Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[or.ga.ni.sa.si] | اورݢانيساسي

Definisi : kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm se­suatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan: ~ kaum wanita; ~ politik; berorganisasi mempunyai organisasi, ter­susun dgn baik dan rapi: kaum tani mulai ~ dlm gerakan pertahanan rakyat; kejayaan hidup berkeluarga bergantung pd kejayaan dirinya hidup ~; keganasan yg dilakukan secara ~; mengorganisasikan mengatur dlm organi­sasi, menyusun menjadi kesatuan dsb yg ter­atur: ~ badan politik; pengorganisasian perihal (proses) meng­orga­ni­sasikan sesuatu: institusi itu menitik­beratkan ~ ilmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[or.ga.ni.sa.si] | اورݢانيساسي

Definisi : kesatuan (susunan) ber­bagai-bagai bahagian (orang dsb) yg bersistem dlm sesuatu pertubuhan atau perbadanan, dan mempunyai tujua­n tertentu. mengorganisasikan menyu­sun dan mengurus berbagai-bagai bahagian (orang dsb) sehingga men­jadi sebuah organisasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
organisasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pertubuhan, perbadanan, persatuan, persekutuan, kesatuan, kumpulan, badan, agensi, jabatan, gabungan, lembaga, syarikat, yayasan, firma, institut, konsortium, kelab, parti, sindiket.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum.. Saya mohon pencerahan apakah perkataan yang tepat bagi mewakili organisasi polis: "Organisasi Kepolisan" atau "Organisasi Kepolisian". Dan apakah perbezaan maksud bagi kedua-dua perkataan tersebut? Terima kasih atas maklumbalas..Menurut Kamus Dewan, kedua-dua perkataan tersebut, iaitu kepolisan dan kepolisian bermaksud yang berkaitan dengan polis (pada pel­bagai aspek). Kata dasar bagi kepolisian ialah polisi, iaitu kata yang berasal dari bahasa Indonesia Belanda. Kami mencadangkan pihak tuan menggunakan Organisasi Kepolisan untuk mewakili organisasi polis di Malaysia.

Kepolisan menurut Kamus Dewan Edisi Empat ialah yang berkaitan dengan polis (pd pelbagai aspek), berkaitan dengan urusan (tugas dan tang­gungjawab, kegiatan, dll) polis: Polis Diraja Malaysia akan memberikan latihan ~ kepada orang ramai bagi mencegah jenayah; Institusi ~.
Makna18.04.2014
Salam sejahtera. Saya sedang mancari terjemahan istilah "capacity building" atau "capacity development" yang sering kali digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, badan-badan kementerian mahupun organisasi-organisasi secara amnya. Saya sedang menggunakan istilah "pembangunan keupayaan" buat masa ini sehinggalah saya menjumpai istilah yang lebih baik. Terima kasih atas maklum balas tuan.Istilah "capacity building" atau "capacity development" boleh diterjemahkan sebagai "pembinaan keupayaan", "pembinaan kapasiti", "pembangunan kapasiti" atau "pembangunan keupayaan". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah18.05.2022
Antara maksud rangkaian perkataan "organisasi umum " sama dengan organisasi atau tidak?Perkataan organisasi umum dan organisasi mempunyai maksud yang sama, iaitu kesatuan (susunan) ber­bagai-bagai bahagian (orang dan sebagainya) yang bersistem dalam  sesuatu pertubuhan atau perbadanan, dan mempunyai tujua­n tertentu. Mengorganisasikan, menyu­sun dan mengurus berbagai-bagai bahagian  (orang dan sebagainya) sehingga men­jadi sebuah organisasi
Makna19.06.2022
Antara CARTA ORGANISASI dan CARTA ORGANISASI FUNGSI, adakah ianya sama atau berbeza, jika berbeza, apakah bezanya. Terima kasih.

Secara umumnya, Carta Organisasi menerangkan struktur organisasi sesebuah Agensi atau pada skala yang lebih kecil dalam Agensi tersebut seperti Jabatan/Bahagian/Unit yang distrukturkan mengikut  hierarki jawatan, nama pegawai dan pecahan program/fungsi.

Secara umum, Carta Fungsi menerangkan pecahan fungsi sesebuah Agensi atau pada skala yang lebih kecil dalam Agensi tersebut seperti Jabatan/Bahagian/Unit dan Carta Fungsi ini menerangkan perincian setiap tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan bagi setiap program/fungsi. 

Untuk keterangan lanjut, tuan boleh merujuk kepada buku-buku pengurusan yang terdapat di pasaran.

Lain-lain23.06.2009
Apakah maksud rangkaian perkataan ini "sistem dalaman".Cpntph ayat:Sistem dalaman yang digunakan oleh organisasi untuk memastikan bahawa organisasi berjalan landasan yang betul.Sistem dalaman digunakan oleh organisasi bagi memastikan organisasi berada pada landasan yang betul.Lain-lain01.07.2022
apakah yang dimaksudkan dengan organisasi kekerabatan?Organisasi bermaksud kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan. Kekerabatan bermaksud yg berkaitan dgn kerabat, antara anggota-anggota dlm sesuatu kerabat, kekeluargaan. Organisasi kekerabatan boleh dikatakan sebagai pertubuhan kekeluargaan.Makna01.03.2007
Organisasi baru sahaja undergo major restructuring and we need the translation for Management Associate and Strategic Affiliate department. bolehkah Tuan/Puan membantu kami? tqJawapan telah diberikan melalui panggilan telefon.Penyemakan dan penterjemahan16.09.2022
Organisasi saya dalam proses untuk menganjurkan persidangan antarabangsa. Oleh itu pihak kami ingin membuat semakan terjemahan bagi tema persidangan kami dari bahasa inggeris ke bahasa malaysia. Future of Work: Preparing for Tomorrow Today Terjemahan ke bahasa malaysia: (Terjemahan DBP) Maklum balas pihak dbp amat dihargai. Sekian terima kasih. Shahrul Halim Penolong Pengurus Jabatan Pengurusan Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja shahrul@epf.gov.my Tel: 03-2616 2237Terjemahan yang sesuai bagi Future of Work: Preparing for Tomorrow Today ialah Masa Depan Kerja: Bersedia Hari Ini untuk Esok. Makna23.05.2017
i. “Memperkukuh Organisasi, Membangun Khairu Ummah" ii. “Memperkukuh Organisasi, Membangun khaira Ummah" Khaira @ Khairu?Cadangan kami, “Memperkukuh Organisasi, Memajukan Ummah".Tatabahasa03.04.2017
Saya ingin bertanya penggunaan ayat Organizational Citizenship Behaviour dalam Bahasa Melayu adakah tingkahlaku kewargaan organisasi atau tingkahlaku kewarganegaraan organisasi atau ada penggunaan lain yang sesuai.Penggunaan ayat in,i saya perlu menggunakan dalam kajian saya. Saya berharap pihak tuan/puan dapat maklumkan penggunaan ayat yang mana sesuai. terima kasih.Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Organizational Citizenship Behavior ialah Sikap Warga OrganisasiPenyemakan dan penterjemahan19.10.2022
12345678910...

Kembali ke atas