10.1.102.43

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nyi.ru] | ڽيرو

Definisi : alat yg dianyam drpd rotan dsb utk menampi beras dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[nyi.ru] | ڽيرو

Definisi : sj alat (yg dianyam drpd bilah, rotan, dll) utk menampi beras dll; bak ~ bak tampian, bak guru bak anak sasian prb murid-murid umumnya mencontohi kelakuan guru (terutama yg tidak baik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
nyiru (kata nama)
Bersinonim dengan gadang, badang, penampi.,

Puisi
 

Jangan suka menganyam nyiru,
     Nyiru dianyam di tepi tasik;
Jangan suka menanggung rindu,
     Rindu datang bawa penyakit.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Kecil tapak tangan,
     nyiru ditadahkan.

Bermaksud :

Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nyirualat yg dianyam drpd rotan dsb utk menampi beras dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nyirusj alat (yg dianyam drpd bilah, rotan, dll) utk menampi beras dll; bak ~ bak tampian, bak guru bak anak sasian prb murid-murid umumnya mencontohi kelakuan guru (terutama yg tidak baik).Kamus Dewan Edisi Keempat
nyirualat yg dianyam drpd rotan dsb utk menampi beras dll.Kamus Pelajar
tampi; menampi 1 membersihkan biji-bijian (terutamanya padi, kacang) dgn menggunakan nyiru yg digerak-gerakkan turun naik: Kalau ~, jangan tumpah padinya. 2 bergerak-gerak tu­run naik (bkn dada dll); termengah-mengah. tampian sesuatu yg ditampi; hasil perbuatan menampi. penampi alat spt nyiru, badang dll yg digunakan utk menampi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gadangnyiru yg bulat bentuknya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
badangnyiru yg besar (yg digunakan utk menjemur bahan-bahan makanan supaya tahan lebih lama, utk membawa barang, dll); ~ jarang Kl a) pandai mengajar tetapi tidak pandai membuat; b) mulut yg tidak dapat menyimpan rahsia.Kamus Dewan Edisi Keempat
gadangnyiru yg bulat bentuknya.Kamus Pelajar
tetampahJk nyiru; ® tampah I.Kamus Dewan Edisi Keempat
tampibertampi ditampi: beras itu masih belum ~ lagi;menampi 1. membersihkan beras (padi, kacang, dll) dgn nyiru yg digerak-gerakkan: sewaktu ~ kita mengasingkan segala butir yg besar drpd yg lebih kecil; 2. ki menapis utk memilih yg elok: sudah kami tampi maksud tuan itu; 3. bergerak-gerak turun naik (dada dll), termengah-mengah (nafas): dada saya ~ lebih keras drpd biasa, badan saya berasa seram sejuk; darah ~ berdebar-debar (kerana terperanjat dll); kalau ~ ja­ng­an tumpah padinya prb a) jikalau bekerja hendak­lah dibuat dgn baik-baik; b) jikalau memilih sesuatu janganlah pula barang yg berguna sampai terbuang; tampian penampi; penampi alat utk menampi (nyiru, badang, dll): pagi-pagi lagi mereka telah turun ke sawah membawa ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
penampialat spt nyiru, badang dll yg digunakan utk menampi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345

Kembali ke atas