Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.si.hat] | نصيحت

Definisi : ajaran, petunjuk yg baik, peringatan: tidak mahu mendengar ~ orang tua-tua; menasihati 1. memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kpd: ia sentiasa ~ anak-anaknya supaya tidak meninggalkan sem­bah­yang; 2. mengesyorkan kpd, meng­anjur­kan kpd, mengusulkan kpd: doktor ~nya supaya berhenti menghisap rokok dan me­minum minuman keras;nasihat-menasihati saling memberi na­sihat: ternyata Islam memelihara kebebasan berpendapat melalui konsep ~ sesama Muslim; tegur-menegur dan ~ adalah antara unsur pendidikan yg berkesan; menasihatkan memberikan sesuatu sbg na­sihat atau sbg tunjuk ajar;penasihat orang yg memberi nasihat (tunjuk ajar dll); ~ ekonomi penasihat tentang pelbagai hal yg berkaitan dgn soal ekonomi; ~ kerjaya pe­­-na­sihat tentang kerjaya; ~ pelaburan orang atau pihak yg memberikan nasihat profesi­onal tentang hal-hal pelaburan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.si.hat] | نصيحت

Definisi : ajaran atau petunjuk yg baik; peringatan: Ali itu keras kepala, tidak mahu mendengar ~ orang tuanya. menasihati memberi nasihat (tunjuk ajar dll) kpd: Guru ~nya supaya memulangkan barang yg dicuri itu kpd tuannya. menasihatkan memberikan sesuatu sbg nasihat atau sbg tunjuk ajar: Dia mengingati apa-apa yg dinasihatkan kpdnya. penasihat orang yg memberi nasihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nasihat (kata nama)
Bersinonim dengan ajaran, peringatan, tunjuk ajar, petua, petunjuk, panduan, tegur ajar, teguran, amaran, pesanan, wejangan;,
Kata Terbitan : menasihati, penasihat,

Puisi
 

Kain berlipat dalam istana,
     Pakaian puteri raja kayangan;
Sepatah nasihat ilmu yang berguna,
     Secubit budi jadi kenangan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai mestika embun.

Bermaksud :

Mendengar nasihat yang baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menelan mestika embun).

 

Lihat selanjutnya...(45)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYAIR NASIHAT

SYAIR NASIHAT, syair berunsur keagamaan yang mengandungi pengajaran berupa nasihat. Syair ini bertujuan menyampaikan pengajaran, bimbingan dan peringatan kepada anggota masyarakat yang tidak hanya terbatas kepada persoalan keagamaan sahaja.

SASTERAKonsep
SURUHANJAYA PASIFIK SELATAN

Suruhanjaya Pasifik Selatan ialah pertubuhan

antarabangsa yang memberi bantuan khidmat nasihat

teknikal, latihan, dan penyebaran maklumat dalam

bidang sosial, ekonomi, dan kebudayaan kepada 22 buah

pentadbiran kerajaan. Negara-negara ini terdiri daripada

Samoa Amerika, Kepulauan Cook, Persekutuan Negeri Micronesia,

Fiji, Polinesia Perancis, Guam, Kiribati, Kepulauan

Marshall, Nauru, New Caledonia, Niue, Kepulauan

Mariana Utara, Palau, Papua New Guinea,

Kepulauan Pitcairn, Kepulauan Solomon, Tokelau,

Tonga, Tuvalu, Vanuatu, Wallis dan Futuna, dan

Samoa Barat.

UMUM 
SMEATON, JOHN

Smeaton, John (1724–1792) ialah jurutera British

yang mereka bentuk rumah api Eddystone yang

ketiga di pantai England. Dia mengabaikan nasihat

para jurutera lain dan membina rumah api itu

daripada blok batu yang ditanggam bersama.

Rumah apinya teguh berdiri selama lebih 100

tahun sebelum dirobohkan. Smeaton juga mereka

bentuk dan membina jambatan, kincir air,

pelabuhan, terusan, sistem saliran, dan projek lain.

Dia membuat pembaikan besar pada enjin stim

ciptaan Newcomen. Dia orang pertama yang

menggelar dirinya sebagai jurutera awam. Pada

tahun 1771, dia menubuhkan Persatuan Jurutera

Awam. Smeaton lahir di Austhorpe berhampiran

Leeds, England.

UMUM 
PADERI

Paderi ialah orang yang dilatih khas untuk

menjalankan tugas dan upacara keagamaan dan

memberi nasihat keagamaan.

UMUM 
ORDER IN COUNCIL

Order in Council. Dekri yang dikeluarkan oleh

kerajaan British apabila perkara yang amat penting

melanda negara dikenali sebagai Order in Council.

Ia mendapat nama tersebut kerana ia diisytiharkan

atas nasihat Majlis Privi. Pada tahun 1807, Great

Britain mengeluarkan Order in Council sebagai

jawapan kepada ancaman Napoleon untuk

menyekat empayar kepulauan. Dengan order ini,

kapal-kapal British menyekat pantai Eropah dan

menahan kapal perdagangan yang berkecuali

daripada memasuki pelabuhan Eropah yang

terletak di bawah kekuasaan Napoleon.

Lihat juga Majlis Privi.

UMUM 
SIMPULAN GORDIAN

Simpulan Gordian, merupakan satu simpulan

yang rapi dalam mitologi Yunani. Seorang rakyat

Phrygia bernama Gordius menggunakannya untuk

mengikat lembunya pada pedati. Mengikut mitos,

Gordius dilantik sebagai raja Phrygia kerana

nasihat ahli ramal. Sebuah legenda menceritakan

barang siapa yang boleh membuka simpulan

Gordian akan memerintah Asia. Ramai orang

mencubanya tetapi gagal. Akhirnya Iskandar

Agung memotong simpulan itu dengan

pedangnya, dan mengisytiharkan bahawa dia

telah memenuhi ramalan tersebut. Gordius ialah

ayah kepada Midas, yang sentuhannya boleh

menukarkan semua benda menjadi emas.

Ungkapan memotong simpulan Gordian

bermakna menyelesaikan masalah yang sukar

dengan cara yang mudah.

UMUM 
DONGENG AESOP

Dongeng Aesop ialah kumpulan cerita yang

ditulis oleh seorang hamba Yunani bernama

Aesop yang hidup kira-kira pada tahun 600

SM. Seperti dongeng lain, setiap kisah ringkas

dalam kumpulan itu mempunyai pengajaran dan

nasihat.

UMUM 
NEGARAWAN

Negarawan ialah seseorang yang

berpengetahuan luas tentang kerajaan dan politik,

dan memainkan peranan yang amat penting dalam

hal ehwal awam. Kebanyakan orang menganggap

negarawan sebagai seorang yang mengambil

berat terhadap keperluan dan kepentingan negara

secara keseluruhannya. Sebaliknya, mereka

menganggap ahli politik sebagai seseorang yang

mempunyai matlamat parti atau politik sahaja.

Negarawan berumur , yang selalunya telah bersara

daripada bergiat secara aktif dalam kerajaan, akan

terus memberi nasihat berkenaan isu-isu penting.

Jepun membentuk sistem genro , iaitu sebuah

badan yang dianggotai oleh bekas-bekas

pemimpin kerajaan yang memberi nasihat kepada

kerajaan yang sedang berkuasa. Lihat juga senarai

biografi negarawan di hujung kebanyakan rencana

yang berkaitan dengan setiap negara.

UMUM 
SURAH YUNUS

Surah Yunus ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-10 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 109 ayat. Surah

ini dinamakan Yunus kerana di dalamnya

disebutkan kisah Nabi Yunus a.s. dan

mengandungi nasihat dan teladan mengenai

pengangkatan azab daripada kaum baginda,

ketika mereka beriman setelah mereka hampir-hampir

ditimpa azab dan bala.

UMUM 
METROPOLITAN

Metropolitan ialah gelaran ketua biskop Gereja

Ortodoks Timur. Kadang-kadang, ketua biskop

Roman Katolik juga dikenali sebagai metropolitan.

Pada 342 M., Majlis Antioch mendikrikan bahawa

metropolis (kota ibu kota) wilayah gereja hendaklah

diberi pangkat yang lebih tinggi daripada biskop lain

di wilayah tersebut. Para biskop hendaklah memberi

nasihat kepada metropolitan tentang semua perkara

melainkan hal ehwal keuskupan yang biasa.

Lihat juga Ketua biskop.

UMUM 
12

Kembali ke atas