Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.ta.si] | موتاسي

Definisi : 1. (Bio) perubahan pd bahan genetik sesuatu organisma (tumbuhan, haiwan, dsb) yg mengakibatkan perubahan ciri tertentu organisma tersebut; 2. (Lin) pengubahsuaian bunyi dlm satu kata yg dipengaruhi oleh bunyi-bunyi yg berhampiran; 3. IB perubahan atau pergantian pegawai (kakitangan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.ta.si] | موتاسي

Definisi : ist perubahan pd bahan genetik sesuatu organisma (tumbuhan, haiwan dsb) yg mengakibatkan perubahan ciri tertentu organisma tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mutasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUTASI

Mutasi ialah perubahan bahan keturunan dalam

sel sesuatu organisma. Dengan mengubah bahan

ini, mutasi mengubah ciri-ciri tertentu. Sesetengah

mutasi menghasilkan perubahan yang ketara.

Misalnya, jenis anggur yang dinamakan Concord

adalah hasil daripada mutasi. Mutasi ini

menyebabkan pokok anggur liar menghasilkan

anggur yang lebih besar dan lebih manis daripada

sebelumnya. Mutasi boleh diturunkan kepada

generasi akan datang.

UMUM 
SPORT

Sport, dalam bidang genetik, ialah istilah yang

merujuk kepada kemunculan tiba-tiba jenis

keturunan baru tertentu pada tumbuh-tumbuhan

dan haiwan. Sport ini disebabkan oleh terjadinya

perubahan dalam sel yang dikenali sebagai

mutasi (lihat Mutasi). Jenis baru sering digunakan

sebagai induk untuk menghasilkan jenis baka

yang baru.

UMUM 
DE VRIES, HUGO

De Vries, Hugo (1848–1935) ialah ahli botani

Belanda dan penuntut evolusi organik, yang

lebih dikenali sebagai pengarang teori mutasi

(lihat Mutasi).

UMUM 
MULLER, HERMANN JOSEPH

Muller, Hermann Joseph (1890–1967), ahli

genetik Amerika. Muller telah membuktikan

bahawa sinar-x boleh menghasilkan mutasi

(perubahan mendadak pada gen) dengan

mendedahkan lalat buah kepada sinar-x. Dengan

hasil kajiannya ini, yang diterbitkan pada tahun

1927, dia telah dianugerahi Hadiah Nobel tahun

1946 untuk fisiologi atau perubatan.

UMUM 
TATUM, EDWARD LAWRIE

Tatum, Edward Lawrie (1909–1975) ialah ahli

biokimia Amerika yang berkongsi Hadiah Nobel

tahun 1954 untuk fisiologi atau perubatan kerana

menemui bahawa gen mengawal proses kimia

tertentu. Dia dan George W. Beadle mendapati

bahawa mutasi yang disebabkan oleh sinar-x dan

proses biokimia diturunkan kepada generasi

berturutan. Tatum lahir di Colorado, Amerika

Syarikat.

Lihat juga Beadle, George W.; Keturunan (Kajian

tentang kimia gen).

UMUM 

Kembali ke atas