43

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya. 2 kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu. 3 kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : sama-sama, ramai-ramai (melakukan sesuatu): ibu-ibu itu ~ duduk mengobrol; mereka ~ berebut minta makanan; burung-burung sudah ~ resah menunggu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. kata sendi nama yg bererti di: ~ bulan Januari; dlm ~ itu sementara (sambil) itu; 2. kata sendi nama yg bererti terhadap: Bang Uda marah tak ~ Ida? 3. dalam, menurut, mengikut: ~ fikirannya; ~ hatinya; ~ sangkanya; 4. buat, bagi: ~nya dunia ini bukan tempat mencari kesusahan; 5. sl akan, untuk: bab ~ menyatakan; 6. dari, daripada: ~ bercerai mahulah mati; ~ jadi Komunis biarlah dia mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. tidak kurang dan tidak lebih, cukup: kaum kita hidup ~ dgn sesuap nasi; 2. berasa puas (senang), berasa cukup: hatinya belum ~; asal ada kecil pun ~ prb asalkan ada, tidak banyak, sedikit pun cukuplah; berpada mencukupi: dlm keadaan serba sederhana dan ~; berpada-pada 1. elok-elok cukup, tidak ber­lebih-lebihan: amatlah sukar hendak menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu ~ atau melebihi batasan-batasan yg dihadkan; 2. agak cukup (walaupun tidak banyak), luma­yan, sedang; memadai mencukupi, dapat mengisi atau memenuhi (kehendak, peraturan, dll): rang undang-undang ini ~lah diluluskan oleh Dewan Rakyat; makanan semata-mata tidak ~; memada-memadai membuat seelok-elok cukup sahaja; memadakan 1. menjadikan pada, meng­anggap pada: apabila malam, dipadakanlah tidur bertikar; 2. membiarkan, mendiamkan: orang tua mahulah sabar dan ~ kelakuan orang muda; 3. menjadikan puas, memuaskan: ~ hati; terpada; tak ~ tidak boleh ditandingi, terlalu sangat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pada

Puisi
 

Anak labi makan mengecap,
     Beri makan kelopak jantung;
Pada nabi saya mengucap,
     Pada Tuhan saya bergantung.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Mudah jua pada yang ada,
     sukar jua pada yang tidak.

Bermaksud :

Pada orang kaya segalanya mudah, pada orang yang miskin segalanya susah.

 

Lihat selanjutnya...(166)

484

A promise is a promise

Janji yang dibuat hendaklah ditunaikan

Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya

He would come and pay his debt in two years' time. I reminded him a promise is a promise. He is sure to land in hot soup if he breaks his promise.

