RENJER | Renjer ialah unit khusus rejimen infantri dalam pasukan tentera Amerika Syarikat. Pasukan renjer diberi latihan yang lebih keras daripada rejimen infantri lain. Pasukan renjer ditubuhkan pada tahun 1942, semasa Perang Dunia II (1939–1945) di bawah pimpinan Kolonel William O. Darby. | UMUM | |
PERANG SARAF | Perang saraf menggunakan propaganda untuk mencapai tujuan yang tertentu. Perang saraf boleh digunakan sebelum perang untuk mencegah meletusnya peperangan ataupun semasa perang untuk memenanginya. Sesebuah negara menggunakan perang saraf untuk meyakinkan negara musuh bahawa mereka tidak akan menang jika berlakunya perang dan justeru itu, peperangan tidak perlu dimulakan. Semasa perang, negara menggunakan perang saraf untuk meyakinkan pasukan tentera musuh bahawa perjuangan mereka itu tidak adil dan sia-sia, dan untuk melemahkan keyakinan terhadap para pemimpin. Matlamatnya ialah memusnahkan tekad musuh untuk berperang. | UMUM | |
PERANG MEXICO | Perang Mexico (1846–1848) ialah pertempuran antara Amerika Syarikat dengan Mexico kerana perselisihan yang berterusan selama dua dekad. Selama perang tersebut, pasukan tentera Amerika Syarikat telah menyerang Mexico dan menduduki ibu kotanya, Mexico City. Mengikut Perjanjian Guadalupe Hidalgo, Amerika Syarikat memperoleh wilayah California, Nevada dan Utah, hampir seluruh Arizona dan New Mexico, serta bahagian Colorado dan Wyoming daripada Mexico . Namun, kebanyakan ahli sejarah berpendapat bahawa perang itu merupakan serangan yang tidak sepatutnya dibuat terhadap sebuah negara yang lemah. | UMUM | |
TAWANAN PERANG | Tawanan perang ialah anggota angkatan bersenjata yang ditawan ketika perang. Dalam banyak kes, tawanan perang menyerah diri kepada pasukan musuhnya. Tetapi sesetengah ditawan secara paksa. | UMUM | |
PASUKAN PENEROKA | Pasukan peneroka dibentuk dari kalangan Angkatan Udara Diraja British pada tahun 1942 semasa Perang Dunia II (1939–1945) di bawah perintah juruterbang Australia, Group Kapten Donald Bennett. | UMUM | |
PERANG NAHAWAND | Perang Nahawand berlaku pada tahun 16 H./ 637 M. semasa pemerintahan Khalifah ‘Umar al- Khattab r.a. Bangsa Parsi mengundur diri dari al- Mada’in, ibu kota yang dibuka oleh orang Islam pada tahun 16 H./637 M., dan melarikan diri ke Halwan. Dari sana, mereka mula mengumpulkan pasukan tentera untuk mara ke al-Mada’in. Panglima tentera Islam, Sa‘ad ibn Abi Waqqas mengutuskan satu pasukan tentera di bawah pimpinan anak saudaranya, Hashim ibn ‘Utbah ibn Abi Waqqas menentang mereka dalam Perang Jalulak pada akhir tahun 16 H./637 M. Pasukan tentera Islam mengalahkan tentera Parsi seperti juga dalam Perang al-Qadisiyyah. Kemudian tentera Islam terus mara dan membuka Halwan dan kemudiannya Qarmisin pada tahun yang sama. Ia merupakan peperangan terbesar yang dikenali sebagai era pembukaan di Nahawand oleh orang Islam. Tentera Parsi di bawah pimpinan al-Firzan dapat dikalahkan dan ini membuka laluan kepada tentera Islam untuk mara ke pelosok jajahan Iran. Sementara itu, Yazdajir panglima tentera Parsi melarikan diri ke Asfahan. | UMUM | |
TIKUS TOBRUK | Tikus Tobruk ialah pasukan tentera Pihak Berikat dalam Perang Dunia II, yang mampu bertahan dalam satu pengepungan selama lapan bulan, semasa kempen Afrika Utara pada tahun 1941. Pasukan tentera Berikat telah dikepung oleh Kor Jerman Afrika di Tobruk, yang terletak di pesisiran pantai Libya, setelah keseluruhan Tentera Inggeris berundur dari situ. Mereka bertahan dari 11 April hingga 10 Disember, apabila tentera Jerman menghentikan kepungan itu. | UMUM | |
SHERIDAN, PHILIP HENRY | Sheridan, Philip Henry (1831–1888) Ialah jeneral terkemuka pihak Kesatuan terutamanya kerana kejayaannya dalam Perang Saudara Amerika (1861–1865). Dia menjadi terkenal sebagai ketua pasukan kereta perisai semasa Perang Saudara Amerika di Lembah Shenandoah, Virginia. | UMUM | |
PERANG MU'TAH | Perang Mu’tah berlaku antara orang Islam dengan orang Rom di Syam ketika Rasulullah s.a.w. masih hidup. Antara sebab tercetusnya peperangan ini adalah kerana Rasulullah s.a.w. mengutuskan seorang utusan untuk menghantar kitab al-Quran kepada raja Basrah (di Syam). Apabila utusan yang membawa kitab tersebut singgah di kampung Mu’tah, dilihat oleh Syurahbil ibn ‘Amru al-Ghassaniy lalu dia dibunuh. Mengikut peraturan pada masa itu, utusan tidak boleh dibunuh. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. berasa marah lalu Baginda menghantar satu pasukan tentera seramai 3000 orang ke Mu’tah pada bulan Jamadilawal tahun kelapan Hijrah. | UMUM | |
SENOI PRAAQ | SENOI PRAAQ, satu pasukan bantuan dalam Pasukan Polis Hutan (PPH). Pasukan ini ditubuhkan pada tahun 1956 untuk menghadapi ancaman komunis terhadap masyarakat Orang Asli. Senoi Praaq bermakna Orang Perang atau Orang lawan Orang Asli. Sejarah penubuhan pasukan ini bermula pada masa Darurat (1948-1960), ketika komunis menghasut masyarakat Orang Asli supaya menyertai perjuangan mereka menentang kerajaan. Pengganas komunis telah memperalatkan Orang Asli untuk mendapatkan bekalan makanan dan memberikan maklumat tentang pergerakan pasukan keselamatan. Untuk menjaga kepentingan masyarakat Orang Asli, pihak British menubuhkan satu unit Praaq pada bulan Mei 1956. Pasukan tersebut diketuai oleh Lt. Kol. R.O.D. Noore, penasihat Orang Asli di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Pasukan ini diberi latihan senjata api dan taktik berperang oleh Rejimen 22, Special Air Service (SAS). Kumpulan pertama pasukan ini terdiri daripada 40 orang yang dibahagikan kepada empat seksyen, iaitu 10 orang setiap seksyen. Sebahagian besar anggota terdiri daripada bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang kembali menyokong kerajaan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |