Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah saya tahu, wujudkan perkataan bisnes dalam bahasa melayu kerana carian kata tidak menyatakan wujud perkataan ini sedangkan ia digunakan secara meluas orang kebanyakan pengamal bahasa.Mohon maklum balas Tuan. Terima kasih.Perkataan "bisnes" tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Padanan bahasa Melayu yang betul untuk "business" ialah perniagaan.Istilah25.05.2016
dapat memperjelas lagi kaitan istilah 'bumiputera' dengan istilah 'rakyat', kerana saya berpendapat ini boleh dipermainkan menjadi isu yang kontroversial.Dalam Kamus Dewan, maksud bumiputera ialah anak negeri, peribumi. Rakyat pula ditakrifkan seperti yang berikut: 1 seluruh penduduk sesebuah negara 2. anak buah, orang sebawahan 3. orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa 4. pasukan perang, bala tentera. Walau bagaimanapun, untuk aspek yang lebih teknikal, puan perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan rakyat. Kamus Dewan hanya memberikan makna untuk difahami dan tidak melibatkan aspek teknikal atau perundangan.Istilah01.11.2012
Salam sejahtera, Apakah panggilan kehormat bagi 'Gelaran Keturunan' untuk 'Tengku'? Bolehkah digunakan hanya 'Encik' sahaja memandangkan orang yang saya maksudkan ini merupakan orang kebanyakan juga? Atau MESTI menggunakan 'Yang Mulia'? Contohnya: Encik Tengku Aswadi Bin Raja Daud. Sekian, terima kasih.Panggilan/sapaan yang betul untuk gelaran keturunan ialah Yang Mulia.Tatabahasa24.07.2010
1. VIP & VVIP dalam Bahasa Malaysia 2. Apa perbezaan VIP & VVIP?1. VIP dalam bahasa Melayu ialah orang penting atau orang kenamaan. VVIP pula ialah tetamu kehormat utama.
2. VIP terdiri daripada golongan yang lebih penting daripada orang kebanyakan, manakala VVIP pula terdiri daripada golongan yang amat berpengaruh seperti kerabat diraja, ahli politik dan sebagainya.
Istilah15.12.2020
Pada masa ini kebanyakan orang menyebut perkataan bertaraf dunia. Adakah orang lain tidak tinggal tinggal di dunia? 2. Kebanyakan orang menyebut pasca sebagai paska. Apa pendapat DBP?Bertaraf dunia bermaksud mempunyai taraf peringkat dunia, satu peringkat yang meluas, tinggi dan menyeluruh. Kata pasca disebut pasca, bukan paska. Kebanyakan orang menyebutnya sebagai paska kerana terikat dengan sebutan dalam bahasa Inggeris, c dilafazkan sebagai k.Lain-lain08.09.2007
apakah perbezaan antara dia dan beliau.Dimana kita harus menggunakan perkataan tersebutKata ganti nama diri ketiga "dia" digunakan untuk merujuk orang yang lebih rendah kedudukannya atau orang kebanyakan, manakala "beliau" digunakan untuk merujuk orang yang dihormati atau orang tua.Tatabahasa14.04.2009
Kebanyakan orang pada masa kini menggunakan kata 'pencerahan' bagi menggantikan kata 'penjelasan'. Adakah kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama?Menurut Kamus Dewan "pencerahan" bermaksud perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit.
"Cerah" pula bermaksud: 
cerah l 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);

Dalam konteks memberi penjelasan, "pencerahan" ini boleh membawa maksud menerangkan kerana salah satu maksud cerah ialah terang.
Lain-lain14.09.2015
Salam sejahtera. Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Kebanyakan orang mempunyai iman mereka sendiri. 2. Kita harus mempunyai iman. Terima kasih.Iman dalam konteks umum bermaksud ketetapan hati dan dalam konteks khusus (istilah agama) iman ialah keyakinan terhadap wujudnya Allah dengan hati, yang dilafazkan dengan kata-kata, dan dilaksanakan dengan amalan. Ayat contoh yang saudara berikan tidak gramatis. Contoh penggunaan iman, walau bagaimana kuat pun godaan syaitan, namun imannya tidak bergoncang dan Orang-orang yang beriman akan selamat di dunia dan di akhirat.Tatabahasa03.10.2012
Antara perkataan "kawat" dengan "kawad" yang mana sebenarnya betul bagi penggunaan yang merujuk kepada Pertandingan Kawat/Kawad kaki? Kebanyakan orang menggunakan perkataan "kawad" walaupun ada pendapat mengatakan perkataan "kawat" lebih tepat. TQKawad ialah perbariasan. Manakala kawat pula boleh membawa dua maksud, pertama kawat (dawai) dan keduanya kawat (perbarisan).Makna21.11.2014
Apakah kata ganti nama yang digunakan untuk merujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kenapakah kata ganti nama yang digunakan ialah 'baginda' dan bukannya 'beliau'? Terima kasih.Beliau ialah kata ganti nama diri ketiga untuk orang yang lebih tua atau yang dihormati, manakala baginda kata yang digunakan sebagai gelaran pada pangkal nama seseorang raja atau sultan dan Baginda hanya merujuk Nabi Muhammad SAW. Hal ini demikian kerana kedudukan Nabi Muhammad lebih tinggi daripada orang yang dihormati daripada kalangan orang kebanyakan dan juga lebih tinggi daripada sultan.Tatabahasa30.05.2011
12345

Kembali ke atas