43

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya. 2 kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu. 3 kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : sama-sama, ramai-ramai (melakukan sesuatu): ibu-ibu itu ~ duduk mengobrol; mereka ~ berebut minta makanan; burung-burung sudah ~ resah menunggu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. kata sendi nama yg bererti di: ~ bulan Januari; dlm ~ itu sementara (sambil) itu; 2. kata sendi nama yg bererti terhadap: Bang Uda marah tak ~ Ida? 3. dalam, menurut, mengikut: ~ fikirannya; ~ hatinya; ~ sangkanya; 4. buat, bagi: ~nya dunia ini bukan tempat mencari kesusahan; 5. sl akan, untuk: bab ~ menyatakan; 6. dari, daripada: ~ bercerai mahulah mati; ~ jadi Komunis biarlah dia mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. tidak kurang dan tidak lebih, cukup: kaum kita hidup ~ dgn sesuap nasi; 2. berasa puas (senang), berasa cukup: hatinya belum ~; asal ada kecil pun ~ prb asalkan ada, tidak banyak, sedikit pun cukuplah; berpada mencukupi: dlm keadaan serba sederhana dan ~; berpada-pada 1. elok-elok cukup, tidak ber­lebih-lebihan: amatlah sukar hendak menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu ~ atau melebihi batasan-batasan yg dihadkan; 2. agak cukup (walaupun tidak banyak), luma­yan, sedang; memadai mencukupi, dapat mengisi atau memenuhi (kehendak, peraturan, dll): rang undang-undang ini ~lah diluluskan oleh Dewan Rakyat; makanan semata-mata tidak ~; memada-memadai membuat seelok-elok cukup sahaja; memadakan 1. menjadikan pada, meng­anggap pada: apabila malam, dipadakanlah tidur bertikar; 2. membiarkan, mendiamkan: orang tua mahulah sabar dan ~ kelakuan orang muda; 3. menjadikan puas, memuaskan: ~ hati; terpada; tak ~ tidak boleh ditandingi, terlalu sangat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pada

Puisi
 

Anak labi makan mengecap,
     Beri makan kelopak jantung;
Pada nabi saya mengucap,
     Pada Tuhan saya bergantung.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Mudah jua pada yang ada,
     sukar jua pada yang tidak.

Bermaksud :

Pada orang kaya segalanya mudah, pada orang yang miskin segalanya susah.

 

Lihat selanjutnya...(166)

484

A promise is a promise

Janji yang dibuat hendaklah ditunaikan

Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya

He would come and pay his debt in two years' time. I reminded him a promise is a promise. He is sure to land in hot soup if he breaks his promise.

Dia akan datang dan membayar hutangnya dalam tempoh dua tahun lagi. Aku mengingatkannya, kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. Dia pasti akan mendapat susah jika dia tidak menunaikan janjinya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(52)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah "pada Dinasti Qing" dan "pada zaman Dinasti Qing" itu membawa maksud yang sama? "Pada zaman Dinasti Qing, Maharaja Qianlong amat gemar akan kaligrafi Zhao Mengfu." Adakah ayat ini betul? Terima kasih.Penggunaan ayat "Pada zaman Dinasti Qing, Maharaja Qianlong amat gemar akan kaligrafi Zhao Mengfu."tersebut betul.Makna18.01.2018
Frasa manakah yang betul penggunaannya? 1....seperti pada ketetapan berikut ATAU pada ketetapan seperti berikut 2....seperti pada Lampiran A ATAU seperti di Lampiran A? 3. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak urus setia.. ATAU sukacita dimaklumkan, pihak urus setia.. 4. hingga ATAU sehinggaFrasa yang betul ialah:
1....seperti pada ketetapan berikut: 
 2..... seperti pada Lampiran A 
 3. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak urus setia..
4. hingga dan  sehingga - Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa , waktu atau tempat, manakala sehingga digunakan sama dengan hingga tetapi had masa tidak tentu/ditetapkan. Kedua-duanya boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat.
Tatabahasa13.03.2019
Tolong berikan maksud and penggunaan "pada hal" dan "salam pada itu" Terima kasih1. Frasa "dalam pada itu" ialah penanda wacana yang membawa kesinambungan antara wacana sebelum dengan wacana seterusnya. Kamus Dewan menakrifkan "dalam pada itu" sama maksudnya dengan "sementara itu". Frasa ini telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat, khususnya penutur jati bahasa Melayu. Data korpus juga banyak merakamkan bentuk kata ini. 

2. Perkataan "padahal" merupakan kata hubung bermaksud mengikut hal yg sebenarnya; sebetulnya: contohnya Mengapa ia jadi begitu? ~, ibu bapanya orang baik-baik. 
Tatabahasa03.10.2017
Salam sejahtera, adalah pada konteks tertentu seperti diri seseorang, kata "pada" dan "kepada" boleh digunakan bersilih ganti? Sekian, terima kasih.1. Kata sendi "pada" untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. 
Contoh: (i) Bas kami bertolak pada pukul 7 pagi. (ii) Wang itu ada pada ibu.

2. Kata sendi "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan.
Contoh: (i) Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. (ii) Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan.


