menyesah Ib | mencuci pakaian. | Ketika Jenal sampai, dia dapati emaknya dan Leha sudah hampir siap menyesah. Leha nampaknya masih belum mandi lagi. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tedah MSr | Kasihan, pernyataan simpati kepada seseorang akibat kesusahan dan sebagainya. | Pawi, bisik Pak Keri Ladun, menggamit lutut Udak Pawi. Nampaknya semakin teruk keadaan tedah Bujang Elak itu!" Udak Pawi hanya mengangguk-anggukkan kepalanya, lemah. Hatinya yang gelisah semakin bertambah gelisah. Tewaskah Syekh Jamal?. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
peda Bj | sejenis parang. | Tukul dua paun digunakan apabila parang guuk dan peda yang dibuat bertukar ganti itu hampir siap. Guuk dikerjakan apabila sebahagian sahaja lagi yang perlu dibentuk dan dibaiki, cuma peda yang nampaknya memerlukan lebih masa lagi. | Pendayan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
guuk Bj | sejenis parang. | Tukul dua paun digunakan apabila parang guuk dan peda yang dibuat bertukar ganti itu hampir siap. Guuk dikerjakan apabila sebahagian sahaja lagi yang perlu dibentuk dan dibaiki, cuma peda yang nampaknya memerlukan lebih masa lagi. | Pendayan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |