Nazatul Nazwa Mar 17th, 10:03am saya ada hasilkan banyak puisi..tapi saya x tau nak nak kembangkan bakat saya pada siapa..bagaimana saya nak hantar puisi tu untuk di nilai ya?? | Tuan boleh menghantar karya untuk disiarkan dalam majalah Dewan Sastera, e-mel kepada editor Encik Fadhli Al-Akiti, fadhli@dbp.gov.my. | Lain-lain | 17.03.2015 |
Assalamualaikum. Adakah betul ayat ini: "Ini cuma pendapat; boleh dimarahkan kalau nak memarahi, boleh ditolak kalau nak menolak, boleh didebatkan kalau nak berdebat, boleh dikritik kalau nak mengkritik. Boleh diterima kalau nak menerima, tapi tak boleh diambil bulat-bulat." Terima kasih. | Ayat ini tidak gramatis. Apabila hendak membina ayat yang mempunyai rima pastikan juga hukum tatabahasanya betul. Contohnya frasa "boleh dimarahkan kalau nak memarahi", dimarahkan ialah bentuk pasif bagi memarahi tetapi subjek dan predikatnya tidak lengkap dan lazimnya perbuatan marah kesannya kepada manusia itu sendiri, bukan percakapannya.
| Tatabahasa | 07.05.2013 |
Rosminatun Nasa Oct 23rd, 3:09pm Saya nak tanya..saya nak daftar singbord kedai ke majlis perbandaran..tapi majlis perbandaran mahu kan cop dan pengesahan dari dewan bahasa dan pustaka...jadi saya nak tanya macam mana saya nak dapat kan cop daripada dewan bahasa dan pustaka tu? | Pengesahan bahasa dalam iklan kini boleh dibuat secara dalam talian. Kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 23.10.2015 |
saya nak tanya pasal suami.kami dah pisah selama 2tahun dan anak kami dia yg jaga.saya ada aduan mengenai suami saya.dia tak nak bagi saya jumba anak saya dan ada sekali saya nak jumba anak saya dia datang untuk memukul saya,sbb takut saya tak jumba anak saya..kalau saya jumba pun saya pergi ke sekolah mereka.saya belum cerai dgn suami saya tapi kami berpisah selama dua tahun.masalahnya dua hari lepas dia memukul anak saya sampai mukanya cedera...saya minta dia,yang saya nak jaga anak,dia tak nak bagi.saya skg kerja kat kuala lumpur dan saya tak tahu macam mane nak tangani masalah ini.. dan saya skg dah memeluk islam dgn suka hati..keluaga saya tak tahu mengenai memeluk islam.bolehkah saya ambil hak jaga anak saya?dan bagai mana?saya dah memeluk islam bagaimana nak cerai dgn suami saya??saya confuse tak tahu cara macam mane nak tangani masalah ini!!!tolong saya!!! | Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya memberi jawapan kepada soalan yang berkenaan dengan Bahasa, Sastera, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja. Soalah puan berkenaan rumah tangga, tidak ada kena mengena dengan pihak DBP, jadi kami tidak dapat melayani pertanyaan puan. Saya sarankan puan mengadu ke pejabat agama tempat tuan memeluk Islam, atau ke pejabat PERKIM, saya pasti mereka akan membantu. Berkenaan anak puan yang dipukul oleh suami, jika ternyata benar, dan puan mempunyai bukti, puan boleh membuat pengaduan ke balai polis terdekat supaya anak puan boleh dilindungi. Berkenaan keluarga puan yang tidak mengetahui tentang keadaan puan yang telah memeluk Islam mungkin boleh juga puan bincangkan dengan pejabat agama. Mungkin pejabat agama juga boleh memberi bantuan dari segi bantuan guaman untuk membantu puan dalam menangani masalah penjagaan anak. Saya bagi pihak DBP berharap puan dapat menyelesaikan masalah puan dengan baik, kerana sememangnya masalah puan tidak dapat kami tangani kerana di luar bidang kuasa kami. | Lain-lain | 01.08.2009 |
Salam sejahtera. 1. Mizi nak mengambil peralatan di stor sukan. Adakah penggunaan kata nak di dalam ayat itu salah dan mesti menggunakan perkataan hendak untuk menggantikan nak dalam ayat tersebut.terima kasih | Salam sejahtera, Jika menggunakan perkataan "nak" yang merupakan kependekan daripada perkataan "hendak", ayat tersebut menjadi tidak gramatis kerana tidak berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Selain itu, perkataan nak biasanya hanya digunakan dalam dialog bagi karya kreatif; atau perbualan secara lisan. | Lain-lain | 30.06.2015 |
Nak tanya sama ayat berikut adalah betul ataupun tidak? 1. Fungsi kedua-dua buah sungai tersebut adalah merupakan tempat persinggahan kapal. 2. Fungsi kedua-dua buah sungai tersebut merupakan tempat persinggahan kapal. 3. Fungsi kedua-dua buah sungai tersebut ialah merupakan tempat persinggahan kapal. | Ayat yang betul: 1. Fungsi kedua-dua sungai tersebut adalah untuk menjadi tempat persinggahan kapal. 2. Kedua-dua sungai tersebut merupakan tempat persinggahan kapal. | Tatabahasa | 08.04.2020 |
Nak Sahkan Visual Iklan | Untuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam papan tanda perniagaan/iklan, permohonan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. | Lain-lain | 04.03.2020 |
Nak pastikan terma dalam Bahasa betul... "Portrait Lighting" ialah "Pencahayaan Potret” dalam penggunaan mobile phone. Terima kasih | Portrait lighting boleh diterjemahkan kepada pencahayaan potret atau pencahayaan imej. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.12.2017 |
nak tanya, sesuai atau tidak jika saya mengunakan perkataan korporat untuk penamaan unit/bahagian..contoh: Bahagain Korporat Institusi swasta? untuk menggambarkan pengurusan untuk IPTS | Korporat ialah hal ehwal yang berkaitan dengan syarikat atau perbadanan yang diwakili, contoh yang biasa digunakan ialah Bahagian Komunikasi Korporat. | Tatabahasa | 27.04.2017 |
Nak tanya 1. ............lah masuk ke dalam rumah saya. 2. ........... datang ke majlis hari jadi saya, esok. Pilihan jawapannya jemput dan sila | Jemput dan sila boleh bertukar ganti penggunaannya kerana mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat: Jemput bermaksud 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yang pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: Sila = silalah, silakan, silakanlah minta dengan hormat supaya ..., jemputlah, sudilah: | Makna | 29.10.2015 |