Dia akan datang dan membayar hutangnya dalam tempoh dua tahun lagi. Aku mengingatkannya, kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. Dia pasti akan mendapat susah jika dia tidak menunaikan janjinya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(52)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
on12. (indic time) pada: ~ Tuesday morning, pada pagi Selasa; ~ the following day, pada keesokan harinya; he starts work ~ 1 September, dia mula bekerja pada 1 September; ~ that occasion, pada masa itu; ~ the last day of term, pada hari terakhir penggal tersebut; you can see the sea from here ~ a clear day, saudara dapat melihat laut dr sini pada hari yg cuacanya cerah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
in ~ my absence, /pada masa, semasa/ saya tiada; ~ the hour of /victory, death, etc/, pada masa/ kemenangan, kematian, dll/; b. (ref to time of day or used with “past”, “future”) pada: he loves to sleep ~ the afternoon, dia suka tidur pada waktu tengah hari; ~ the night-time, pada waktu malam; ~ the past, she always accepted our invitation, pada masa yg lalu, dia selalu menerima jemputan ami; c. (ref to period of life) dalam, pada, semasa: she got married ~ her teens, dia berkahwin pada masa umurnya belasan tahun; ~ old age, pada masa tua; she was a beauty ~ her youth, dia sangat cantik semasa mudanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ina. (gen) pada, dalam; (used with “early”, “middle”, “late”) pada: the wedding will be ~ June, majlis perkahwinan itu akan diadakan dalam bulan Jun; ~ the fall of 1948, dalam musim gugur tahun 1948; ~ the reign of Sultan Mansur Shah, pada masa pemerintahan Sultan Mansur Shah; food is usually scarce ~ time of war, makanan biasanya tdk mencukupi pada masa perang; ~ the early part of the century, pada awal kurun ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
initiallyadv pada mulanya, mula-mula; (used with “what”, “who”, etc) mula-mula: I did not like him ~, pada mulanya, saya tdk suka akan dia; ~, everything went well, mula-mula, semuanya berjalan lancar; I cannot recall what ~ was the problem, saya tdk dapat mengingat kembali apakah mulamula masalah itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
against7. in sudden contact with, pada: she hit her head ~ the low beam of the attic, kepalanya terhantuk pada alang loteng yg rendah itu; 8. towards so as to hit, ke: he threw the ball ~ the wall, dia melemparkan bola itu ke dinding; 9. having as background, berlatarbelakangkan: the trees were dark ~ the bright sky, pokok-pokok kelihatan gelap berlatarbelakangkan langit yg cerah; electric blue ~ the red, warna biru elektrik berlatarbelakangkan warna merah; 10. compared with, berbanding dgn: net profits of two dollars a share ~ ninety cents last year, keuntungan bersih sebanyak dua dolar setiap saham berbanding dgn sembilan puluh sen tahun lepas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
in24. a. (used with “view”, “opinion”, etc) pada: the youth of today, ~ his opinion, are rapidly degenerating, pada pendapatnya, akhlak golongan belia hari ini merosot dgn pesatnya; b. (used with “experience”) daripada: ~ her experience, tourists prefer to eat in restaurants rather than at roadside stalls, daripada pengalamannya, para pelancong lebih suka makan di restoran daripada di warung; 25. take part in, mengambil bahagian dlm, menyertai, ikut serta dlm; (play, film, etc) berlakon dlm: are you ~ the next race?, kamu akan mengambil bahagian dlm perlumbaan selepas ini?; she looks very familiar – wasn’t she ~ Falcon Crest?, rasa-rasanya saya pernah lihat muka dia bukankah dia berlakon dlm Falcon Crest?; 26. (indic intention, purpose) untuk:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
for17. fixed at, pada; (on the occasion of) untuk: the appointment is ~ 3 o’clock, janji temu itu adalah pada pukul 3; she will not be going home ~ her sister’s wedding, dia tdk akan pulang untuk perkahwinan adiknya; 18. up to, [not translated], bagi: it is not ~ you to criticize, tdk layak bagimu utk mengkritik; it is ~ him to make the first move, dialah sepatutnya yg membuka langkah; 19. corresponding to, bagi: he made three mistakes ~ every one of mine, bagi setiap kesilapan yg saya buat, dia membuat tiga kesilapan; to make a profit of $10 ~ every ringgit invested, mendapat untung sebanyak $10 bagi setiap ringgit yg dilaburkan; 20. in order to become, utk menjadi: to be educated ~ the law, mendapat pendidikan utk menjadi seorang peguam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
to3. (indic where st is tied, attached, etc) pada: he tied the dog ~ the fence, dia mengikat anjing pada pagar itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
to8. (indic the thing towards which an action is directed or the thing which is affected by an action) pada: the film must not be exposed ~ the light, filem itu tdk boleh didedahkan pada cahaya; the war caused a lot of damage ~ property, peperangan telah menyebabkan kerosakan yg banyak pada harta benda;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
of11. (used in reference to time) pada, dalam: the challenges ~ the twentieth century, cabaran-cabaran dalam abad kedua puluh; the worldwide economic depression ~ the 1930s, kemelesetan ekonomi seluruh dunia pada tahun 1930-an; 12. (US) before, sebelum, lagi: a quarter ~ nine, lima belas minit or suku jam sebelum pukul sembilan or lima belas minit lagi pukul sembilan; 13. (used when stating the cause of death) akibat, kerana, disebabkan: he died ~ AIDS, dia mati akibat penyakit AIDS; 14. (showing person’s origin) dari: Jesus ~ Nazareth, Jesus dari Nazareth; Henry ~ Navarre, Henry dari Navarre; 15. by, atas: I did it ~ my own free will, saya melakukannya atas kehendak sendiri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas