Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.du] | ڤادو

Definisi : 1. mampat, padat, pejal, tumpat: ~ spt batu dan besi; roti mudah dihancurkan di dlm tubuh kerana ia tidak ~; 2. telah bergaul (bercampur, bergabung) dan menjadi satu benar, sebati: anak sekolah, guru, buruh dan saudagar ~ dlm satu perarakan; bersatu ~ bersatu benar-benar; 3. ki kukuh (teguh, utuh) dan kuat: kesatuan yg ~; sepadu sebati, terserap, berjalin: ada lebih kurang 800 kata Sanskrit yg kekal ~ dgn kata-kata Melayu sekarang; pembangunan material dan spiritual hendaklah ~; bersepadu berkaitan erat (tidak terpisah-­pisah) berjalin, bertahan erat (antara pelbagai unsurnya dsb): pembangunan secara ~ ini diharap dapat mewujudkan kesatuan sosial; mempunyai asas sumber asli yg ~ dgn struktur perindustrian; menyepadukan menjadikan sepadu atau ber­sepadu: kesemuanya telah dicampuradukkan dan disepadukan sehingga wujud satu keseimbangan atau tahap persamaan yg utuh dan berfungsi; tersepadu telah bersepadu: ini bermakna kaum bumiputera akan ~ dlm perkembangan ekonomi negara menjelang tahun 2020; kesepaduan keadaan bersepadu, perihal ber­sepadu menjadi kesatuan yg utuh: malahan ~ komuniti itu diasaskan pd pertalian kekeluargaan; persepaduan perihal bersepadu (bangsa, masyarakat, dsb); penyepaduan proses menyepadukan, penyebatian; penyepadu orang, unsur, pihak dsb yg menyepadukan: syarikat itu merupakan syarikat ~ sistem yg terkemuka di negara ini; berpadu 1. bercampur menjadi satu, menjadi sebati: ketiga-tiga buah kesatuan itu telah ~ menjadi satu; zat besi mudah ~ dgn oksigen; 2. bercampur, bergaul: senyum dan tangis ~ menyambut kepulangannya; 3. menjadi beku dan keras (darah dll); 4. teguh (kukuh, utuh) dan kuat kerana sudah bersatu; ~ padan a) bergaul (bergabung, bercampur) dan menjadi satu benar; b) bermuafakat, ber­mesyuarat, berunding, memadankan (menye­suaikan) fikiran; ~ suara a) berduet; b) ki menjadi satu, berbaur: angin laut dan desir ombak ~ suara; memadu 1. melebur (emas); 2. melebur dan mencampurkan supaya bersatu (berbagai-bagai jenis logam); 3. mengikat (janji dll), menguatkan, mengukuhkan: ~ janji; kata sudah dipadu; negara-negara yg tidak memihak ~ tenaga utk memperkuat pengaruh mereka; 4. membanding­kan, menyesuaikan, mencocokkan, memadan­kan; ~ pendapat mencocokkan pendapat; ~ hati menyatukan hati (kasih dll); ~ satu = menyatu­padukan menjadikan bersatu padu, menyatukan sungguh-sungguh; memadukan menjadikan padu, menggabungkan supaya menjadi satu, mencampur­kan, menyatukan: ~ fahaman semua manusia; memperpadukan menjadikan berpaduan: manusia berjaya ~ bahan-bahan asas ini menjadi satu bahan baru; terpadu sudah dipadu (digabungkan, disatukan, dll), tergabung; paduan 1. yg telah dipadu, sesuatu yg telah disatukan (digabungkan dll): ~ suara; 2. per­sesuaian, kecocokan; kepaduan kesatuan (pendapat, cita-cita, dll), kemuafakatan; perpaduan 1. penggabungan, peleburan; 2. persesuaian, kecocokan; 3. perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll), persatuan: bahasa dan sastera adalah alat utk ~ kebangsaan; bahasa Melayu sbg bahasa yg boleh menjadi penggerak ke arah mencapai ~ nasional; pemaduan 1. perbuatan memadu(kan), penggabungan (peleburan dll) menjadi satu: air boleh dibuat melalui ~ hidrogen dan oksigen; 2. persesuaian, kecocokan; pemadu sesuatu yg memadukan: kuasa ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.du] | ڤادو

