Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.dam] | ڤادم

Definisi : 1. tidak bernyala, tidak bersinar, tidak hidup (api, lampu, dll), mati: lampu-lampu rumah buruh ~ satu-satu; api yg meliuk-liuk lemah itu ~; 2. tenang semula (ke­marahan, keinginan, semangat, dll), tidak bergelora lagi; tidak kunjung ~ tidak reda­-reda (terus bergelora); 3. tidak berkecamuk lagi (pertempuran dll), reda, tenteram; 4. sudah hilang dahaga, hilang (hapus) atau luput se­suatu: rindunya tidak pernah ~; ~ nyawa (hayat) mati; di mana api ~, di sanalah puntung tercampak = ~ nyala tarik puntung prb di mana mati di situlah dikuburkan; memadamkan 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. meng­hilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan; kepadaman 1. perihal padam: ~ lampu itu dgn sendirinya membuat aku berfikir tentang kematian; 2. mengalami sesuatu sebab padam; pemadaman perbuatan memadamkan; pemadam 1. = ~ api alat utk memadamkan api (kebakaran); 2. alat utk memadamkan tulisan di papan hitam dsb; getah ~ getah utk memadamkan tulisan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.dam] | ڤادم

Definisi : ; merah ~ merah spt bunga padma (bkn muka ketika marah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.dam] | ڤادم

Definisi : 1 tidak bernyala atau tidak terang lagi (bkn api dll); mati (bkn api): Apabila lampu merah itu ~, lampu hijau pula yg bernyala. 2 tidak ada lagi (bkn tulisan dll); hilang: Lama-kelamaan, tulisan ini akan ~ juga. memadamkan 1 menjadikan api atau lampu tidak bernyala lagi; mematikan api dll: Dia ~ api rokoknya dan kemudian membaca lagi. 2 menghilangkan tulisan dgn getah dll: Dia telah ~ tulisannya. 3 menjadikan sesuatu keadaan (spt huru-hara, kekacauan) tenteram; menenteramkan; mengamankan: Ayahandanyalah yg bertanggungjawab ~ rusuhan itu. pemadam alat yg digunakan utk memadamkan sesuatu. ~ api alat utk memadamkan api. getah ~ getah utk memadamkan tulisan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padam (kata kerja)
1. Dalam konteks api
bersinonim dengan mati, pudur, melindap,
Berantonim dengan menyala

2. Dalam konteks kemarahan
bersinonim dengan reda, berkurangan, beransur kurang,
Berantonim dengan meluap

3. Bersinonim dengan hilang: luput, hapus,
Berantonim dengan menjelma

Kata Terbitan : memadamkan, pemadaman, pemadam,

Puisi
 

Kucing kurus menghembus api,
     Sudah hembus padam menyala;
Kurus kering kerana susah hati,
     Kerana telinga tak mendengar kata.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Api padam puntung hanyut,
     kami tidak di situ lagi.

Bermaksud :

Cerita yang sudah tamat; benar-benar sudah selesai.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Namanya sudah ( padam ) daripada ingatan saya. Bolehkah saya menggunakan perkataan padam ? atau "hilang" lebih sesuai dan betul ? Terima kasih.Kedua-duanya boleh digunakan kerana dalam konteks ayat ini padam dan hilang merupakan sinonim. Istilah13.05.2010
tuan mukanya tiba-tina berubah menjadi merah padam apabila tembelangnya diketahui orang. (tuan, apakah kesalahan dalam ayat ini? TQ)Merah padam biasanya dikaitkan dengan warna muka ketika marah, sedangkan situasi ayat tersebut tidak menunjukkan rasa marah.Tatabahasa20.09.2011
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Bantal ini sangat lembut. 2. Obor / Api obor itu telah padam. 3. Abang sedang membancuh warna di / di dalam palet. 4. Singa itu dikurung dalam / di dalam sangkar. Terima kasih.1. Betul 2. Obor itu telah padam 3. Abang sedang membancuh warna di dalam palet 4. Singa itu terkurung di dalam sangkarTatabahasa29.12.2012
Baru-baru ini, saya mendapat info tentang peperibahasa yang ramai tidak sedari di WhatsApp. Ingin saya pastikan kebenarannya. 1. HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI atau HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI? 2. MELEPASKAN BATUK DI TANGGA atau MELEPASKAN BATOK DI TANGGA? 3. MATA KERANJANG atau MATA KE RANJANG? 4. MERAH PADAM atau MERAH PADMA? 5. MENJOLOK MATA atau MENCOLOK MATA? 6. SALING TAK TUMPAH atau SALIN TAK TUMPAH?

Pendapat baharu tentang peribahasa  yang banyak dibincangkan dalam ruang maya  belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada, iaitu  (1) harapkan pagar, pagar makan padi; (2) melepaskan batuk di tangga; (3) mata keranjang; (4) merah padam; (5) mencolok mata; dan (6) saling tak tumpah.

