Rancangan Marshall menggalakkan negara-negara
Eropah berganding bahu untuk
memulihkan ekonomi selepas Perang Dunia II
(1939–1945).
Rancangan Marshall menggalakkan negara-negara
Eropah berganding bahu untuk
memulihkan ekonomi selepas Perang Dunia II
(1939–1945). Pada bulan Jun 1947, Amerika Syarikat
bersetuju untuk membantu Eropah, sekiranya ia
mahu berbincang dan menentukan apa yang
diperlukan. Nama rasmi rancangan itu ialah
Program Pemulihan Eropah. Ia disebut sebagai
Rancangan Marshall bersempena nama George C.
Marshall, setiausaha negara Amerika Syarikat
yang mula-mula mencadangkannya.
Rancangan Marshall bermula pada bulan April
1948 apabila Kongres menubuhkan Pentadbiran
Kerjasama Ekonomi untuk menguruskan bantuan
luar negara. Sebanyak tujuh belas buah negara
menubuhkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi
Eropah bagi mewujudkan kerjasama di kalangan
ahli-ahlinya. Amerika Syarikat menyumbang kira-kira
13 bilion dolar Amerika dalam bentuk
makanan, jentera, dan keluaran lain ke Eropah.
Bantuan tersebut ditamatkan pada tahun 1952.
Pada tahun 1961, Pertubuhan Kerjasama
Ekonomi dan Pembangunan dibentuk bagi
menggantikan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi
Eropah. Sebanyak 20 buah negara, termasuk
Amerika Syarikat dan Kanada menubuhkan
Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan
pembangunan bagi tujuan menggalakkan
pertumbuhan ekonomi negara-negara ahli dan
bagi membantu kawasan yang sedang
membangun.
Lihat juga Eropah (Eropah Pascaperang);
Marshall, George C.; Truman, Harry S.