Definisi : 1 tidak hancur atau tidak berongga; pejal lagi tumpat keadaannya: Gelangnya dibuat drpd emas ~. 2 telah benar-benar menjadi satu (bkn benda-benda yg dicampurkan); telah benar-benar sebati. 3 teguh dan kuat; kukuh: pasukan yg ~. berpadu 1 bercampur menjadi satu; menjadi sebati benar: Zat besi mudah ~ dgn oksigen. 2 bergabung dlm satu pasukan atau kesatuan: Seluruh rakyat Malaysia ~ menentang penjajahan. 3 bercampur dgn; bergaul: Suka dan duka ~ mengharukan hati. memadu 1 mengaduk atau mengadun sesuatu supaya benar-benar bercampur: Ibu sedang ~ telur dgn tepung utk membuat kuih. 2 meleburkan dan mencampurkan supaya menjadi satu (bkn logam): ~ perak dgn tembaga. 3 menggabungkan supaya menjadi satu; menyatukan: Kita perlu ~ tenaga utk mempertahankan negara kita drpd serangan musuh. 4 membuat perjanjian dll dgn sungguh-sungguh; menguatkan janji dll: ~ janji. 5 mencari-cari utk mengetahui cocok tidaknya; menyesuaikan; memadankan: ~ pakaian; ~ pendapat. paduan sesuatu yg sudah dipadu; apa-apa yg sudah disatukan. kepaduan hal atau keadaan padu; kesatuan. perpaduan keadaan atau hal berpadu; persatuan: Dia tidak mahu menjadi orang yg memecahbelahkan ~ umat Islam. pemaduan perbuatan atau hal memadu: Air terjadi drpd ~ oksigen dan hidrogen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa.du] | ڤادو

Definisi : bkn atau mempunyai bentuk kiub: sukatan ~ sistem satuan utk menyukat isi padu yg berdasarkan meter padu, kaki padu dsb: satu desimeter ~ isi padu sesuatu kiub yg mempunyai sempadan satu desimeter. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padu (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padat, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan kukuh: teguh, utuh, kuat,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : bersepadu, berpadu, memadu, memadukan, terpadu, paduan, pemaduan, kepaduan, perpaduan,

Peribahasa

Kita membawa jarum,
     dia menyambut dengan gunting.

Bermaksud :

Kita menunjuk jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah belah.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Yang manakah pernyataan yang betul? adalah/ ialah? 1. Isi padu air di dalam bekas R adalah 1/4 daripada isi padu air di dalam bekas S. 2. Isi padu air di dalam bekas R ialah 1/4 daripada isi padu air di dalam bekas S.

Jawapan yang betul ialah Isi padu air di dalam bekas R ialah 1/4 daripada isi padu air di dalam bekas S

Tatabahasa28.09.2021
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya hendak tanya ayat yang mana betul: 1. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang bersatu padu. 2. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu. Info: Bersatu padu bermaksud bersatu benar-benar. Sekian, wassalam.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersatu padu ditakrifkan sebagai bersatu benar-benar. Oleh itu, ayat yang betul ialah ayat yang pertama. Ayat kedua berunsur lewah kerana ada perulangan perkataan benar-benar sedangkan bersatu padu sudah memadai dan mencapai maksud ayat tersebut.    Tatabahasa02.02.2010
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya ingin bertanya. Ayat yang mana betul: 1. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang bersatu padu. 2. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu. Info: Bersatu padu bermaksud bersatu benar-benar. Sekian, wassalam.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersatu padu ditakrifkan sebagai bersatu benar-benar. Oleh itu, ayat yang betul ialah ayat yang pertama. Ayat kedua berunsur lewah kerana ada perulangan perkataan benar-benar sedangkan bersatu padu sudah memadai dan mencapai maksud ayat tersebut.    Tatabahasa02.02.2010
kalau dalam ayat 'Demi kemakmuran negara, rakyat mesti bekerjasama dan bersatu padu' atau 'Demi menjaga kemakmuran negara, rakyat mesti bekerjasama dan bersatu padu'. yang mana satu betul???

