Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.rah] | ڤاره

Definisi : 1. teruk atau berat sangat (luka, pe­nyakit): mereka cedera ~; penyakit lemah jantungnya bertambah ~; 2. susah, sukar, teruk (keadaan dll): penghidupannya sudah ~; rumah kita ini sudah ~ benar; Ramli betul-betul sudah ~ mengikuti permainan kami; pd hari pengumuman keputusan perbicaraan dan hari-hari seterusnya perangai ibunya semakin ~; memperparah menjadi lebih parah; keparahan perihal atau keadaan parah: tindakan tersebut boleh menyebabkan tumbuhan itu sembuh atau ~ penyakitnya akan berkurang; ~ ekonomi kerana naik turunnya harga pasaran bahan-bahan eksport. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.rah] | ڤاره

Definisi : 1 terlalu sangat (sakitnya dll); teruk benar (kecederaannya): Dlm kemalangan itu, seorang gadis Cina telah cedera ~. 2 susah atau sukar benar keadaannya: Keadaan kewangannya ~ benar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
parah (adjektif)
1. Bersinonim dengan nazak: tenat, kritikal, teruk, genting, melarat, serius, akut, lasat,

2. Bersinonim dengan susah: sukar, payah melarat, derita, sengsara papa, papa kedana, miskin, muflis, bankrap,
Berantonim dengan senang

Kata Terbitan : keparahan,


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nyeng[øEN]kata adjektifberkenaan anggota badan yang luka parah atau hancur.Nyeng sebelah badan pon idop lagi.[øEN s«.b«.lAh bA.dAn pon idop lA.gi]Hancur sebelah badan pun masih hidup lagi.
cekah[tS«.kAh]kata kerjamenerkam.Tangan Mak Limah luke terok kene cekah berok jantan.[tA.NAn mA/ li.mAh lu.k« t«.Äo/ k«.n« tS«.kAh b«.č/ dZAn.tAn]Tangan Mak Limah luka parah kena terkam beruk jantan.

Kembali ke atas