Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp isteri atau orang perempuan yg menguruskan penyediaan makanan sehari-hari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Dapur kayu dapur belulang,
     Nampak saja berkilat-kilat;
Cakap tuan tak usah berulang,
     Adik pandai menangkap kilat.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Melakak kucing di dapur.

Bermaksud :

Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melukah ikan dalam panai, b. Memukul kucing di dapur). melakak = memukul dengan barang keras.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTabu liat tabu kapur, Sama tengah pokok keladi; Apa dibuat orang dapur, Kalau dah masak hidang ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaDapur kayu dapur belulang, Nampak saja berkilat-kilat; Cakap tuan tak usah berulang, Adik pandai menangkap kilat.
Kurik Kundi Merah SagaBetul bodoh orang di dapur, Keris pesaka potongkan sayur; Sungguh songket bunga bertabur, Kerap tercampak di balik dapur.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke kedai membeli arang, Bawa dapur memasak kerang; Apa guna harimau garang, Kalau tidak memakan orang.
Kurik Kundi Merah SagaHiris rojak hantar ke surau, Hendak menjemput datuk penghulu; Gadis bijak orang tak hirau, Ilmu di dapur laksana dulu.
Kurik Kundi Merah SagaKe bilik ke dapur, Gulai ayam pedas; Itik yang bertelur, Ayam yang menetas.
Kurik Kundi Merah SagaDuduk di dapur membakar inggu, Hendak mengubat sawan budak; Sawah berlumpur lagi kutunggu, Inikan pula padi dah masak.
Kurik Kundi Merah SagaPermaisuri duduk di dapur, Dayang-dayang sedang menari; Doa abang tidak menyusur, Doa adik selebih lagi.
Kurik Kundi Merah SagaTetak belimbing condong ke dapur, Tetak tunjang dari dahan; Minta sirih dengannya kapur, Minta sekali dengan tuan-tuan.
Kurik Kundi Merah SagaTepak sirih di tepi dapur, Buat pelantar di rumah Tuk Penghulu; Minta sirih barang sekapur, Buat ubat hati rindu.
12

Kembali ke atas