Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[né.ga.tif] | نيݢاتيف

Definisi : (négatif) 1. pernyataan tidak atau bukan, tidak setuju, ingkar: saya menjawab ~, walaupun hati kecil saya mahu mele­tuskan simpati; 2. tidak mempunyai nilai, ciri, kualiti dsb yg membina (meyakinkan, bersemangat, pasti dsb): mereka dianggap bersikap ~ ter­hadap perubahan ataupun terhadap diri mereka sendiri; golongan yg putus asa itu mempunyai sikap yg ~ terhadap hidupnya; 3. cenderung membawa kesan atau pengaruh yg tidak elok (membahayakan, merosakkan dsb): perubahan ~ biasanya lebih cepat men­dapat reaksi berbanding dgn perubahan positif; kita sedar akan bahaya drpd penye­baran budaya ~ yg dianggap oleh penyebar­nya sbg budaya moden dan maju; 4. tidak menunjukkan sebarang tanda atau bukti ada­nya sesuatu penyakit atau keadaan (bkn hasil ujian diagnosis dsb): mereka yg disyaki mena­gih dadah itu telah dibebaskan oleh pihak polis setelah hasil ujian air kencing mereka didapati ~; 5. = nombor ~ (Mat) nombor yg lebih kecil drpd sifar; 6. kurang drpd sifar: kayu bergergaji diramalkan akan menun­jukkan kadar pertumbuhan yg ~; 7. imej foto pd filem yg belum berupa gambar; 8. lwn positif (elektrik dll); menegatifkan menjadikan negatif: tang­gapan sendiri yg ~ sesuatu akan menye­babkan kita menjadi kurang berani meng­hadapi realiti dan cabaran; menegatifkan menjadikan negatif: tang­gapan sendiri yg ~ sesuatu akan menye­babkan kita menjadi kurang berani meng­hadapi realiti dan cabaran; kenegatifan perihal (keadaan) negatif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[né.ga.tif] | نيݢاتيف

Definisi : /négatif/ 1 pernyataan bukan atau tidak setuju; ingkar. 2 filem gam­bar yg menunjukkan terang gelap bayangan gambar yg terbalik ke­ada­annya. 3 = nombor ~ nombor yg lebih kecil drpd sifar. 4 ist bkn cas elek­trik yg mempunyai lebih elektron dan kurang proton (lw positif). menegatifkan menjadikan atau meng­anggap negatif: Tanggapan yg ~ sesuatu akan menyebabkan kita kurang berani utk menghadapi cabaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata negatif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Semakan ayat kesan negatif lain ialah ... @ kesan negatif yang lain ialahFrasa yang betul ialah kesan negatif yang lain ialah... .Tatabahasa14.12.2014
"Pembakaran terbuka membawa banyak kesan negatif terhadap alam sekitar." atau "Pembakaran terbuka banyak membawa kesan negatif terhadap alam sekitar." Antara yang berikut, yang manakah betul dan mengapa jawapan tersebut betul?Ayat yang betul ialah 'Pembakaran terbuka membawa banyak kesan negatif terhadap alam sekitar.' Kata bilangan banyak menjadi penerang pada frasa nama kesan dan hadir sebelum frasa tersebut.Tatabahasa22.01.2011
Asalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya Muhammad Irfan Ariff B Nor Azali Shukri, pelajar tahun 2, kursus terjemahan dan intepretasi, di USM. Saya ingin bertanya mengenai perkataan gejala. 1. Adakah perkataan gejala berkonotasikan negatif? Kebiasaannya perkataan tersebut akan dipadankan dengan perkataan negatif? iaitu gejala negatif, gejala sosial, dll. 2. Bolehkah perkataan tersebut digabungkan dengan unsur yang positif? seperti gejala positifMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, gejala bermaksud tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Dalam wacana umum, gejala lazimnya dikaitkan dengan unsur negatif seperti gejala rasuah. Walau bagaimanapun, dalam wacana ilmiah kata gejala digunakan dalam konteks yang membawa maksud petanda, seperti gejala klinikal dan gejala tunggal.Istilah05.05.2015
Ayat: Kita perlu menghindarkan diri daripada perbuatan negatif. atau Kita perlu menghindari diri daripada perbuatan negatif. mana satu yang betul ?Salam sejahtera,

