Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[paip] | ڤاءيڤ

Definisi : 1. pembuluh utk menyalurkan air (minyak, gas, dll), pipa: ~ angin; 2. = ~ air cerat pan­curan air (utk orang awam dll), pili: dibukanya ~ dan air pun terpancarlah; 3. a) alat drpd kayu dll utk menghisap tembakau, pipa; b) pembuluh (drpd kayu dll) penyambung rokok, pipa; memaipkan membuat hiasan pd kek, biskut, dll dgn mengasak krim atau aising melalui sj bekas bermuncung: dia ~ aising di keliling kek itu; perpaipan (sistem, kerja dll) pemasangan paip: sistem ~ air dan gas utk bangunan itu telah siap dipasang; bayaran itu tidak termasuk kos ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[paip] | ڤاءيڤ

Definisi : 1 saluran bulat drpd logam dll utk menyalurkan benda-benda cair atau gas: ~ minyak. 2 mulut tempat keluar sesuatu benda yg disalurkan; cerat pancuran air; pili. 3 alat drpd kayu dll utk menghisap tembakau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paip