Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nam.pa/] | نمڤق

Definisi : 1. dapat melihat (menengok): mereka tidak ~ siapa yg mengambil surat itu tadi; 2. boleh (dapat) dilihat, kelihatan, tampak: rumahnya tidak ~ dr sini; tak ~ muka hidung tidak kelihatan langsung; ~ belang diketahui hal (keadaan, maksud, dll) yg sebenarnya; ~ dekat hanya dapat melihat dr dekat (tidak boleh melihat jauh); nampaknya rupa-rupanya: ~ kita tidak ter­daya lagi membebaskan diri drpd semua ini; menampak melihat, menengok: para pe­lakon di belakang cermin ini boleh dinampak oleh penonton; menampakkan menunjukkan, mem­­­­­­­per­­­­­­­­lihat­­­­­kan: pandangan awal mungkin ~ seolah-olah semua bahan yg wujud perlu diambil kira; ~ diri memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul sehingga atau supaya dapat di­lihat; ternampak 1. sudah dilihat, terlihat: kerjaku ini ~ oleh datuk sarjan; 2. dapat dilihat, kelihatan: ia memerhatikan kalau-kalau ~ sebuah kuala sungai; ternampak-nampak seolah-olah nampak pd pandangan mata, terpandang-pandang, ter­bayang-bayang;ternampakkan terlihat akan, terpandang akan: dia ~ Razman yg sedang berjalan; kenampakan dapat dilihat, kelihatan, ke­tahuan: kemarahan ibu telah ~; ® tampak I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nam.pa/] | نمڤق

Definisi : 1 dpt melihat: Mereka tidak ~ orang yg mengambil buku itu. 2 dpt dilihat; tampak; kelihatan: Bangunan parlimen ~ dr sini. nampaknya besar kemungkinannya bahawa: ~ mereka akan berjaya lagi pd tahun ini. menam­pakkan menunjukkan supaya dpt di­lihat; memperlihatkan: ~ diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nampak (kata kerja)
Bersinonim dengan tengok, melihat, memandang;,
Kata Terbitan : nampaknya, menampakkan, ternampak, ternampak-nampak,

Puisi
 

Pulau Pisang nampak terendam,
     Nampak dari Kuala Rambah;
Hati rindu bertambah dendam,
     Pada siapa nak menumpang susah?


Lihat selanjutnya...(125)
Peribahasa

Nampak gabak di hulu.

Bermaksud :

Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (Peribahasa lain yang sama makna: Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas).

 

Lihat selanjutnya...(13)

6

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDari jauh nampak kelabu, Nampak ke Gunung Jerai; Ini malam kita bertemu, Besok hari kita bercerai.
Kurik Kundi Merah SagaPulau Pisang nampak terendam, Nampak dari Kuala Rambah; Hati rindu bertambah dendam, Pada siapa nak menumpang susah?
Kurik Kundi Merah SagaGunung Daik nampak terlintang, Nampak dari Pulau Pelanduk; Hitam manis sanggul melintang, Tempat abang bersandar masuk.
Kurik Kundi Merah SagaRiak-riak kata ke toman, Kalau toman nampak riaknya; Nampak layu katakan demam, Kalau demam ada pucatnya.
Kurik Kundi Merah SagaNampak beting jauhnya pelik, Nampak perahu pergi balik; Sungguh biring jatuh tergolek, Undur-undur dia terkam balik.
Kurik Kundi Merah SagaLimau manis merah masaknya, Terlindung pula di balik dahan; Sungguh manis nampak wajahnya, Tak nampak sehari rasa sebulan.
Kurik Kundi Merah SagaNampak rendang pokok belimbing, Gugur buah tepi telaga; Berapa senang berbini sumbing, Kalau marah ketawa juga.
Kurik Kundi Merah SagaNampak dari Kuala Segamat, Di situ banyak pokok pauh; Berubah hati berdebar semangat, Kerana bertemu kampung bertuah.
Kurik Kundi Merah SagaNampak perahu terapung-apung, Cik Rasib tukang kemudi; Jangan selalu harapkan untung, Kalau tak nasib mana nak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaNampak dari tanah Makkah, Di sana ramai anak bidadari; Sabarlah kita sebelum nikah, Sama-samalah menjaga diri.
12345678910...

Kembali ke atas