Lain-lain30.03.2017
Antara berikut ayat manakah bnetul? 1. Ahli bomba sedang memadam api. 2. Ahli bomba sedang memadamkan api. Apakah perbezaan "memadam" dan "memadamkan". Sekiranya ayat tersebut betul atau salah, bolehkah saya tahu mengapa? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah Ahli bomba sedang memadamkan api. Kata kerja padam menerima apitan men-...-kan untuk membentuk kata kerja transitif, memadamkan. Kata kerja transitif digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut. Dalam ayat ini, kata kerja transitif memadamkan menerima satu objek iaitu api.Tatabahasa22.03.2018
Adakah ayat berikut betul dari segi tatabahasanya. 1. Jangan berenang di dalam sungai yang dalam itu. ( Bolehkah perkataan dalam yang pertama dibuang ?) 2. Jumlah keuntungan pada tahun ini ada dalam tangan pengurus kilang itu. ( ...ada dalam tangan ... perlu ditukar ...ada pada tangan..., yang mana satu lebih sesuai?) 3. Lampu minyak tanah terliuk-liuk ditiup angin lalu padam. ( Sesuai atau tidak guna perkataan lampu? Adakah lampu itu perlu ditukar perkataan pelita?)1. Boleh, tetapi yang lebih jelas ialah di dalam. 2. pada tangan, sebabnya dalam tangan ada dua makna, betul-betul dalam tangan atau ada padanya (3. Pelita lebih tepatTatabahasa27.08.2007
Salam sejahtera Soalan saya: Apakah perbezaan antara "dipadam" dan "dipadamkan"? Jawapan yang diterima "Ayat yang gramatis ialah memadamkan tulisan pada papan hitam sama seperti memadamkan api atau memadamkan kebakaran." tidak relevan langsung, saya tidak bertanya tentang ayat gramatis. Sila jawab soalan: Apakah perbezaan antara "dipadam" dan "dipadamkan"?

Menurut buku Tatabahasa Dewan , awalan di ialah kata kerja pasif yang subjek asalnya terdiri daripada orang ketiga, (contohnya; dihapuskan),  manakala apitan di-…-kan pula ialah bentuk pasif bagi MeN-… -kan. Terdapat perbezaan pada penggunaan awalan di dan apitan di-…-kan, iaitu pada penggunaan objek atau kata nama di hadapan ayat yang menggunakan di dan di-…-kan ini. Perhatikan dan bandingkan contoh ayat yang diberikan ini.
(a)  “ Ali memadamkan tulisan di papan hitam” (ayat aktif)
(b)  “Tulisan di papan hitam  dipadamkan oleh Ali”.(ayat pasif)

( c) “Ali memadam papan hitam” ( ayat aktif)
(d) “Papan hitam dipadam oleh Ali”. (ayat pasif)

Jika dalam ayat aktif, kata kerja memadamkan ( kata kerja transitif yang berakhiran kan) harus diikuti oleh objek (iaitu tulisan)  yang membawa maksud ada pergerakan secara langsung ke arah  kata nama, iaitu papan hitam. Sebaliknya jika dipasifkan ( di-…-kan) objek (tulisan) yang bergerak secara langsung ke arah kata nama ( papan hitam) perlu dikedepankan.

Manakala bagi ayat aktif, kata kerja memadam ( kata kerja transitif tanpa imbuhan kan) harus diikuti oleh kata nama ( papan hitam). Sebaliknya dalam ayat yang dipasifkan (di) kata nama ( papan hitam) perlu dikedepankan.

Oleh itu, perbezaan penggunaan awalan di dan apitan di-…-kan, bergantung pada susunan objek atau kata nama yang telah dipasifkan daripada ayat aktif. Sebaik-baiknya setiap ayat pasif perlu dijadikan ayat aktif terlebih dahulu untuk melihat susunannya.  

Tatabahasa15.05.2018
Adakah ayat di bawah betul? Sekiranya ayat tersebut betul atau salah saya minta tuan terangkan sebab ayat : i. Bayi yang baru lahir itu kelihatan amat comel sekali. ii. Lampu pelita minyak tanah itu tertutup apabila ditiup angin.

i. Ayat "Bayi yang baru lahir itu kelihatan amat comel sekali" betul kerana kata penguat bebas, iaitu amat,sungguh dan sangat boleh diikuti oleh kata penguat belakang sekali. Hal ini demikian kerana kata penguat tersebut tidak mendukung maksud darjah penghabisan.

ii. Ayat yang betul " Pelita minyak tanah itu padam apabila ditiup angin"

Tatabahasa08.08.2011

Kembali ke atas