Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.tas] | ڤانتس

Definisi : 1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya; ~ mulut pandai (bijak) ber­cakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri; sepantas-pantas biar betapa pun pantasnya: ~ seseorang itu berlari, akhirnya dia akan kecundang juga oleh jaguh itu; memantaskan mencepatkan, melekaskan: langkahnya pun dipantaskan; kepantasan 1. kecepatan, kelajuan: kuda atau zirafah badannya ramping dan lurus, sesuai benar dgn ~ larinya; 2. kecekapan, ketangkasan: pd malamnya terdapat gelanggang manusia menunjukkan ~ pencak silatnya; pemantasan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantaskan, pencepatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tas] | ڤانتس

Definisi : Jw 1. patut, baik, layak: beberapa mingguan dan harian memberikan honorarium yg ~; katanya tak ~ aku memanggil tukang lawak masuk ke rumah; 2. kena benar (dgn), sesuai (dgn), sepadan (dgn): gaun itu ~ dgn potongan tubuhnya; 3. tampan, segak: kita harus berpakaian yg ~; sebarang kelakuannya ~ manis semuanya; 4. patutlah, padanlah, sudah selayaknya: ~ Sopian mengatakan ia punya adik yg bodoh sekali; ~ tiap-tiap pegawai yg pulang ke negeri Belanda kaya-kaya belaka; sepantasnya selayaknya, sepatutnya: “Tidak tuan,” jawabku dgn suara rendah sambil memandang spt orang yg berdosa, hal mana ~ bagi orang yg sudah berkahwin; memantas mengemasi (menghiasi dll) supaya pantas (elok dll), mematut; pemantas perhiasan dll yg dipakai supaya pantas (elok dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tas] | ڤانتس

Definisi : 1 dpt bergerak atau berlaku dgn cepat; lekas; laju: Mereka terus juga berkayuh dgn ~ menuju ke seberang. 2 dpt berbuat sesuatu dgn mahir; cekap: Kakak saya lebih ~ memasak drpd mengemas rumah. 3 layak; patut: Gaji yg tidak seberapa itu tidak ~ baginya sbg seorang yg mempunyai kepakaran. 4 sesuai; sepadan: Baju yg sangat terang warnanya tidak ~ dipakai oleh orang yg sudah berumur. memantaskan menjadikan pantas; mencepatkan: Aminah ~ langkahnya ketika hampir dgn garisan penamat. kepantasan 1 hal cepat membuat sesuatu; kecepatan; kelajuan: Tina dpt menaip dgn ~ 40 patah perkataan seminit. 2 keadaan pantas: ~nya membuat kerja sukar ditandingi. 3 perihal mahir melakukan sesuatu; kemahiran; kecekapan: Amin menunjukkan ~nya menari di tempat yg licin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pantas (adjektif)
1. Bersinonim dengan tangkas: cepat, kencang, laju, deras, lekas, ligat, lancar, cergas, giat, gesit, bangat, segera, pesat, jeraus, gancang, sigap, seput, sebat,
Berantonim dengan lembap

2. Bersinonim dengan cekap: mahir, cerdas, cekatan, lancar, fasih, gancang, akas, langkas, jeraus, cakap,
Berantonim dengan lembam

Kata Terbitan : memantaskan, kepantasan,

Peribahasa

Pantas seperti lipas.

Bermaksud :

Cepat bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(4)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fast bowlerpembaling pantasSukanTiadaPembaling yang membuat hayunan pantas pada kelajuan lebih kurang 128 km sejam.
crash zoomluru pantasKomunikasiTiadaPergerakan kanta kamera yang dilakukan secara pantas semasa merakamkan sesuatu subjek. Kaedah ini boleh dilakukan dengan cara memanipulasikan ukuran jarak kanta pada kamera.
high speed camerakamera pantasKomunikasiTiadaKamera yang dapat menghasilkan kesan pergerakan yang pantas atau perlahan bagi sesuatu objek yang dirakam berdasarkan kepada kadar kelajuan bingkai sesaat yang digunakan.
rapid firingpembakaran pantasKejuruteraanTiadaTeknologi pembakaran dalam masa yang singkat untuk menghasilkan barangan seramik dengan kadar yang pantas.
gas spargingbesut gasKejuruteraanTiada1. Semburan gas yang pantas ke dalam bekas tindak balas untuk mengeluarkan udara sebelum tindak balas dimulakan.,2. Semburan gas pantas sebagai pencampur bagi cecair.
dithergeletarAeroangkasaTiadaGetaran pantas permukaan kawalan pesawat udara.,Nombor yang mewakili nisbah di antara halaju sesuatu jasad di dalam suatu bahantara dengan halaju bunyi di dalam bahantara yang berkenaan. Contoh: udara.,Getaran pantas permukaan kawalan pesawat udara.
quick release couplingpengganding lucut pantasKejuruteraanKejuruteraan MekanikPenyambung yang terdiri daripada penyambung betina berserta klip bulat dan penyambung jantan yang sepadan, yang dicantumkan. Penyambung antara dua batang paip, hos atau tiub ini boleh ditanggalkan dan dipasang semula dengan pantas dengan cara menarik klip dan melepaskan penyambung jantan. Penyambung jenis ini boleh bertahan pada tekanan tinggi setanding dengan sambungan jenis lain seperti sambungan berulir dan sambungan terkimpal. Penyambung jenis ini banyak digunakan dalam sistem kuasa bendalir.
fad dietdiet fadMakanan dan PemakananPemakananJenis diet yang menjanjikan penurunan berat badan secara pantas, biasanya melalui diet yang tidak sihat dan tidak seimbang. Diet ini disasarkan kepada individu yang ingin menurunkan berat badan dengan pantas tanpa melakukan senaman. Penggunaan sesetengah diet ini boleh memberikan kesan yang tidak baik kepada kesihatan. Contohnya, diet Atkins, diet tinggi protein dan diet rendah lemak.
ground loopgelung bumiAeroangkasaTiadaSatu belokan pesawat udara yang tidak terkawal ketika taksi dengan pantas, setelah mendarat atau sebelum berlepas.,dan berada dalam kawasan 25 batu nautika dari bikon.,Satu belokan pesawat udara yang tidak terkawal ketika taksi dengan pantas, setelah mendarat atau sebelum berlepas.
rapidjeram; pantas; cepat; deras; pesatFizikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas