Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : beruntung, mujur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : beruntung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nasib
Rujuk :takdir

Puisi
 

Orang Daik bergelar tabib,
     Mengubat jari terkena parang;
Baik-baik menyerahkan nasib,
     Janganlah jadi hamba orang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Malang tak boleh ditolak,
     mujur tak boleh diraih.

Bermaksud :

Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau).

 

Lihat selanjutnya...(4)

210

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Malangnya, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Adakah pantun yang diakhiri dengan bunyi atau sukukata yang sama salah dalam konsep sebuah pantun. Seolah-olahnya seperti syair. Bagaimanakah untuk menentukan sebuah pantun itu dalam kategori baik.Memang dimaklumi pola pantun yang biasa kita temukan ialah ab, ab. Walau bagaimanapun,  ada  juga terdapat  pantun yang skema rima akhirnya menyamai rima syair iaitu aa,aa. Untuk menentukan  karya itu sebagai sebuah pantun boleh dilihat dari cirinya,  iaitu  ada baris  pembayang dan ada baris maksudnya. Contoh pantun yang skema rimanya aa, aa:

    Seri Mersing lagu Melayu,
        Mari dikarang zaman dahulu;
    Duduk termenung menongkat dagu,
        mengenang nasib dagang piatu.
Sastera19.04.2012
saya nak tahu cara untuk menghantar karya kepada DBP untuk diterbitkan?? saya pelajar IPGM kampus bahasa melayu dan saya mula bergiat dalam penulisan puisi...oleh yang demikian saya ingin cuba nasib menghatar karya saya ke DBP untuk diterbitkan....

Terima kasih atas pertanyaan sdr. Karya sdr berupa puisi (asli dan bukan plagiat) perlulah dikumpulkan sekurang-kurangnya 100 buah (bermutu). Lagi banyak puisi dikumpulkan dan disertakan untuk dihantar kepada DBP lagi baik. Dalam hal ini, pakar penilai berkemungkinan besar akan menggugurkan puisi-puisi yang difikirkan tidak kuat atau tidak bermutu.

Bagi memudahkan untuk penilaian oleh pakar yang dilantik oleh DBP, sdr perlulah menyusun kemas puisi tersebut mengikut contoh atau format antologi/kumpulan (buku) puisi yang telah diterbitkan oleh DBP. Format tersebut perlulah mengandungi judul (kulit luar) dan nama pengarang, kandungan puisi, teks puisi dan biodata lengkap penulis.

Karya yang dikirimkan perlulah dalam dua (2) bentuk iaitu bahan/teks bercetak dan disket. Surat rasmi daripada pengirim perlulah mengandungi nama penuh (sertakan nama pena sekiranya ada), nombor telefon, nombor faks dan alamat e-mel (sekiranaya ada) bagi memudahkan segala urusan surat menyurat.

Kirimkan karya tersebut (sebaik-baiknya secara surat berdaftar atau hantar tangan) ke alamat: Ketua Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Sekian dimaklumkan. Selamat berjaya dan wassalam.

Lain-lain04.08.2010
Abu Dzar Oct 5th, 10:39pm Salam dan selamat mlm kenapakah syarikat GLC Dan GLO masih menggunakan bahasa ingeris didlm laporan dalam syarikatnya apakah dasar kerajaan dlm hal ini atau peranan DBP dalam memberi khdmat nasib dalam memertabatkan bahasa melayu@ Malaysia sebagai bahasa rasmi negaraPandangan tuan dalam hal ini amat kami hargai dalam mengisi ruang yang boleh ditambah baik dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Untuk makluman tuan, Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2013 telah memaklumkan penubuhan Jawatankuasa Bersama Penggunaan Bahasa Kebangsaan DBP - Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Susulan daripada keputusan ini beberapa siri perbincangan telah dilaksanakan dengan pihak GLC yang diurussetiakan oleh Khazanah Nasional. Secara prinsipnya jawatankuasa bersama bersetuju untuk mengadakan program kerjasama kebahasaan dan yang utamanya ialah program Audit Bahasa Melayu di GLC. Program ini bertujuan untuk meneliti tahap penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32) dalam kalangan GLC. Dapatan sahih ini penting bagi menggerakkan kerjasama yang seterusnya seperti mencadangkan program tindakan untuk peluasan dan pemantapan penggunaan bahasa Melayu di GLC selaras dengan fungsi yang ditetapkan dalam undang-undang. Kami amat optimis kejayaan program ini agar menjadi agenda kesinambungan usaha pemartabatan bahasa Melayu di negara kita.Lain-lain05.10.2015
Salam sejahtera, Tuan, Saya sedang menulis tesis PHD di USM, justeru saya ingin mengetahui perkataan Melayu yang paling sesuai untuk perkataan bahasa Inggeris yang berikut; 1. self-determination 2. self regulation 3.psychological empowerment 4.self realization Mohon jasa baik tuan untuk membantu saya. Sejuta penghargaan dan terima kasih saya dahului. Yang benar, Sohba Velloo Universiti Sains Malaysia Pulau PinangCadangan kami, frasa yang berikut diterjemahkan kepada:
1. self-determination - penentuan diri, penentuan nasib sendiri
2. self regulation - pengaturan diri, pengaturan sendiri
3. psychological empowerment - pengehakupayaan psikologi 
4. self realization - realisasi kendiri
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my.  
Penyemakan dan penterjemahan26.12.2014

Kembali ke atas