huruf 'n' yg ke-2 bg nama khas Negeri-negeri Melayu Bersekutu perlu dieja Negeri-negeri... @ Negeri-Negeri... begitu jg bg nama khas yg lain spt. Peringatan Raja-raja Kedah, Undang-undang Kedah, Negeri-negeri Selat. harap dtp bantu saya. Terima kasih. | Nama-nama khas seperti Negeri-Negeri Bersekutu, Undang-Undang Kedah, Negeri-Negeri Selat ditulis dengan huruf besar pada kata ganda yang kedua. | Tatabahasa | 03.07.2013 |
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu ditulis Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu atau; Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu | Cara penulisan yang betul ialah Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. | Tatabahasa | 30.01.2016 |
huruf besar atau kecil? Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Enakmen-enakman Lembaga Bandaran, Ordinan Majlis-majlis Tempatan 1992 | Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Enakmen-Enakmen Lembaga Bandaran, Ordinan Majlis-Majlis Tempatan 1992 | Ejaan | 28.03.2005 |
Yang mana satu ditulis dan disebut dengan betul : Pengarah-pengarah negeri atau Pengarah Negeri-negeri atau Pengarah Negeri - Pengarah Negeri ? | Ejaan dan sebutan yang betul, ialah Pengarah-pengarah Negeri. | Ejaan | 13.01.2011 |
Saya ingin bertanya tentang ayat ini 'saya berasal dari NEGERI SEMBILAN' ataupun 'saya berasal dari negeri NEGERI SEMBILAN' saya musykil kerana kebanyakan orang akan menjawab saya berasal dari negeri sembilan sahaja tidak jawab dalam saya berasal dari negeri negeri sembilan sila berikan sebab sekali atas jawapan yang diberi terima kasih . | Menurut data kami, ayat yang betul ialah "Saya berasal dari Negeri Sembilan" | Lain-lain | 01.10.2016 |
Perbezaan Dato' dan Datuk | Dato' ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh sultan negeri-negeri Melayu. Manakala Datuk ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh Yang di-Pertuan Agong (kerajaan Persekutuan) dan negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan. | Makna | 04.01.2007 |
PERBEZAAN PERKATAAN DATO' DAN DATUK | Dato' ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh sultan negeri-negeri Melayu. Manakala Datuk ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh Yang di-Pertuan Agong (kerajaan Persekutuan) dan negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan. | Makna | 04.04.2009 |
perbezaan dato` & datuk | Gelaran kehormat 'Datuk' dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan yang diberikan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong dan yang dianugerahkan oleh negeri-negeri tidak beraja , manakala 'Dato' dianugerahkan oleh negeri-negeri Melayu yang beraja. | Lain-lain | 24.12.2009 |
1. N atau n yang betul dalam Negeri/negeri China ? 2.Mengikut teori, kata adjektif sahaja akan menerima imbuhan memper......Tetapi mengapa kata 'tingkat' (Kata nama/ bukan kata adjektif)menerima imbuhan memper dan bukannya memper.....kan. Tolong jelaskan. Terima kasih. | 1. Merujuk Republik Rakyat China, istilah yang perlu digunakan ialah Negara China, bukan Negeri/negeri China. 2. Perkataan 'tingkat' tergolong dalam kata kerja, bukan kata nama atau kata adjektif. | Ejaan | 27.03.2009 |
Tuan, Apakah perbezaan antara gelaran Dato' dengan Datuk? Saya pernah membaca Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Haji Omar yang mengatakan bahawa Dato' ialah gelaran daripada Sultan-sultan [ Negeri-negeri Bersekutu dan Tidak Bersekutu] manakala Datuk ialah gelaran dari peringkat Persekutuan dan negeri-negeri Selat seperti PP, Melaka, Sabah dan Sarawak. Adakah benar? Sekian, terima kasih. | Kenyataan saudara adalah betul, Dato' ialah gelaran daripada Sultan, manakala Datuk ialah gelaran daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri PP, Melaka, Sabah dan Sarawak. | Lain-lain | 03.06.2010 |