Jadi, kata sendi "pada" dan "kepada" boleh digunakan pada manusia/orang mengikut situasi tertentu.
Tatabahasa16.05.2020
Saya ada soalan tentang penggunaan "pada", "kepada" dan "terhadap" di mana jawapan di dalam Khidmat nasihat selalu bercanggah. 1. Jangan buat begitu pada/kepada/terhadap saya. Saya fikir "kepada" atau "terhadap" lebih tepat kerana ia menunjukkan maksud sasaran. Tetapi ada jawapan Khidmat Nasihat yang mengatakan "pada" betul dalam konteks ini. Bukankah "pada" digunakan selepas kata kerja, dan sebelum tempat? Contohnya, "Gantung cermin ini pada dinding." Jika "pada" digunakan untuk manusia, hanya dalam konteks ada + pada, contohnya "Duit itu ada pada Zara." Mohon pencerahan.

Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Jawapan dan contoh ayat yang diberikan oleh pihak puan betul dan tepat. Terima kasih atas pandangan dan teguran yang diberikan.

Tatabahasa24.07.2020
Salam. Saya agak keliru dengan penggunaan "di" dan "pada" dalam sesetengah ayat. Setiap kali melihat wajah saya "di/pada" cermin, saya rasa rendah diri. Adakah penggunaan "di atau "pada" boleh ditukar ganti dalam ayat di atas? Jika tidak, mana yang lebih sesuai? Terima kasih. Salam.Yang dimaksudkan sendi nama "pada" untuk "tempat" ialah sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contohnya:

- Kaki lembu itu digantung pada cangkuk besi.
- Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan.
- Tulis nama pada kertas ini.

Penggunaan yang lebih sesuai ialah pada cermin.

Tatabahasa21.04.2017
Tuan adakah ayat songsang di bawah ini gramatis 4. Kes kemalangan jalan raya pada musim perayaan meningkat kenapa? • mengapakah meningkat kes kemalangan jalan raya pada musim perayaan? • mengapakah meningkat pada musim perayaan kes kemalangan jalan raya? • pada musim perayaan kes kemalangan jalan raya kenapa meningkat? • pada musim perayaan kenapa meningkat kes kemalangan jalan raya? 5. Kereta jenama Jepun iaitu Mazda lebih digemari oleh rakyat Malayisa. • lebih digemari oleh rakyat Malaysia kereta jenama Jepun iaitu Mazda • lebih digemari kereta jenama Jepun iaitu Mazda rakyat Malaysia adakah ada jawapan lain untuk soalan no.5?

Gramatis bermaksud mematuhi peraturan tatabahasa. Ayat songsang juga mematuhi hukum tatabahasa tetapi bentuk ayatnya sahaja tidak seperti ayat yang lazim digunakan. Pola ayat songsang ialah predikat + subjek.

Ayat yang betul dan ayat songsang.

4. Mengapakah Kes Kemalangan Jalan Raya Meningkat pada Musim Perayaan?
  •  Kes Kemalangan Jalan Raya Meningkat pada Musim Perayaan Mengapa?

5. Kereta jenama Jepun iaitu Mazda lebih digemari oleh rakyat Malaysiia
  • Lebih digemari oleh Rakyat Malaysia, Kereta Buatan Jepun iaitu Mazda.

Walau bagaimanapun, untuk membantu anda memahami dengan lebih mendalam tentang ayat songsang tersebut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , halaman 457. 

Tatabahasa17.06.2020
Encik, nak tanya untuk ayat ini adakah penggunaannya betul? "Ceramah itu diadakan pada 23 April 2019 iaitu pada hari Ahad."Penggunaan ayat yang lebih gramatis adalah seperti berikut:

1. Ceramah itu akan diadakan pada 23 April 2019 iaitu pada hari Ahad.  (atau)

2. Ceramah itu telah diadakan pada 23 April 2019 iaitu pada hari Ahad.
Tatabahasa05.04.2020
Ummu Salamah Zubir JUM 10.05 PTG Salam DBP. Saya hendak mengakses pada laman web anda pada hari ini tetapi tidak berjaya. Adakah terdapat masalah pada laman web?Kami mohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. Laman PRPM boleh dilayari semula mulai 21 Mei 2017.Lain-lain19.05.2017
Saya berjanji "pada", "kepada", "dengan" atau "terhadap" dia? Mohon berikan contoh untuk menunjukkan bezanya. Terima kasih.Salam sejahtera,

"Pada", "kepada", "dengan" dan "terhadap" merupakan kata sendi.

1. Kata sendi "pada" untuk menunjukkanketerangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu.
Contoh: (i) Bas kami bertolak pada pukul 7 pagi. (ii) Wang itu ada pada ibu.

2. Kata sendi "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan.
Contoh: (i) Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. (ii) Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan.

3. Kata sendi "dengan" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama.
Contoh: (i) Ayah pergi ke pecan dengan ibu.  (ii) Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya.

4. Kata sendi "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda.
Contoh: (I) Seorang ketua harus sentiasa bersikap adil terhadap anak buahnya. (ii) Air bersifat lengai terhadap logam adi.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa12.10.2017
12345678910...

Kembali ke atas