Puan,

Kedua-dua ayat betul dan boleh digunakan.

Tatabahasa11.10.2010
Salam, bolehkah saya tahu ejaan manakah yang betul bagi perkataan ini.a)isipadu b)isi paduEjaan yang betul ialah isi paduEjaan16.05.2017
perbezaan isipadu dan isi padu? Manakah yang betul? Isipadu silinder adakah salah? Saya masih ingat dulu tulis yang gabung tetapi sekarang ada yang gabung dan ada yang pisahkan.Ejaan yang betul ialah isi padu bagi kata umum dan istilah.Ejaan25.08.2014
Salam sejahtera, Adakah 'Lean Fundamentals' sesuai diterjemahkan kepada 'Asas Padu'? Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih.Kami berpandangan asas teguh atau asas kuat lebih sesuai digunakan kerana lazimnya padu dikaitkan dengan sesuatu yang secara fizikalnya boleh dilihat.Penyemakan dan penterjemahan17.02.2018
adakah penggunaan perkataan "kondusif" di dalam teks ini adalah tepat? "Membudayakan persekitaran yang bersih, selesa, selamat serta kondusif dapat menggalakkan warga klinik berkerja dalam suasana yang ceria, bersatu- padu, berdisiplin dan berupaya meningkatkan kualiti perkhidmatan disamping menaikkan imej organisasi / jabatan".

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kondusif ialah sesuai, baik dsb utk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu. Oleh itu istilah ini boleh digunakan dan sesuai dengan ayat yang saudara sertakan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesalahan ejaan dalam contoh ayat yang diberikan, iaitu berkerja sepatutnya bekerja, bersatu-padu sepatutnya bersatu padu (tiada tanda sempang), disamping sepatutnya di samping

Istilah08.06.2009
berikan kesalahan ayat yang menggunakan perkataan (demi,untuk),(terhadap,tentang),(dengan,akan)Contoh penggunaan kata sendi nama 'demi dan untuk' ialah 'Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi untuk kestabilan negara.' Ayat yang betul ialah 'Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi kestabilan negara.' Manakala contoh kesalahan penggunaan kata sendi nama 'dengan dan akan' ialah 'Wanita itu amat rindu dengan anaknya.' Ayat yang betul ialah 'Wanita itu amat rindu akan anaknya.'Tatabahasa07.03.2007
Riduan Basri Riduan Basri Jul 8th, 12:35pm Tuan, diruang mana saya mahu merujuk ejaan yang betul. Terima kasih.Sekiranya anda melayari http://prpm.dbd.gov.my untuk pencarian makna contohnya isi padu, pastinya anda akan menaip "isipadu" dan akan keluar paparan seperti ini --> http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=isipadu <-- pada paparan tersebut mempunya jadual yang mengandungi kolum Kata dan Takrif. Perkata yang ada pada kolum Kata itu adalah ejaan yang betul, manakala Takrif ejaannya merujuk kepada korpus bahasa sebab itu ejaan isi padu ditulis isipadu. Untuk memudahkan kefahaman isi padu itu tidak disebut isi (diam) kemudian disebut padu, sebaliknya disebut isipadu. Sebab itu dieja rapat iaitu isipadu untuk tujuan korpus bahasa Melayu. Untuk memastikan ejaan yang betul, boleh juga klik pada Khidmat Nasihat untuk membaca maklumat-maklumat selanjutnya, sama ada pertanyaan ejaan mahupun ayat. Mohon jasa baik tuan untuk mengambil tahu tentang cara membaca kamus. Selain itu, untuk maklumat tuan Kamus Dewan adalah rakaman semua perkataan umum dan yang popular digunakan masyarakat termasuk perkataan yang tidak rasmi dan rasmi. Contohnya perkataan yang tidak rasmi ialah catit dan perkataan rasmi catat. Sebab itu dimaklukan sebelum ini, catit itu salah dan betul adalah catat. Moga ini membantu. Sekian.Ejaan08.07.2014
12345

Kembali ke atas