Encik< Antara 2 ayat yang berikut, manakah yang betul? 1. Orang awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan pembinaan projek itu. 2. Orang awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan projek pembinaan itu. Terima kasih atas kerjasama encik. | Menurut data kami, ayat yang betul ialah orang awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan projek pembinaan itu. | Lain-lain | 24.10.2016 |
Mohon disemak : " Orang awam dilarang menggunakan tempat letak kenderaan berbumbung yang dikhaskan untuk pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Papar sahaja" Terima kasih. | Orang awam dilarang menggunakan tempat letak kenderaan berbumbung yang dikhaskan untuk pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Papar sahaja. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 19.09.2014 |
orang awam yang ingin menyertai larian amal hendaklah menggunakan borang rasmi (surat) | borang | Lain-lain | 14.05.2007 |
boleh saya semak tentang penggunaan perkataan PUBLIK. Adakah boleh digunakan dalam penulisan kita? Contoh...Talian ini dibuka kepada publik untuk mengemukakan aduan atau pertanyan | Perkataan yang sesuai digunakan ialah orang awam. Sehubungan dengan itu, ayat yang betul ialah talian ini dibuka kepada orang awam untuk mengemukakan aduan atau pertanyaan. | Tatabahasa | 08.09.2017 |
Mohon pandangan pernyataan yang paling bersesuaian bagi tema persidangan untuk orang awam yang telah dilantik sebagai wakil masyarakat sebagai agen perubahan tingkah laku untuk amalan kesihatan a. Kenali Ubat: Duta Pemangkin Komuniti Sihat. b. Duta Kenali Ubat, Pemangkin Komuniti Sihat. c. Kenali Ubat: Komuniti Sihat Sejahtera. d. Kenali Ubat: Duta Hebat rakyat sihat. Untuk makluman, Kenali Ubat Anda merupakan aktiviti berterusan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bertujuan mendidik dan memberi pendedahan kepada orang awam berkaitan penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti. Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan pernyataan d. , iaitu Kenali Ubat: Duta Hebat, Rakyat Sihat. | Lain-lain | 22.01.2018 |
Saya dapati sekarang ramai orang awam menggunakan dengan meluasnya perkataan yang dieja berlainan apa yang saya fahami selama ini seperti kebaikkan, kecantikkan dan sebagainya. Adakah konsep penggunaan perkataan "kan" sudah berubah ? | Ejaan yang betul ialah kebaikan dan kecantikan, apitan ke-...-an bertemu dengan kata dasar baik/cantik dan menerbitkan kata berkenaan. Tidak ada apitan ke-...-kan untuk menerbitkan kata kebaikkan dan kecantikan. | Tatabahasa | 05.02.2017 |
Assalamualaikum, pertama sekali saya adalah orang awam yang tiada pelajaran, akan tetapi saya suka membaca sehingga membuat keputusan untuk menulis sebuah buku, tapi bagaimanakah untuk menghasilkan sebuah buku? saya tiada pengalaman dan pengetahuan sama sekali. | Penulisan buku dan majalah sama seperti menulis esei. Penulis perlu faham tentang struktur kandungan buku/majalah sebelum mula menulis. Penulisan sesebuah buku memerlukan perancangan yang rapi berbanding dengan majalah. Hal ini demikian kerana sesebuah buku itu mestilah mengandungi binaan kulit buku yang terdiri daripada kulit depan, kulit belakang dan tulang. Binaan buku juga mengandungi bahagian awalan (contoh: halaman separa judul, halaman judul, halaman hak cipta, dedikasi, halaman kandungan, prakata), bahagian teks (pendahuluan/bab), dan bahagian akhiran ( lampiran, glosari, bibliografi, indeks, biodata penulis). Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Memahami penerbitan buku:siri penulisan,penerbitan dan percetakan, terbitan Wei-Ling Gallery, 2008. | Lain-lain | 09.04.2013 |
Saya perlu membuat papan tanda untuk orang awam turun dari basikal dan menolaknya di kawasan sempit. adakah "Turun dan tolak basikal di laluan sempit" sesuai digunakan? | Kami mencadangkan frasa "TUNTUN BASIKAL ANDA DI KAKI LIMA" atau "TUNTUN BASIKAL ANDA DI LALUAN TEPI JALAN" digunakan. | Tatabahasa | 31.05.2016 |
Habil Perak THURS 07:31 Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya, bolehkah orang awam seperti saya pergi ke DBP dan perlukah saya membayar harga masuk. Bolehkah juga saya memasuki pusat dokumentasi melayu DBP untuk melihat manuskrip melayu untuk tujuan pendidikan. Terima kasih | Waalaikumussalam... Untuk makluman tuan, untuk datang ke DBP tidak memerlukan sebarang bayaran untuk masuk. Di DBP kami ada menyediakan Perpustakaan di aras 4 untuk tuan/puan gunakan untuk mencari bahan rujukan yang diinginkan. Sekian terima kasih | Lain-lain | 23.03.2017 |
Adakah dewan bahasa telah menghentikan peraduan-peraduan mengarang yang boleh disertai orang awam? Jika belum bagaimana saya boleh mendapatkan senarai peraduan dan syarat yang dikenakan? | DBP masih menganjurkan pertandingan/peraduan sebagai sebahagian daripada usaha DBP memupuk bakat penulis muda. Setiap pertandingan akan kami uar-uarkan dalam laman web kami. | Lain-lain | 31.01.2011 |