Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : beruntung, mujur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : beruntung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nasib
Rujuk :takdir

Puisi
 

Orang Daik bergelar tabib,
     Mengubat jari terkena parang;
Baik-baik menyerahkan nasib,
     Janganlah jadi hamba orang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Malang tak boleh ditolak,
     mujur tak boleh diraih.

Bermaksud :

Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau).

 

Lihat selanjutnya...(4)

210

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Malangnya, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
turning pointtitik perubahanKesusasteraanTiadaDetik dalam naratif atau drama apabila cerita mencapai klimaks, kemudian berubah arah dan mula menurun menuju ke bahagian akhir. Titik perubahan ini dapat dilihat, contohnya pada nasib protagonis yang bertukar daripada baik kepada buruk, atau sebaliknya. Aristotle merujuk perubahan nasib ini sebagai peripeteia. Lihat juga krisis, peripeteia, puncak.

Kembali ke atas