Tarian rakyat adalah tarian tradisional sesuatu
bangsa atau kumpulan etnik. Sepanjang sejarah,
hampir setiap budaya mengasaskan tarian rakyat
mereka yang tersendiri. Tarian rakyat diwariskan
daripada satu generasi kepada generasi yang lain.
Manusia telah mencipta lagu tarian , sejenis muzik
rakyat, untuk mengiringi kebanyakan tarian.
Kebanyakan tarian rakyat asalnya merupakan
satu bentuk keramaian, amalan keagamaan, atau
suatu kaedah untuk mengawal kuasa misteri.
Bentuk dan gerakan kebanyakan tarian ini
berdasarkan kepercayaan tahayul. Misalnya,
beberapa tarian rakyat awal ditarikan dalam bentuk
bulatan kerana manusia percaya bahawa bentuk ini
mempunyai kuasa ajaib. Dalam sesetengah budaya
awal, gerakan yang membentuk bulatan dipercayai
membawa nasib yang baik atau menghalau kuasa
jahat.