APAKAH PERBEZAAN ARKIB DAN MUZIUM? | Arkib ialah tempat menyimpan naskhah-naskhah, rekod umum dan dokumen-dokumen sejarah sesebuah negara; manakala muzium ialah bangunan tempat menyimpan, memelihara, mengkaji, atau mempamerkan objek-objek yg mempunyai nilai sejarah, seni, saintifik, dsb. Berdasarkan makna dalam kamus perbezaan yang paling ketara ialah arkib menyimpan dokumen sejarah dalam bentuk teks dan tidak dipamerkan untuktontonanumum, tetapi muzium ialah bangunan khusus yang mempamerkan bahan-bahan sejarah. | Makna | 13.08.2008 |
PERBEZAAN ANTARA PENYUNTINGAN NASKHAH DAN PENYUNTINGAN KOMPREHENSIF | Penyuntingan naskhah adalah sama dengan penyuntingan kopi, iaitu menyunting dari aspek bahasa dan teknikal. Penyuntingan komprehensif adalah penyuntingan menyeluruh yang melibatkan penyuntingan dari aspek subsantantif dan naskhah. | Makna | 16.06.2014 |
Kedua-dua buah akhbar atau kedua-dua naskhah akhbar atau kedua-dua akhbar? Rasionalnya? Terima kasih. | Frasa yang gramatis ialah kedua-dua naskhah akhbar. Penjodoh bilangan bagi akhbar ialah naskhah. | Tatabahasa | 28.04.2014 |
Naskhah Melayu lama yang bertulisan tangan itu masih tersimpan di Arkib Negara. penggunaan bertulisan betul ke? atau yang salah ialah tersimpan? apa jawapan yang betul? | Naskhah Melayu lama yang bertulisan tangan itu masih tersimpan di Arkib Negara atau Naskhah Melayu lama yang bertulisan tangan itu masih disimpan di Arkib Negara. | Tatabahasa | 16.07.2008 |
Selain naskhah Hikayat Misa Melayu, adakah Raja Chulan Ibn Raja Hamid pernah menghasilkan karya lain. | Untuk makluman, maklumat tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data kami. | Sastera | 20.08.2015 |
naskah atau naskhah | Ejaan yang tepat ialah naskhah. | Ejaan | 27.07.2010 |
Adakah naskhah boleh digunakan untuk penjodoh bilangan buku? Senaskhah buku cerita. Atau Sebuah buku cerita Yang manakah betul? | Naskhah boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk buku. Kedua-dua ayat tersebut betul. Carian jawapan boleh dibuat melalui laman web PRPM atau klik pautan FAQ (Soalan Lazim) melalui laman web KNDBP | Makna | 09.05.2023 |
Salam Sejahtera, saya mempunyai sebuah naskhah penulisan yang masih belum diterbitkan dan berhasrat untuk dapatkan khidmat nasihat pihak DBP dan bagaimana jika pihak DBP dapat menerbitkan naskhah tersebut. | Salam sejahtera, PENGHANTARAN MANUSKRIP KE DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Penghantaran manuskrip dialamatkan kepada: Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. No. Tel.: 03-21479533 (Pembantu Setiausaha Pejabat) (Uswatun) Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan: - Salinan lembut (soft copy) manuskrip dalam bentuk cakera padat (CDRW)
- Satu salinan keras manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini, untuk tindakan selanjutnya.
Manuskrip juga bolehlah die-melkan kepada Pengarah Jabatan Penerbitan melalui: razali3@dbp.gov.my, uswatun@dbp.gov.my | Lain-lain | 17.12.2021 |
Tuan, Ejaan manakah yang betul? naskah atau naskhah? Maklum balas amat dihargai. Terima kasih | Ejaan yang betul "naskhah". Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 26.10.2010 |
Apakahperbezaan antara galeri, arkib dan muzium? Kalau sekolah hendak wujudkan bilik pameran untuk simpanan maklumat sekolah seperti majalah sekolah, piala, buku teks yang digunakan, bekas pengetua , guru dan lain-lain, itu adalah galeri kan? Terimakasih | Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan galeri sebagai bangunan atau bilik tempat mempamerkan karya-karya seni dsb: satu pameran telah diadakan di sebuah ~ seni dan sejarah. Arkib pula ialah tempat menyimpan naskhah-naskhah lama dan sebagainya yang dianggap penting. 2 tempat menyimpan atur cara dan data komputer bagi jangka masa yang lama. Manakala muzium ialah bangunan tempat menyimpan, memelihara, mengkaji, atau mempamerkan objekobjek yang mempunyai nilai sejarah, seni, saintifik, dan sebagainya. Berdasarkan keterangan saudara, galeri lebih sesuai digunakan. | Tatabahasa | 30.04.2013 |