Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nam.pa/] | نمڤق

Definisi : 1. dapat melihat (menengok): mereka tidak ~ siapa yg mengambil surat itu tadi; 2. boleh (dapat) dilihat, kelihatan, tampak: rumahnya tidak ~ dr sini; tak ~ muka hidung tidak kelihatan langsung; ~ belang diketahui hal (keadaan, maksud, dll) yg sebenarnya; ~ dekat hanya dapat melihat dr dekat (tidak boleh melihat jauh); nampaknya rupa-rupanya: ~ kita tidak ter­daya lagi membebaskan diri drpd semua ini; menampak melihat, menengok: para pe­lakon di belakang cermin ini boleh dinampak oleh penonton; menampakkan menunjukkan, mem­­­­­­­per­­­­­­­­lihat­­­­­kan: pandangan awal mungkin ~ seolah-olah semua bahan yg wujud perlu diambil kira; ~ diri memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul sehingga atau supaya dapat di­lihat; ternampak 1. sudah dilihat, terlihat: kerjaku ini ~ oleh datuk sarjan; 2. dapat dilihat, kelihatan: ia memerhatikan kalau-kalau ~ sebuah kuala sungai; ternampak-nampak seolah-olah nampak pd pandangan mata, terpandang-pandang, ter­bayang-bayang;ternampakkan terlihat akan, terpandang akan: dia ~ Razman yg sedang berjalan; kenampakan dapat dilihat, kelihatan, ke­tahuan: kemarahan ibu telah ~; ® tampak I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nam.pa/] | نمڤق

Definisi : 1 dpt melihat: Mereka tidak ~ orang yg mengambil buku itu. 2 dpt dilihat; tampak; kelihatan: Bangunan parlimen ~ dr sini. nampaknya besar kemungkinannya bahawa: ~ mereka akan berjaya lagi pd tahun ini. menam­pakkan menunjukkan supaya dpt di­lihat; memperlihatkan: ~ diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nampak (kata kerja)
Bersinonim dengan tengok, melihat, memandang;,
Kata Terbitan : nampaknya, menampakkan, ternampak, ternampak-nampak,

Puisi
 

Pulau Pisang nampak terendam,
     Nampak dari Kuala Rambah;
Hati rindu bertambah dendam,
     Pada siapa nak menumpang susah?


Lihat selanjutnya...(125)
Peribahasa

Nampak gabak di hulu.

Bermaksud :

Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (Peribahasa lain yang sama makna: Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas).

 

Lihat selanjutnya...(13)

643

A wolf in sheep's clothing

Orang yang nampak sahaja baik tetapi sebenarnya berbahaya.

Ular berlingkar di gulungan tikar

When you are in a big city, beware of a wolf in sheep's clothing. Danger may lurk beneath a person who for no rhyme or reason tries to be nice to you.

Apabila kamu hidup di kota besar, berwaspadalah dengan ular berlingkar di gulungan tikar. Bahaya mungkin menanti di sebalik orang yang tidak semena-mena cuba berbaik-baik dengan kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
120Don't cry stinking fishJangan ceritakan aib atau keburukan diri sendiri kepada orang lain.Campak baju nampak kurapYou shouldn't have cried stinking fish during the interviewed. No wonder you have failed to get a job all this while.Kamu seperti campak baju nampak kurap semasa temu duga. Patutlah kamu gagal mendapat pekerjaan selama ini.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
643A wolf in sheep's clothingOrang yang nampak sahaja baik tetapi sebenarnya berbahaya.Ular berlingkar di gulungan tikarWhen you are in a big city, beware of a wolf in sheep's clothing. Danger may lurk beneath a person who for no rhyme or reason tries to be nice to you.Apabila kamu hidup di kota besar, berwaspadalah dengan ular berlingkar di gulungan tikar. Bahaya mungkin menanti di sebalik orang yang tidak semena-mena cuba berbaik-baik dengan kita.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
642A wolf in sheep's clothingOrang yang nampak sahaja baik tetapi sebenarnya berbahaya.Musang berbulu dombaWhen you are in a big city, beware of a wolf in sheep's clothing. Danger may lurk beneath a person who for no rhyme or reason tries to be nice to you.Apabila kamu hidup di kota besar, berwaspadalah dengan musang berbulu domba. Bahaya mungkin menanti di sebalik orang yang tidak semena-mena cuba berbaik-baik dengan kita.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
641A wolf in sheep's clothingOrang yang nampak sahaja baik tetapi sebenarnya berbahaya.Musang berbulu ayamWhen you are in a big city, beware of a wolf in sheep's clothing. Danger may lurk beneath a person who for no rhyme or reason tries to be nice to you.Apabila kamu hidup di kota besar, berwaspadalah dengan musang berbulu ayam. Bahaya mungkin menanti di sebalik orang yang tidak semena-mena cuba berbaik-baik dengan kita.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
562Sweep your own doorstep cleanTidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.Kuman di seberang lautan tampak, gajah(bertengger) di pelupuk mata tiada nampak''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Kuman di seberang lautan tampak, gajah(bertengger) di pelupuk mata tiada nampak,'' kataku.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
338Love is blindCinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi.Kasih tidak bersekutu dengan bijakShe did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless manDia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi.Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
337Love is blindCinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi.Kasih itu roh (semangat) yang butaShe did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless manDia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi. Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
336Love is blindCinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi.Cinta itu butaShe did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless manDia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi. Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
7The apple never falls far from the treeSifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.Bagaimana contoh begitulah gubahannyaAlthough Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana contoh begitulah gubahannya. Jadi berhati-hatilah.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
6The apple never falls far from the treeSifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.Bagaimana acuan begitulah kuihnyaAlthough Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
12

Kembali ke atas