Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.kar] | ڤاکر

Definisi : 1. ahli (mahir, pandai sekali) dlm sesuatu ilmu dll: orang yg ~ ; 2. orang yg ahli (pandai sekali, mahir) dlm sesuatu ilmu dll: ~ ekonomi; ~ kewangan; ~ tanaman; ~ runding pakar (dlm sesuatu bidang atau ilmu pengetahuan) yg dirujuk atau dirunding utk melaksanakan atau menyelesaikan sesuatu; kepakaran pengetahuan dan kemahiran seorang pakar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.kar] | ڤاکر

Definisi : 1 pandai sekali; banyak pengetahuannya; mahir; bijak: Dia memang ~ dlm bidang pertanian. 2 orang yg ahli dlm sesuatu bidang: ~ ekonomi; Bapanya ~ dlm bidang perubatan. kepakaran pengetahuan dan kemahiran seseorang pakar: Pelantikan beliau sbg pensyarah di universiti itu merupakan satu penghormatan terhadap ~nya dlm bidang bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakar (kata nama)
Bersinonim dengan ahli, pandai, jauhari, tukang, juru, sarjana, cendekiawan, cerdik pandai, ulama, utas, empu, kipu, spesialis;,
Kata Terbitan : kepakaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya tidak pasti ayat yang mana betul iaitu perunding-perunding pakar atau pun pakar-pakar perundingIstilah yang digunakan ialah perunding atau pakar runding. Oleh itu, dalam bentuk jamak istilah yang digunakan ialah perunding-perunding atau pakar-pakar runding.Tatabahasa03.01.2011
Tuan/Puan/Cik, Saya ingin meminta pendapat pakar-pakar di DBP tentang ejaan Jawi perkataan Inggeris "mingle" (bunyi fonetik: ˈmɪŋ.ɡəl). Kawan dari Abu Dhabi berkata bahawa ejaan nya adalah مينفل. Tetapi bunyi "ˈmɪŋ.ɡəl" dalam ejaan Jawi menggunakan huruf-huruf ڠ (nga) dan ڬ (ga) yang unik dalam abjad Jawi; misalnya "minggal" dieja ميڠڬل. Pada pendapat pihak DBP, apakah ejaan yang betul?Ejaan Jawi yang betul bagi perkataan mingle ialah ميڠڬل.Ejaan25.12.2019
sejarah pembinaan bahasa melayuBahasa Melayu tergolong dalam rumpun Austronesia. Sejarah bahasa Melayu mempunyai sejarah yang panjang. Pakar-pakar LInguistik percaya sejarah bahasa Melayu bermula pada abad ke-7. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan semasa pemerintahan kerajaan Srivijaya. Perkembangan bahasa Melayu berterusan dan pada abad ke-16, bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu, bahasa agama, bahasa undang-undang, bahasa ketatanegaraan, bahasa diplomasi, dan bahasa peredagangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku bertajuk Malay : World Language oleh James T. Collin, Perancangan Bahasa di Asia Tenggara oleh Prof Abdullah Hassan, Parancangan Bahasa dengan Rujukan Khas kepada Perancangan bahasa Melayu oleh Prof Asmah Hj Omar, dan Ceritera Bahasa oleh Prof Awang Sariyan.Lain-lain01.09.2007
bagaimana untuk membezakan kata majmuk yang dieja bersambung dan berpisah

Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) yang dianggotai oleh pakar-pakar bahasa memutuskan sebanyak 15 perkataan dieja bercantum sebagai satu perkataan (kata majmuk yang telah mantap). Antaranya ialah antarabangsa, beritahu, bumiputera, sukarela, tandatangan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 73.