Jawapan yang betul ialah Kita perlu menghindarkan diri daripada perbuatan negatif.
Tatabahasa14.07.2020
kesan negatif dan langkah mengatasi masalah hutang penggunaan kad kreditSila rujuk bahan ini atau anda boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan untuk mendapat kemudahan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. 1. Kad kredit - manfaat atau mudarat? Lynette Chiew Soon Jin Dewan Masyarakat 01/12/1996. 2. Kad kredit,cara moden untuk berhutang ? Ong Hiong Loi Dewan Masyarakat 01/04/1997 3. Kunci berbentuk kad kredit Dewan Siswa 01/03/1986. 4. Muflis angkara kad kredit Jeniri Amir Dewan Masyarakat 01/12/2005. 5. Penggunaan kad kredit Lee Mei Hwa Dewan Masyarakat 01/02/1998 1Lain-lain19.09.2007
Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata pemeri "adalah" dan "ialah" bagi perkataan-perkataan yang berikut. 1. ... ialah maksimum ATAU ... adalah maksimum? 2. ... ialah minimum ATAU ... adalah minimum? 3. ... ialah positif ATAU ... adalah positif? 4. ... ialah negatif ATAU ... adalah negatif? Selain itu saya juga ingin bertanya tentang penggunaan kata hubung "yang" sama ada perlu ada atau boleh sahaja jika ditiadakan? Contoh: ... berdasarkan pernyataan yang berikut ATAU ... berdasarkan pernyataan berikut? Terima kasih. Salmah Ibrahim1. ... ialah maksimum ... 
2. ... ialah minimum ...
3. ... ialah positif ...
4. ... ialah negatif ...
5. Tidak perlu kata hubung 'yang', berdasarkan pernyataan berikut ...
Tatabahasa01.02.2012
MAKSUD TERPERINCI TENTANG 'TEKANAN KERJA'Tekanan kerja membawa kesan positif dan juga negatif. Tekanan kerja yang sedikit perlu untuk meningkatkanproduktiviti. Manakala tekanan kerja yang berlebihan boleh mendatangkan kesan negatif. Suasana  di tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental termasuklah perhubungan sesama rakan sekerja dan perhubungan dengan majikan. Untuk maksud yang perinci sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Lain-lain20.01.2009
Apakah padanan yang tepat bagi menerangkan suhu di bawah sifar dalam unit celcius? minus 30 Negatif 30?Salam sejahtera,

Padanan bagi suhu di bawah sifar ialah negatif.

Sekian, terima kasih.
Istilah25.10.2017
Baru-baru ini saya ingin mendaftar nama syarikat, PUNGGUK BESAR (BIG OWL) dengan SSM. Pegawai itu menolak dengan mengatakan ia berunsur negatif kerana TIADA PUN NAMA BURUNG TERSEBUT katanya (dia tidak tahu burung hantu mempunyai sekurang-kurangnya tiga lagi nama). Saya memetik kamus Dewan edisi keempat yang dengan jelas menyenaraikan nama burung tersebut. Saya juga menerangkan ada peribahasa popular, bagai pungguk rindukan bulan dan lagu Melayu popular, burung pungguk yang dinyanyikan oleh P. Ramlee, Sharifah Aini dan ramai lagi. Juga peribahasa Inggeris, as wise as an owl, di mana dari sinilah saya mendapat ilham nama tersebut, yang akan membawa maksud kebijaksanaan yang besar. Syarikat saya akan menerbitkan buku dan menjual barangan berkaitan buku, alat tulis dan alat bantu mengajar. Penerangan ini juga ditolaknya dengan alasan ada unsur negatif. Setahu saya burung punai sahaja dikaitkan dengan unsur negatif bukan burung pungguk. Pendapat saya perbuatan melacurkan bahasa dengan makna yang kotor tidak harus dilayan seperti punai dan sekarang kunyit. Suatu hari nanti akan menjadi satu kesalahan untuk menggunakan nama 'stor kunyit' kerana ada maksud tersirat yang negatif. Justeru saya minta perhatian pihak DBP untuk menghentikan pihak yang mengaitkan perkataan pungguk dengan makna yang negatif seperti yang sedang dilakukan pegawai otak kuning ini. Terima kasih.Terima kasih atas maklumat dan aduan pihak tuan. Kami akan menghantar penjelasan makna "pungguk" ke alamat e-mel tuan. Terima kasih.Lain-lain02.07.2019
Saya ingin tahu sekiranya terdapat sebarang makna bagi perkataan 'Latisa' dan adakah terdapat sebarang konotasi negatif terhadap perkataan ini atau maksudnya di dalam mana-mana bahasa?Perkataan "latisa" tidak terdapat dalam bahasa Melayu. DBP tidak mempunyai maklumat sama ada perkataan ini mempunyai makna yang negatif dalam bahasa lain.Istilah07.12.2016
12345678

Kembali ke atas