Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa/] | ڤق

Definisi : singkatan bagi bapak; ~ alang (ngah) bapa saudara yg tengah; ~ belang harimau; ~ cik a) ~ cu (usu) bapa saudara yg termuda; b) panggilan kpd orang yg separuh umur; ~ janggut a) orang yg ber­janggut; b) orang Benggali; P~ Kaduk orang yg malang kerana kebodohannya; ~ long (tua, ua, wa) bapa saudara yg tua sekali; ~ mulung tukang cerita dlm persembahan mekmulung yg turut sama melakonkan ceritanya dgn pelakon lain; ~ na Kl barua; ~ pacak orang yg tidak penting peranannya dlm sesuatu peristiwa (spt watak tambahan dlm lakonan pentas dll); P~ Pandir orang yg bodoh; ~ pecocok orang yg jahat (pencuri dll); ~ sanggup a) orang yg menyanggupi sebarang kerja yg diberikan; b) orang yg mengahwini perempuan yg sudah hamil; ~ teh bapa saudara (adik yg kelima atau keenam drpd ayah atau ibu); ~ turut orang yg tidak mempunyai pendirian sendiri (menurut orang lain sahaja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa/] | ڤق

Definisi : 1. peti atau kotak (dibuat drpd kayu) tempat barang; 2. IB bungkus (tembakau, rokok, dll); mengepak membungkus (membalut dll) barang-barang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa/] | ڤق

Definisi : IB pajak; ~ temurun Id pak (pajak) atas tanah yg ber­lanjutan turun-temurun; mengepak 1. memajak; 2. bp memborong; mengepakkan menyerahkan atau membo­rong sesuatu dgn cara pak (pajak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa/] | ڤق

Definisi : kep bapa(k). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa/] | ڤق

Definisi : peti atau kotak yg dibuat drpd kayu dan digunakan sbg tempat menyimpan barang-barang. ~ kuasa ist alat mudah alih yg dpt mengubah arus bekalan elektrik kpd arus terus atau kpd arus ulang-alik mengikut keperluan sesuatu alat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pak

Puisi
 

Pak haji memakai jubah,
     Jubah dibuat negeri Selibis;
Kasih kekal tiada berubah,
     Putus jiwa bersama habis.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Malang Pak Kaduk,
     ayamnya menang kampung tergadai.

Bermaksud :

Orang yang benar-benar malang nasibnya, segala sesuatu yang dimilikinya habis belaka.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin merujuk kepada buku teks Bahasa Malaysia tahun dua KSSR,tema 1 dan 2-mak usu,pak usu,pak ngah dan pak long ditulis dengan huruf besar.Terima kasih jikaada tindakan segera.Salam.
1. Penggunaan huruf besar bagi mak usu, pak usu, pak ngah dan pak long kerana merujuk terus kepada watak khusus dalam gambar, tema dan unit berkenaan.
2. Kandungan buku ini telah dirujuk kepada pakar bahasa seperti yang terdapat pada halaman penghargaan buku berkenaan.

Terima kasih.
Lain-lain14.01.2013
Pilih ayat yang sama maksud: "Apa kata pada hujung minggu ini kita pergi memancing ke Tanjung Leman," ujar Pak Din kepada Pak Salleh. A. Pak Din mengajak Pak Salleh pergi memancing di Tanjung Leman pada minggu itu. B. Pak Din mengajak Pak Salleh pergi memancing di Tanjung Leman pada hujung minggu nanti. Yang manakah betul, jawapan A atau B? Terima kasih.

Encik Yeoh,

Ayat yang sama maksud ialah ayat B.

