Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. mutiara kata atau kata mutiara kata 2. pendingin hawa atau penghawa dingin 3. uji pandu atau pandu uji

1. mutiara kata

2. Istilah yang betul ialah penyaman udara bukan pendingin hawa.

3. pandu uji 

Istilah12.05.2011
Saya membeli buku “Mutiara Kata Sasterawan Negara” (2005) terbitan DBP. Seorang guru Bahasa Melayu berkata, tajuk itu silap. Yang betul ialah “Kata-kata Mutiara Sasterawan Negara”. Mohon hujah untuk mempertahankan ungkapan “mutiara kata” dalam tajuk itu.Ungkapan Mutiara Kata merupakan kata majmuk yang berbentuk kiasan atau simpulan kata.  Tatabahasa23.02.2009
Saya sudah biasa menggunakan ungkapan “mutiara kata”. Tajuk buku “Mutiara Kata Sasterawan Negara” terbitan DBP menunjukkan penggunaan ungkapan itu sudah mantap. Saya mendapati “mutiara kata” ialah istilah Malaysia dan Brunei bagi apothegm. Namun, saya menjadi serba salah apabila ada rakan ahli bahasa di Malaysia cuba mempopularkan ungkapan “kata mutiara”, iaitu istilah yang diterima di Indonesia. Apakah nasihat pihak KNDBP kepada saya?Berdasarkan aturan Hukum D - M dan beranalogikan ungkapan "kata hikmat", maka ungkapan "kata mutiara" adalah yang paling tepat. Walau bagaimanpun ungkapan "mutiara kata" juga boleh digunakan dan penggunaan ini telah mantap dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa01.05.2012
Apakah contoh mutiara kata bersama maksud dan penerangan secara terperinci?

Contoh mutiara kata "Takkan Melayu hilang di dunia" dan banyak lagi mutiara kita boleh dirujuk dalam buku Mutiara Kata Sasterawan Negara (terbitan DBP), terima kasih.

Makna18.01.2009
penggunaan mutiara kata atau kata mutiara yang betul.Ungkapan yang tepat ialah mutiara kataLain-lain26.07.2010
Mutiara kata atau Kata Mutiara. Mana satu yang betul. Pendingin hawa atau penghawa dingin adakah kedua-duanya boleh digunakan selain penyaman udara.Perkataan yang betul ialah "Mutiara Kata" dan "penyaman udara" atau "pendingin hawa".Tatabahasa16.06.2011
yang mana lebih tepat penggunaannya antara 'mutiara kata' dan 'kata mutiara'.Ungkapan yang tepat ialah mutiara kata.   Istilah11.07.2009
salam.. Ayat yang manakah yang betul a. Cikgu Amri menulis mutiara kata pada dinding kelasnya. b. Cikgu Amri menulis kata mutiara pada dinding kelasnya. Kalau boleh minta penjelasan...Adakah ayat majmuk seperti Simpulan Bahasa, Mutiara Kata boleh di terbalikkan susunannya mengikut hukum DM. En.Mohd Nor

Yang betulnya ialah Cikgu Amri menulis mutiara kata di dinding kelasnya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa27.07.2010
A'kum.Saya nak tanya hukum D-M, kata mutiara atau mutiara kata.t.kasihYang betulnya ialah mutiara kata.Tatabahasa09.08.2010
contoh mutiara kataMutiara kata ialah kiasan kata yang amat bermakna seperti "Tak akan Melayu hilang di dunia"Lain-lain02.07.2009
123

Kembali ke atas