Shoveler yang juga dikenali sebagai spoonbill,
ialah itik kecil Hemisfera Utara yang mempunyai
paruh panjang berbentuk sudu. Ia hidup di Eropah,
Asia, dan Amerika Utara pada musim panas, dan
berhijrah ke selatan pada musim sejuk, ke Afrika
Utara, selatan Asia, dan Amerika Selatan. Bahagian
atas paruh menutup bahagian bawah. Burung
jantan berkepala hijau, berdada putih, dan berbadan
biru dan perang. Shoveler memakan moluska,
serangga, dan akar di air cetek. Ia mengambil
semulut penuh lumpur dan air menapisnya melalui
“palung” sisi paruhnya, meninggalkan makanan di
dalamnya. Ia membuat sarang di atas tanah,
kadangkala agak jauh dari air. Burung betina
bertelur dari 6 hingga 14 biji telur berwarna
kehijauan pucat hingga kebiruan.
Pengelasan saintifik. Shoveler tergolong dalam famili
Anatidae. Ia adalah Anas clypeata.