Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.pa] | ڤاڤ

Definisi : sangat miskin; ~ kedana terlalu papa; ~ kerma sl azab dan sengsara; tujuh kali pindah jadi ~ prb pekerjaan yg tiada tetap itu me­nambahkan kerugian sahaja; memapakan menyebabkan (menjadikan) papa; kepapaan keadaan papa: menderita ~; pemapaan perbuatan menjadikan papa: penganiayaan dan ~ secara tersusun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.pa] | ڤاڤ

Definisi : bp bapa, ayah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.pa] | ڤاڤ

Definisi : tidak memiliki apa-apa pun; miskin sekali. kepapaan keadaan papa; kemiskinan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
papa
Rujuk :miskin

Peribahasa

Dulu rampak rimbun daun,
     kini 'lah sangat merarasi.

Bermaksud :

Dulu kaya dan cantik, kini papa dan buruk. raras = gugur, luruh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Papa pelancong terpukau oleh/akan persembahan tarian zapin yang dipersembahkan oleh kanak-kanak kelainan upaya.Kedua-duanya betul.Tatabahasa31.03.2010
Mohon pandangan berkaitan tajuk seperti di bawah: PERATURAN TETAP OPERASI MENYELAMAT ORANG PAPA DI BAWAH AKTA ORANG-ORANG PAPA 1977 Penggunaan di Bawah Akta atau Bawah Akta sahajaPenggunaan bahasa yang betul ialah PERATURAN TETAP OPERASI MENYELAMAT ORANG PAPA DI BAWAH AKTA ORANG-ORANG PAPA 1977.Tatabahasa31.12.2020
Assalamualaikum tuan, saya dan kumpulan penulis telah meulis sebuah manuskrip untuk kanak-kanak bertajuk Papa Berhentilah Merokok. Bagaimanakah caranya saya boleh terbitkan buku tersebut dengan DBP? terima kasih. -amani
Puan,

Untuk makluman, puan boleh menghantar manuskrip Papa Berhentilah Merokok kepada Ketua Editor Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja di alamat:

Ketua Editor,
Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Aras 19, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50604 Kuala Lumpur.

Manuskrip yang dihantar hendaklah disertakan dengan perkara yang berikut:
1. Surat penyerahan manuskrip
2. Pengesahan karya asal
3. Biodata penulis
4. Sinopsis
5. Sasaran pembaca

Semoga jawapan di atas dapat membantu puan.

Terima kasih kerana berurusan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lain-lain30.03.2021
perkataan apakah yang membawa maksud orang yang hina sekalihina-dina =hina-lata =hina-leta =hina-papa (orang yg) paling rendah martabat lagi miskin (rujuk Kamus Dewan).Makna26.12.2006
orang yang paling hinaOrang yang hina-dina atau hina-lata atau hina-leta atau hina-papa (iaitu orang yang paling rendah martabat lagi miskin.Lain-lain17.12.2006
Bagaimana diterjemah perkataan-perkataan berikut yang merupakan satu set huruf fonetik dalam komunikasi tentera, polis dan sebagainya. Alpha, bravo, charlie, delta, echo, foxtrot, golf, hotel, india, juliett, kilo, lima, mike, november, oscar, papa, quebec, romeo, sierra, tango, uniform, victor, whiskey, xray, yankee, zulu.

Kumpulan perkataan yang dinyatakan merupakan perkataan yang terkandung dalam  NATO phonetic alphabet atau Radiotelephony Spelling Alphabet. Kumpulan perkataan ini tidak boleh diterjemahkan dan perlu digunakan dalam bentuk asal kerana telah diselaraskan penggunaannya di seluruh dunia.  

Lain-lain19.07.2022
saya ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan bintang tujuh dan orang yang hina sekali dipanggil apaBintang tujuh ialah gugusan bintang yg tujuh banyaknya. Orang yang hina sekali dipanggil orang yang hina-dina atau hina-lata atau hina-leta atau hina-papa.Makna13.12.2006
pindah

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud pindah ialah bertukar tempat (kediaman, kerja, dll); ~ milik bertukar pemilik atau tuan punya; ~-randah selalu bertukar tempat (kediaman, dll); ~ tangan bertukar tuan (barang, harta benda, dll); tujuh kali ~ jadi papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan prb pekerjaan yg tiada tetap akan merugikan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari laman web DBP.

Makna24.01.2010
mohon semak ayat dan ejaan: Bapa saya Ini bapa saya. Bapa saya bernama Musa. Bapa saya suka baca buku. Bapa saya guru. Guru suka baca buku. Musa suka baca buku. --------- Mama saya Ini mama saya. Mama suka hati. Bapa beli baju baharu. Bapa beli pasu baharu. Bapa beli meja baharu. Bapa beli sofa baharu. Mama suka hati. -------- Guru saya Ini guru saya. Mari baca buku. Kami suka baca buku. Guru suka hati. Kami pula geli hati. ------ Geli hati Yaya belajar kira-kira. Satu, lima jadi lima. Kami geli hati. “Kamu kira lagi”, kata cikgu. “Kamu kena kira lagi”, ulang cikgu. Yaya kira lagi. “Satu tambah lima jadi enam”, kata Yaya. “Yaya bijak!”, kata cikgu. ------- Hari Jadi Yaya. Hari ini hari Selasa. Hari ini hari jadi Yaya. Yaya suka hati. Bapa bagi buku. Mama beli baju lawa. Adik pula beri lima rama-rama. Yaya suka hati. ----- Meja makan baharu Ini meja. Ini meja makan. Ini meja makan baharu. Meja makan ini ada lapan kerusi. Meja makan ini besar. Papa beri kepada mama. “Terima kasih, papa,” kata mama. ------ Apa dalam Bakul? Mama, apa dalam bakul? Dalam bakul ada baju. Dalam bakul ada buku. Dalam bakul ada bola. Boleh saya lihat? Boleh. ----- Limau Cuba rasa limau ini. Saya suka limau. Limau rasa manis. Limau rasa sedap. Tetapi, Ada limau rasa masam. Ada limau rasa pahit? Ada, limau busuk. Kami geli hati. Ada limau rasa masin? Ada, limau kena garam. Kami ketawa.Soalan saudara/ saudari tidak jelas.Tatabahasa30.06.2010

Kembali ke atas