Lain-lain11.10.2010
Tuan, _________ Farhan sudah hampir 10 tahun bersara dalam bidang perguruan. A. Pak cik B. Pak Cik C. Pakcik D. pak cik Yang manakah jawapan betul ?Jawapan yang betul ialah B. Pak Cik FarhanEjaan16.03.2013
Pak Cik Salleh atau Pak cik Salleh?Frasa yang betul ialah Pak Cik Salleh...Ejaan25.07.2013
Yang manakah betul ? (a) Anak-anak Pak Abu cantik-cantik belaka. (b) Anak Pak Abu cantik-cantik belaka. (c) Anak-anak Pak Abu cantik. (d) Anak-anak Pak Abu cantik belaka. (e) Anak Pak Abu cantik belaka.Ayat yang betul ialah ayat (b), (c), (d)Tatabahasa05.03.2010
Apakah ejaan yang betul 1. Pak cik Ali atau Pak Cik Ali?Ejaan yang betul ialah Pak Cik Ali.Ejaan24.07.2012
Salam, boleh saya dapatkan senarai sapaan anak/nama pangkat mengikut kedudukan dalam keluarga, misalnya anak pertama dipanggil Pak Long, anak kedua dipanggil Pak Ngah, dan seterusnya? Sekian, terima kasih.Dalam budaya Melayu, anak pertama sehingga anak kelapan ada gelaran yang khusus. Tidak ada pula gelaran untuk anak yang kesembilan dan kesepuluh. Namun, anak kedua bongsu dan yang bongsu ada gelarannya.
Gelaran mengikut tertib ialah: 1. Sulung/Along @ Pak/Mak Long;
2. Angah @ Pak/Mak Ngah
; 3. Alang @ Pak/Mak Lang;
4. Pandak/Andak @ Pak/Mak Andak;
5. Ateh @ Pak/Mak Teh;
6. Anjang @ Pak/Mak Anjang;
7. Hitam/Itam/Atam @ Pak/Mak Tam;
8. Muda/Uda @ Pak/Mak Uda. Anak kesembilan boleh dinamakan sendiri dengan gelaran yang sesuai.

Saya cadangkan no.9. Ilan @ Pak/Mak Ilan. Adi bermaksud adik (dalam bahasa Brunei). Oleh itu saya cadangkan, no. 10. Adi @ Pak/Mak Adi. Yang kedua bongsu, dalam keluarga ini no.11. digelar Acik @ Pak/Mak Acik; 12. Bongsu/Busu @ Pak/Mak Busu/Usu.  Ada juga sesetengah tempat menggunakan gelaran Enduk/ Mak Enduk yg bererti perempuan dan Wok/Mak Wok yang bererti manis manja.
Tatabahasa28.10.2012
Adakah penggunaan kata yang BERHURUF BESAR betul dalam konteks ayat ini? 1) BARISAN pokok-pokok pinang itu memisahkan tanah Pak Ali dengan Pak Seman. (barisan bermaksud "jamak"?) 2) Sikap penjaja yang menyorok barangan menyebabkan KURANG dalam pasaran. (sepatutnya kekurangan?)1) BARISAN pokok-pokok pinang itu memisahkan tanah Pak Ali dengan Pak Seman. Barisan bermaksud deretan dan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. 

2) Sikap penjaja yang menyorok barangan menyebabkan kekurangan bekalan dalam pasaran.
Tatabahasa02.08.2013
Anak-anak Pak Ali pandai-pandai belaka. Anak Pak Ali pandai-pandai belaka. Anak-anak Pak Ali pandai belaka. Ayat manakah yang betul dalam penggunaan kata ganda? Sila jelaskan. Terima Kasih, tuanAnak-anak Pak Ali pandai belaka, gandaan sebagai penanda jamak iaitu menandakan jumlah yang banyak.Tatabahasa27.06.2008
1) Pakcik Ali ATAU Pak cik Ali 2) pakcik ATAU pak cik? 3) pakciknya ATAU pak ciknya? salam, mohon bantuan untuk menentukan penggunaan perkataan yang tepat. terima kasih.

Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya manakala kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. oleh yang demikian jawapan yang betul ialah:

1. Pak Cik Ali

2. pak cik

3. pak ciknya

Tatabahasa14.02.2011
12345678910...

Kembali ke atas