Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Semakan ayat kesan negatif lain ialah ... @ kesan negatif yang lain ialahFrasa yang betul ialah kesan negatif yang lain ialah... .Tatabahasa14.12.2014
"Pembakaran terbuka membawa banyak kesan negatif terhadap alam sekitar." atau "Pembakaran terbuka banyak membawa kesan negatif terhadap alam sekitar." Antara yang berikut, yang manakah betul dan mengapa jawapan tersebut betul?Ayat yang betul ialah 'Pembakaran terbuka membawa banyak kesan negatif terhadap alam sekitar.' Kata bilangan banyak menjadi penerang pada frasa nama kesan dan hadir sebelum frasa tersebut.Tatabahasa22.01.2011
Asalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya Muhammad Irfan Ariff B Nor Azali Shukri, pelajar tahun 2, kursus terjemahan dan intepretasi, di USM. Saya ingin bertanya mengenai perkataan gejala. 1. Adakah perkataan gejala berkonotasikan negatif? Kebiasaannya perkataan tersebut akan dipadankan dengan perkataan negatif? iaitu gejala negatif, gejala sosial, dll. 2. Bolehkah perkataan tersebut digabungkan dengan unsur yang positif? seperti gejala positifMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, gejala bermaksud tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Dalam wacana umum, gejala lazimnya dikaitkan dengan unsur negatif seperti gejala rasuah. Walau bagaimanapun, dalam wacana ilmiah kata gejala digunakan dalam konteks yang membawa maksud petanda, seperti gejala klinikal dan gejala tunggal.Istilah05.05.2015
Ayat: Kita perlu menghindarkan diri daripada perbuatan negatif. atau Kita perlu menghindari diri daripada perbuatan negatif. mana satu yang betul ?Salam sejahtera,

Jawapan yang betul ialah Kita perlu menghindarkan diri daripada perbuatan negatif.
Tatabahasa14.07.2020
Assalamualaikum. 1. Apakah istilah/terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk "selective estrogen receptor degrader (SERD)", iaitu sejenis ubat dalam rawatan kanser? 2. Bila diterjemahkan istilah seperti "The study is looking specifically at HER2-negative breast cancers.", adakah perkataan HER2-negative diterjemahkan kepada HER2 negatif, atau negatif HER2? 3. Yang manakah terjemahan yang lebih sesuai untuk "targeted therapy": "terapi tersasar" atau "terapi sasaran"? Contoh ayat: "Palbociclib is a targeted therapy that can help stop cancer cells growing" 4. Adakah "kanser payudara tahap teruk" terjemahan yang tepat untuk "advanced breast cancer", yang biasanya merujuk kepada kanser tahap IV? 5. Apakah terjemahan yang tepat untuk "luteinizing hormone-releasing hormone (LHRH) agonist". (Rujukan: Luteinizing hormone-releasing hormone (LHRH) agonists generated in the hypothalamus bind to receptors on the anterior pituitary and stimulate the release of both luteinizing hormone (LH) and follicle-stimulating hormone (FSH)) Terima kasih atas bantuan tuan/puan.Kami mencadangkan padanan istilah seperti yang berikut:

1. Selective estrogen receptor degrader - Pendegradasi penerima estrogen terpilih
2. HER2-negative - HER2-negatif
3. Targeted therapy - Terapi terpilih atau Terapi sasaran (kedua-dua istilah boleh digunakan)
4. Luteinizing hormone-releasing hormone agonist - Agonis hormon peluteinan-hormon pelepas

Kesemua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah13.04.2021
kesan negatif dan langkah mengatasi masalah hutang penggunaan kad kreditSila rujuk bahan ini atau anda boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan untuk mendapat kemudahan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. 1. Kad kredit - manfaat atau mudarat? Lynette Chiew Soon Jin Dewan Masyarakat 01/12/1996. 2. Kad kredit,cara moden untuk berhutang ? Ong Hiong Loi Dewan Masyarakat 01/04/1997 3. Kunci berbentuk kad kredit Dewan Siswa 01/03/1986. 4. Muflis angkara kad kredit Jeniri Amir Dewan Masyarakat 01/12/2005. 5. Penggunaan kad kredit Lee Mei Hwa Dewan Masyarakat 01/02/1998 1Lain-lain19.09.2007
Apakah maksud rangkaian kata"menebarkan sayap negatif" dalam ayat ini?Bolehkan memberi penjelassan yang mendalam?Terima kasih puan-puan dan tuan-tuan. Semoga isu kenakalan remaja akan lenyap agar tidak lagi [menebarkan sayap negatif ]kepada generasi akan datang bak kata peribahasa ‘Sebab nila setitik rosak susu sebelanga’.Dalam ayat ini, menebarkan sayap negatif membawa maksud menyebarkan pengaruh yang tidak elok.Makna04.08.2021
Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata pemeri "adalah" dan "ialah" bagi perkataan-perkataan yang berikut. 1. ... ialah maksimum ATAU ... adalah maksimum? 2. ... ialah minimum ATAU ... adalah minimum? 3. ... ialah positif ATAU ... adalah positif? 4. ... ialah negatif ATAU ... adalah negatif? Selain itu saya juga ingin bertanya tentang penggunaan kata hubung "yang" sama ada perlu ada atau boleh sahaja jika ditiadakan? Contoh: ... berdasarkan pernyataan yang berikut ATAU ... berdasarkan pernyataan berikut? Terima kasih. Salmah Ibrahim1. ... ialah maksimum ... 
2. ... ialah minimum ...
3. ... ialah positif ...
4. ... ialah negatif ...
5. Tidak perlu kata hubung 'yang', berdasarkan pernyataan berikut ...
Tatabahasa01.02.2012
MAKSUD TERPERINCI TENTANG 'TEKANAN KERJA'Tekanan kerja membawa kesan positif dan juga negatif. Tekanan kerja yang sedikit perlu untuk meningkatkanproduktiviti. Manakala tekanan kerja yang berlebihan boleh mendatangkan kesan negatif. Suasana  di tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental termasuklah perhubungan sesama rakan sekerja dan perhubungan dengan majikan. Untuk maksud yang perinci sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Lain-lain20.01.2009
Apakah padanan yang tepat bagi menerangkan suhu di bawah sifar dalam unit celcius? minus 30 Negatif 30?Salam sejahtera,

Padanan bagi suhu di bawah sifar ialah negatif.

Sekian, terima kasih.
Istilah25.10.2017
12345678910

Kembali ke atas