Tatabahasa25.09.2008
Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Bagaimana cara penulisan perkataan ini ya. Contoh; Pakar Bius, Pakar Kardiologi. Adakah perlu ditulis huruf besar pada pangkal huruf? Terima kasih.Tidak perlu menggunakan huruf besar pada pangkal huruf untuk pakar bius atau pakar kardiologi dalam ayat. Ejaan03.09.2021
Bahasa Melayu abad Ke-7?Bahasa Melayu tergolong dalam rumpun Austronesia. Sejarah bahasa Melayu mempunyai sejarah yang panjang. Pakar-pakar Linguistik percaya sejarah bahasa Melayu bermula pada abad ke-7. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan semasa pemerintahan kerajaan Srivijaya. Perkembangan bahasa Melayu berterusan dan pada abad ke-16, bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu, bahasa agama, bahasa undang-undang, bahasa ketatanegaraan, bahasa diplomasi, dan bahasa peredagangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku bertajuk Malay : World Language oleh James T. Collin, Perancangan Bahasa di Asia Tenggara oleh Prof Abdullah Hassan, Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khas kepada Perancangan Bahasa Melayu oleh Prof Asmah Hj Omar, dan Ceritera Bahasa oleh Prof Awang Sariyan. Saudara juga boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 7.  Lain-lain20.11.2010
Azahari Abdullah Oct 31st, 11:26pm Tuan tidak tau apa keinginan saya.. SAYA INGIN MELIHAT TERBIT SEBUAH TERJEMAHAN AL-QURAN YG DIUSAHAKAN OLEH AHLI-AHLI BAHASA MELAYU.. Bukan seperti sekarang Al-Quran diterjemah ke Bahasa Melayu oleh pakar-pakar Bahasa Arab. Mereka ini tidak ahli dalam Bahasa Melayu.. Saya ingin kemukakan idea ini kepada pihak atasan, harap tuan bantu saya melahirkan pandangan dan cadangan saya kepada pihak berkuasa DBP agar dapat mengubah persepsi salah ini.. Tolong perkenalkan saya kepada seseorang atau beberapa orang yang boleh saya hubungi atau temui.. Terima kasih.Usaha menerbitkan sebuah terjemahan Al-Quran bukan hanya memerlukan kepakaran daripada ahli bahasa, sebaliknya usaha ini usaha bersama para ilmuaan kita yang terdiri daripada perlbagai bidang berkaitan temasuk juga ahli bahasa Arab an lain-lain. Kami mencadangkan pihak tuan dapat menghubungi Ketua Pengarah DBP sendiri untuk menyatakan hasrat ini. Tuan boleh menghantar e-mel kepada beliau melalui awang@dbp.gov.my Tuan juga boleh menghubungi pihak Jakim untuk mendapat maklumat terjemahan Al-Quran yang ada dalam pasaran sekaran ini, sama ada terjemahan ini tidak melibatkan pakar bahasa. Sekian, terima kasih.Lain-lain31.10.2014
Bolehkah saya tahu bagaimana 'ketersauran' menjadi istilah padanan untuk 'feasibility'. Ini ciptaan DBP, seharusnya ada rasional dan etimologinya serta pencipta istilah tersebut.Penciptaan sesuatu istilah oleh DBP melalui pelbagai proses etimologi dan diputuskan oleh pakar-pakar bahasa yang bertauliah.Lain-lain30.04.2019
Penggandaan kata majmuk bagi guru besar ialah guru-guru besar.Nyatakan mengapa penggandaannya bukan guru besar-guru besar.Bagi pengejaan kata majmuk yang dijamakkan seperti menteri besar dan guru besar, perkataan yang pertama sahaja digandakan menjadi menteri-menteri besar dan guru-guru besar. contoh lain seperti pakar runding - pakar-pakar runding dan ketua menteri - ketua-ketua menteri.Tatabahasa31.03.2010
Apakah definisi "pakar rujuk"?Pakar bermaksud ahli yang mahir dalam sesuatu bidang, rujuk dalam konteks pakar rujuk ialah orang yang dirujuk.Makna07.09.2017
12345678910...

Kembali ke atas