Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.rah] | موره

Definisi : 1. banyak, berlebih-lebih, limpah: mereka yg mempunyai sifat kegembiraan ini selalu ~ rezekinya dan disukai ramai; 2. rendah harganya, tidak mahal: makanan yg ~ dan senang sekali didapati ialah karbohidrat; 3. tidak kedekut, suka memberi (sedekah dll): setelah Sultan Muzaffar Shah di atas keraja-an, terlalulah baik fiil baginda dgn adilnya dan ~ nya; 4. tidak susah atau tidak payah, mudah, senang; ~ hati a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang; ~ mulut ramah mesra (tamah); ~ rezeki banyak rezeki; ~ tangan suka memberi; ~ di mulut, mahal di timbangan prb banyak membuat janji tetapi tidak menepatinya; makin ~ makin menawar prb seseorang yg telah diturut orang sesuatu kehendaknya, ia berke­hendak lebih lagi (telah memperoleh kese­nangan ia berkehendakkan kesenangan yg lebih); bermurah; ~ hati tidak segan (memberi sedekah dll), bersifat murah: beliau telah ~ hati memberikan tempat menumpang kpd kami; memurahkan menjadikan murah (harga dll), menyebabkan jadi murah, menurunkan harga: kerana persaingan yg hebat terpaksa ia ~ harga dagangannya; mempermurahkan ki menganggap mudah (senang dll): kalau suami bukan bangsa penyabar dan suka ~ hidup diceraikannya isteri itu dgn tidak semena-mena; murahan rendah nilai diri, tidak bermutu, rendah nilainya: mereka selalu dianggap sbg gadis ~; hanya bahan-bahan ~; hiburan ~; kemurahan 1. perihal murah, kelimpahan: sangat-sangatlah ampun periksamu akan mereka itu sekalian, kerana ia bernaung kpd keadilan dan ~mu; 2. = ~ hati kebaikan hati, sifat penyayang dan pengasih: sekali engkau sebut, beribu kali hamba terima ~ hati eng-kau itu; pemurah (orang yg) suka memberi, tidak kedekut: dia ialah sahabat yg ~ dan sangat takut akan kemurkaan Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.rah] | موره

Definisi : 1 rendah harganya; tidak mahal: Barang-barang di sana lebih ~ drpd barang-barang di sini. 2 banyak; berlebih-lebih: ~ rezeki banyak rezeki. 3 tidak kedekut; selalu memberi sedekah. memurahkan menjadikan murah; menurunkan harga. mempermurah menjadikan lebih murah. kemurahan 1 keadaan murah (bkn barang dll). 2 = ~ hati kebaikan hati; sifat pengasih dan penyayang. pemurah orang yg tidak kedekut; orang yg suka atau selalu memberi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
murah (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: menjunam, turun, merosot, meleset,
Berantonim dengan mahal

2. Dalam konteks rezeki
bersinonim dengan berlebih-lebih, melimpah-limpah, melimpah-ruah, bertimbun-timbun, melambak-lambak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : memurahkan, kemurahan, kemurahan hati, pemurah,

Puisi
 

Anak Melayu sayang Melayu,
     Mata melihat hatiku sayu;
Murah harganya sangat terlalu,
     Seperti ikan pari dan yu.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Lagi murah,
     lagi ditawar.

Bermaksud :

Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta. (Peribahasa lain yang sama makna: Makin murah, makin menawar).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Tuan, saya ingin mendapatkan maksud yang betul mengenai istilah (HARGA ANAK BERANAK). Contoh penggunaan ayat yang digunakan adalah seperti berikut: "Rumah itu saya jual murah-murah kepada Fatimah dengan harga Anak Beranak" Seterusnya, saya juga ingin mendapatkan maksud sebenar dengan istilah yang sering digunakan iaitu (HARGA ADIK BERADIK). Contoh penggunaan ayat yang digunakan adalah seperti berikut: "Saya menjual kereta saya murah-murah kepada Ahmad kerana beliau merupakan adik saya dengan harga adik-beradik" Maklum Balas dari pihak Tuan dengan segera amat saya hargai, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.Harga anak-beranak dan harga adik -beradik ialah Bahasa percakapan yang membawa maksud harga istimewa yang diberikan atas dasar ikatan kekeluargaan.Istilah26.08.2020
1.Berikut ialah salah satu daripada soalan ujian sekolah saya;(kategori ayat sama maksud) " Makanan yang dijual murah dan sedap," kata Siti kepada kawannya. A. Siti menjelaskan bahawa dia menjual makanan yang murah dan sedap. B. Siti menyatakan bahawa harga makanan yang dijual murah dan sedap. C. Siti meminta kawannya menjual makanan yang murah dan sedap. D. Siti menyuruh kawannya makan makanan yang murah dan sedap. Apakah jawapan yang betul dan alasannya atau tiada jawapan yang betul. 2. Apakah istilah Bahasa Melayu bagi sesi 'ice breaking'1. Jawapan yang betul ialah B.
2. Padanan yang boleh digunakan ialah suai kenal atau orientasi mengikut konteks dan situasi.
Tatabahasa25.05.2010
a)Barangan buatan Malaysia murah tetapi cantik dan disukai ramai. b)Barangan buatan Malaysia murah malahan cantik dan disukai ramai. Ayat mana betul?Ayat yang gramatis ialah Barangan buatan Malaysia bukan sahaja murah, malahan cantik dan disukai ramai.Tatabahasa21.08.2015
Pakej pelancongan ke Pulau Pangkor yang murah itu telah.... atau Pakej pelancongan yang murah ke Pulau Pangkor itu telah... ayat mana yang gramatis? kata berimbuhan peN- yamg membawa makna hasil sesuatu perbuatan ialah a. penanak b.pembajak c. penggali d. penunjuk. jawapan yang mana betul?Ayat yang gramatis ialah Pakej pelancongan yang murah ke Pulau Pangkor itu telah ... . Penanak bermaksud orang yg menanak; atau tukang masak. Pembajak bermaksud orang yang kerjanya membajak. Penggali ialah orang yang kerjanya menggali dan penunjuk memberi maksud alat yang digunakan untuk menunjuk atau orang yang menunjuk. Berdasarkan semua makna yang diberi tidak kata terbitan yang membawa maksud hasil sesuatu perbuatan.Tatabahasa07.07.2010
1. Amin seorang yang murah hati dan suka menolong. 2. Amin seorang yang suka menolong dan murah hati. Adakah kedua-dua ayat ini boleh diterima...Menurut data kami, ayat di atas betul.Tatabahasa07.04.2020
Salam. Pilih pernyataan yang betul: 1. Buku manakah yang paling murah? 2. Buku yang manakah paling murah? .."yang manakah" atau "manakah yang" Terima kasih.Frasa "yang manakah" atau "manakah yang", kedua-duanya boleh digunakan dan tidak menyalahi tatabahasa dalam konteks ayat yang diberikan.Tatabahasa25.07.2019
Barangan buatan Malaysia murah tetapi cantik dan disukai ramai. Adakah ayat ini betul dan gramatis?Ayat yang lebih tepat: Barangan buatan Malaysia murah, cantik dan disukai ramai. Penggunaan "tetapi" bermaksud pertentangan idea.Tatabahasa20.08.2015
Barangan buatan Malaysia murah malahan cantik dan disukai ramai. Adakah ayat ini gramatis ? Bolehkah kata hubung "malahan " digunakan tanpa bukan sahaja?Barangan buatan Malaysia murah malahan (bahkan) cantik dan disukai ramai. Ayat ini betul kerana malahan membawa maksud bahkan.Tatabahasa19.08.2015
Salam, benarkah ayat ini 1.Kami akan kunjungi kedai buku yang murah itu. 2.Segala cacian diterimanya dengan sabar. Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Kami akan mengunjungi kedai buku yang murah itu" dan ayat kedua betul.Tatabahasa04.04.2013
Salam, soalan saya tentang penggunaan "Ia" & "ialah" di sini, adakah betul? "Mesin itu bukan mesin murah. Ia ialah Jenama ABC"Ayat yang betul ialah "Mesin itu bukan mesin murah. Mesin itu berjenama ABC."
Tatabahasa27.09.2023
12345

Kembali ke atas