Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.pis] | نيڤيس

Definisi : tidak tebal, tipis; menipis menjadi nipis; menipiskan menjadikan nipis; kenipisan keadaan atau sifat nipis: ~ cakera brek boleh mengeluarkan bunyi bingit; penipisan proses atau perbuatan menipis atau menipiskan: ~ ozon yg disebabkan oleh pembakaran plastik secara terbuka adalah membahayakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.pis] | نيڤيس

Definisi : ; ~ kulit sj tumbuhan (pokok), delek ayam, Ixora concinna; limau ~ sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Citrus mecia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.pis] | نيڤيس

Definisi : sj ikan laut, Opisthopterus tardoore. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.pis] | نيڤيس

Definisi : tidak tebal; tipis: Bajunya dibuat drpd kain ~. menipis menjadi nipis: Cermin itu semakin ~ di tengah-te­ngahnya. menipiskan menjadikan (se­suatu) nipis: Getah yg sudah beku itu dike­luarkan dr takung dan dinipiskan dgn mesin tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nipis
Rujuk :tipis

Puisi
 

Kalau tuan meragi kain,
     Biar nipis jangan jarang;
Kalau tuan mencari lain,
     Biar lebih daripada terkurang.


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gelang minggu[g«.lAN miN.gu] gelang nipis yang biasanya dipakai tujuh utas.Orang la ni tak suka pakai gelang minggu.[.ÒAN lA ni tA/ su.kA pA.kAj g«.lAN miN.gu]Orang sekarang tidak suka pakai gelang minggu.
baju praq[bA.dZu pÒA)Ö] baju T tanpa kolar, berwarna putih, nipis dan diperbuat daripada kain kapas.Aku bawak tiga lai saja baju praq masa pi Mekah.[A.ku bA.wA/ ti.gA lAj sA.dZA bA.dZu pÒA)Ö mA.sA pi m«.kAh]Saya bawa tiga helai sahaja baju praq semasa pergi ke Mekah.
kancin praq[kAn.tSin pÒA)Ö] baju T berbutang tiga tanpa kolar berwarna putih, nipis dan diperbuat daripada kain kapas.Tok wan pakai baju kancin praq dengan kot cendoi.[to/ wAn pA.kAj bA.dZu kAn.tSin pÒA)Ö d«.NAn kot tSEn.doj]Datuk pakai baju kancin praq dan kot lusuh.
   2. berkenaan dengan sesuatu (berkenaan buah, belon dan lain-lain) yang mengecil atau mengecut.Limau nipeh lepaih jemoq tiga empat ari baru keset.[li.mAw ni.peh l«.pAC dZ«.m)Ö ti.gA «m.pAt A.Òi bA.Òu k«.set]Limau nipis lepas dijemur tiga atau empat hari baru mengecut.

Kembali ke atas