10.1.102.45

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.mai.yiz] | مميز

Definisi : Ar sudah dapat membezakan se­suatu yg baik dgn yg buruk (bkn kanak-kanak yg lazimnya setelah berumur tujuh tahun tetapi belum baligh). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mumaiyiz


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
سن التمييزumur mumaiyizAgama IslamFiqhSeseorang kanak-kanak yang meningkat umurnya 7 - 14 tahun yang dapat membezakan perkara buruk dan baik.
wakilwakilPerniagaan IslamTiadaPihak yang dilantik dalam akad wakalah. Wakil individu hendaklah berakal dan baligh tetapi dalam mazhab Syafii, individu yang mumaiyiz boleh juga dilantik sebagai wakil hanya untuk urusan memasuki rumah, menyampaikan hadiah, menunaikan haji, kerja sukarela, menyembelih binatang korban dan mengagihkan zakat. Dalam mazhab Hanafi, kanak-kanak yang mumaiyiz boleh dilantik sebagai wakil.
tasarrufat sabiypengurusan oleh kanak-kanakPerniagaan IslamTiadaPengurusan harta oleh kanak-kanak dalam bentuk perbuatan atau perkataan. Pengurusan harta oleh kanak-kanak yang belum mumaiyiz dalam akad tabarru‘ yang melibatkan pemberian oleh kanak-kanak tersebut adalah tidak sah. Jumhur mengharuskan akad berbentuk penerimaan, kecuali mazhab Hanafi. Pengurusan harta oleh kanak-kanak mumaiyiz berlaku dalam tiga keadaan. Pertama, wujud faedah sepenuhnya kepada kanak-kanak, akad menjadi sah tanpa perlu mendapat keizinan daripada walinya. Kedua, wujud mudarat sepenuhnya kepada kanak-kanak, akad menjadi tidak sah melainkan mendapat keizinan daripada walinya. Ketiga, wujud faedah dan mudarat kepada kanak-kanak, akad boleh dilakukan dengan syarat mendapat keizinan daripada walinya.
تصرفات الصبىpengurusan kanak-kanakAgama IslamFiqhPengurusan kanak-kanak yang mumaiyiz tidak sah dalam semua akad walaupun diizin oleh wali.
سنة الحضارةumur ḥaḍānaṯAgama IslamFiqhKanak-kanak yang memerlukan penjagaan dari mula lahir hingga umur mumaiyiz.
ahliyyah ada’ naqisahkelayakan melaksana tak sempurnaPerniagaan IslamTiadaSifat kelayakan melaksana oleh kanak-kanak berdasarkan tahap mumaiyiz sehingga baligh. Pada peringkat ini, kanak-kanak tersebut mempunyai kelayakan melaksana yang terhad, iaitu tidak boleh membuat wasiat, hibah, jual beli atau urusan sewaan kecuali mendapat keizinan wali atau wasinya terlebih dahulu bagi mengelakkan penipuan.
‘aqd mawqufakad tertangguhPerniagaan IslamTiadaAkad yang dilakukan oleh pihak yang mempunyai kelayakan tetapi tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakannya. Contohnya, akad yang dilakukan oleh kanak-kanak mumaiyiz dalam urusan yang mempunyai risiko untung atau rugi kecuali diizinkan oleh walinya, atau akad yang dilakukan oleh individu dalam urus niaga harta tanpa mendapat keizinan daripada pemiliknya terlebih dahulu.
‘aqd itlaqahakad umumPerniagaan IslamTiadaAkad yang dilakukan oleh satu pihak untuk memberi kuasa kepada pihak lain untuk melakukan sesuatu urusan. Contohnya, bapa atau penjaga memberi keizinan kepada kanak-kanak yang mumaiyiz untuk melakukan sesuatu urus niaga atau bapa melantik wakil untuk menguruskan harta anaknya yang cacat selepas kematiannya.

Kembali ke atas