Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
murah (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: menjunam, turun, merosot, meleset,
Berantonim dengan mahal

2. Dalam konteks rezeki
bersinonim dengan berlebih-lebih, melimpah-limpah, melimpah-ruah, bertimbun-timbun, melambak-lambak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : memurahkan, kemurahan, kemurahan hati, pemurah,

Puisi
 

Anak Melayu sayang Melayu,
     Mata melihat hatiku sayu;
Murah harganya sangat terlalu,
     Seperti ikan pari dan yu.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Lagi murah,
     lagi ditawar.

Bermaksud :

Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta. (Peribahasa lain yang sama makna: Makin murah, makin menawar).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Murah di mulut, mahal di timbangan.Banyak janji, sedikit saja yang ditepati; mudah menyebut, tetapi sukar mengerjakannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lagi murah, lagi ditawar.Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta. (Peribahasa lain yang sama makna: Makin murah, makin menawar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Makin murah, makin menawar.Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta. (Peribahasa lain yang sama makna: Lagi murah, lagi ditawar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bandar terbuka dagangan murah, badan sudah tua.Sudah terlambat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gigi tanggal, rawan murah.Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta.Sesuatu yang amat susah diperoleh. (Perbezaan lain yang sama makna: Mahal dibeli sukar dicari).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Agih-agih kungkang.Terlampau murah hati atau suka memberi, hingga menderita kesusahan sendiri. kungkang = kera kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai bertanak di kuali.Terlalu murah hati sehingga binasa kerananya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mahal imam murahlah kitab; mahal demam murah sakit.Sungguhpun orang tidak suka akan penyakit tetapi jaranglah ada orang yang dapat mengelakkannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menengah tulang punggung (= bubungan).Mahal tidak, murah pun tidak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas