tersebut kurang sesuai untuk ayat tersebut. Mohon penjelasan. Terima kasihKami berpandangan dalam penulisan umum, penggunaan kata umum tanpa maksud tersirat/puitis lebih sesuai kerana mudah difahami. Sementelahan pula pelajar digalakkan membina ayat yang mudah difahami. Penerbitan majalah Dewan Siswa, berkemungkinan mengambil pendekatan menggunakan perkataan yang mengandungi maksud tersirat/puitis dalam rencana terpilih bagi tujuan menarik minat pembaca.Tatabahasa14.07.2016
bolehkah sya menggunakan perkataan HUTAN DIGELEDAH. .Usaha mengelakkan pencemaran sungai perlu DIIMPLEMENTASIKAN sejak peringkat kanak-kanak.Oleh sebab masalah pencemaran sungai semakin berleluasa.RENCAH YANG PALING MUJARAB untuk selesaikan masalah tersebut ialah masyarakat perlu ditanamkan dengan sikap cinta akan alam sekitar dalam karanganSila jelaskan apakah kaitan antara penerangan yang diberikan dengan soalan. Untuk makluman, Hutan digeledah tidak boleh digunakan. Perkataan yang biasa digunakan ialah "teroka"  (diteroka).Lain-lain24.07.2016
selamat sejahtera.Usaha mengelakkan pencemaran sungai perlu diimplementasikan sejak peringkat kanak-kanak.Adakah penggunaan diimplementasikan sesuai untuk ayat tersebut. 2.Oleh sebab masalah pencemaran sungai semakin berleluasa,RENCAH YANG PALING MUJARAB untuk selesaikan masalah tersebut ialah masyarakat perlu ditanamkan dengan sikap cinta akan alam sekitar. Adakah penggunaan perkataan tersebut sesuai untuk ayat tersebut dan apkah maksud perkataan tersebut. Mohon Penjelasan.Terima Kasih1. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, implimentasi bermaksud proses melaksanakan (mengusahakan) sesuatu, pelaksanaan; mengimplementasikan pula bermaksud melaksanakan, menjalankan, menunaikan (tugas, usaha, dll). Perkataan implementasi tidak sesuai digunakan.

2. Kamus Pelajar Edisi Kedua mentakrifkan rencah sebagai perencah bahan (seperti udang, daging) yang dicampurkan ke dalam sesuatu masakan supaya lebih sedap: Ikan busuk jangan dibuang, buat rencah si daun kayu. Perkataan rencah tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat yang diberikan.
Tatabahasa12.07.2016
pakah takrifan sebenar bagi laman - laman blog masa kini? Perkataan 'ampuh',apakah maksudnya dan bila boleh digunakan?Istilah blog diterima. Makna perkataan ampuh merujuk Kamus Dewan Edisi keempat ialah bertuah, mujarab, sakti. Makna laiinya ialah bah, banjir, lembak. Terima kasih.Lain-lain18.04.2008
Apakah yang dimaksudkan dan perbeazaannya dengan efisyen dan efektif dalam konteks perniagaan? Adakah sama maksud atau berlainan. Minta lampirkan sekali dengan contoh yang sesuai dalam konteks perniagaan.Mengikut Kamus Dewan Edisi 4 efisien bermaksud cekap,( iaitu berkenaan individu, organisasi, mesin dll yang boleh menjalankan tugas tanpa pembaziran waktu atau tenaga). Efektif bermaksud ada kesannya(pengaruhnya), berkesan,mujarab(berkenaan ubat). Daripada makna yang diberikan jelaslah bahawa efektif dan efisien membawa maksud yang berlainan. Contoh penggunaan dalam ayat: i. Sistem penyampaian yang efisien dan efektif dapat memenuhi keperluan pelanggan dan seterusnya memberikan kepuasan kepada mereka.Makna25.07.2007
1. bezakan-'terhadap' , 'tentang' dan 'mengenai' 2. sila sertakan contoh yang sesuai

Terhadap  - digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua.

Tentang -  digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarab. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: Mereka berbincang tentang masalah negara. 

Mengenai - tergolong sebagai kata kerja yang bermaksud kena pada. Walau bagaimanapun, penggunaan mengenai yang disamakan dengan tentang berfungsi sebagai kata sendi nama. Contoh:  Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan.  

Tatabahasa02.02.2010
Bolehkah anda terangkan maksud maksud pantun-pantun berikut? Petang hari pergi ke pekan, Pulang membawa sebungkus laksa; Hidup muhibah perlu diamalkan, Di negara Malaysia berbilang bangsa. Cantik bergugus buah papaya, Masak dipetik satu per satu; Walaupun berlainan bangsa budaya, Kerana muhibah hidup bersatu. Air mengalir dalam terusan, Mengairi sawah beratus relung; Bekerjasama segala urusan, Tanda bersatu bergotong-royong. Tuan Puteri dari kayangan, Senyuman manis seperti madu; Bermacam keturunan bukan halangan, Untuk membina bangsa yang padu. Enak nian air kelapa, Penawar sakit mujarab sekali; Kebudayaan asal tidak dilupa, Kebudayaan nasional mereka banggai.

Untuk makluman saudara, kelima-lima rangkap pantun yang diajukan secara umumnya membawa persoalan tentang semangat muhibah yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia.  Muhibah yang  bermaksud hubungan mesra pelbagai kaum dapat diwujudkan dengan perbagai cara, antaranya melalui aktiviti bergotong-royong, bersukan dan menghadiri perayaan-perayaan kaum di Malaysia. Semangat setia kawan , persefahaman dan kerjasama akan terbentuk melalui aktiviti tersebut dan secara tidak langsung perpaduan kaum juga akan dapat dicapai. Disamping itu, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah saling hormati menghormati pelbagai budaya dari pelbagai kaum yang ada di negara ini disamping merasa bangga dengan kebudayaan nasional. Walau bagaimanapun memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini adalah penting untuk pembangunan negara.

 

Sekian.

Lain-lain13.12.2010
12

Kembali ke atas