Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.tut] | ڤاتوت

Definisi : 1. baik atau elok (perangai, perbuatan, dll), senonoh: jangan kamu ingin akan yg tiada ~, dan jangan kamu bersalahan dua bersaudara; orang ~-~ orang baik-baik; 2. layak, sesuai (utk melakukan sesuatu dll):guru hendaklah tahu bila ia ~ bercakap dan bila ia ~ diam; aku periksa erti-erti perkataan itu dan bagaimana ~ dipakai; 3. tidak berlebihan atau berkurangan, padan, sesuai: harga barang itu sudah ~; 4. sl sepadan (dgn), sesuai benar (dgn), setuju: maka menjadi ~lah Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan spt saudara sejalan tadi; 5. berpadanan, seimbang, setimbal: belum ~ dosanya Hang Tuah ini dibunuh; kalau begitu ~ benar kaya-kaya orang Lampung itu; 6. tidak boleh tidak, mesti, wajib: ukuran dada ~ bertambah kira-kira tujuh setengah sentimeter apabila dikembangkan; 7. perlu, penting: ~ juga diberitahu di sini bahawa ...; 8. sudah seharusnya, selayaknya: jika orang bergelar itu ~ bergajah, dibawakan gajah; tetapi Menteri Muda bukan orang yg ~ dilupakan; 9. sebenarnya, sesungguhnya: pd ~nya, dialah yg menjadi raja kerana dia yg tuanya; 10. tidak dihairankan, padan benar: ~lah beria-ia benar dia memandang ke mari tadi; 11. Kl boleh jadi, mungkin; sepatutnya 1. semestinya, selayaknya, sepantasnya: kasihan, ~ engkau duduk bersenang-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan; 2. sudah selayaknya, sudah tentunya, sebenarnya: polis ialah pegawai keamanan yg ~ menjadi tempat orang mencari perlindungan; 3. = dgn ~ dgn selayak­nya, dgn baik-baik, tidak dipermudah-mudah atau dipermain-mainkan: ia akan menghukum orang yg didapati bersalah dgn ~; berpatut-patut ada had atau batasnya yg patut, berpada-pada; berpatutan 1. tidak lebih dan tidak kurang, padan benar (dgn), sesuai: kita sendiri juga sedang memerlukan pertahanan yg ~ utk mempertahankan diri kita; 2. setimbal, se­cocok, sepadan: jikalau negara mesti mengambil harta itu utk kebajikan umum harga yg ~ haruslah diberi; 3. tidak keterlaluan, sederhana, sedang: bagi melaksanakan percubaan ini kita mesti mengeluarkan udara terlebih dahulu dr satu bikar yg ~ besarnya; 4. sl baik (kelakuan, perangai, dll), elok, se­nonoh: maka adat itu meluluskan yg boleh sahaya menegurkan kelakuan raja-raja yg tiada ~; 5. sl kena, cocok, sesuai: jikalau barang satu perkataan itu dipakaikan ~ dgn tempatnya, nescaya sedaplah bunyinya; 6. perlu, cukup: mereka memikirkan bahawa Bangsa-Bangsa Bersatu itu ialah suatu pertubuhan yg terlalu jauh utk diberi perhatian yg ~ dlm rancangan pelajaran kebangsaan; mematut 1. mengatur atau mengenakan sesuatu supaya elok, memperbaik, memper­elok: ia berdiri di hadapan cermin besar sambil ~ ikatan sampingnya; 2. = mematut-matut; ~ diri menghias diri supaya kelihatan tampan, bersolek, berdandan: bujang itu mundur selangkah ke belakang, demi dilihatnya Rijnhaard mematut-matut dirinya; mematut-matut 1. Mn melihat (menye­lidiki, memandang, dll) utk mengetahui buruk baiknya; 2. mengira-ngira (utk mengetahui berapa banyaknya dll), mengagak-agak, menimbang-nimbangkan: dia lantas ~ dan menduga-duga keadaan masa depannya; kalau saya bersuamikan Kamal nanti, demikian dia ~, dapatlah saya menolong meringankan penderitaan mereka nanti; mematutkan 1. mengatur (menyusun dll) supaya elok, membaikkan lagi, mengelokkan; 2. sl menganggap patut (padan, sesuai): maka Tengku Mansor pun hendak menjadi Raja, kerana banyak orang tua-tua ~ dia, kerana ia pangkat tua; 3. = mematut-matutkan; ~ diri mencantikkan diri (supaya kelihatan sajak, segak, tampan) dgn bersolek, berdandan, dsb: di hadapan cermin muka, ia ~ diri; 4. menjadikan patut (padan, sesuai, dll): kepatutan 1. = patutan pendapat (baik buruk dll); pertimbangan; 2. perihal patut, kelayakan, kesesuaian, kecocokan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.tut] | ڤاتوت

Definisi : ; akar ~ tuan sj tumbuhan (pokok memanjat), Thunbergia grandiflora. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.tut] | ڤاتوت

Definisi : 1 baik lagi elok (bkn perangai dll); senonoh: Tidak ~ engkau berbuat kasar begitu kpdnya. 2 sesuai benar; layak; padan: Dia memang sudah ~ menerima penghormatan itu. 3 sudah seharusnya atau selayaknya: Penjahat itu ~ dihukum bunuh. 4 sebenarnya; sesungguhnya; tentu saja: Dialah yg ~ menjadi raja kerana dia yg tua. berpatut-patut ada had atau ada batas yg patut; berpada-pada: Kalau meminta, biarlah ~. berpatutan tidak lebih dan tidak kurang; cocok benar; berpadanan: Gajinya ~ dgn jawatannya. sepatutnya 1 apa-apa yg patut; semestinya; selayaknya: ~ engkaulah yg memegang jawatan itu. 2 tentu saja; sebenarnya; sudah seharusnya: ~lah ibunya meminta pertolongan drpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patut (kata tugas)
1. Bersinonim dengan layak: sesuai, padan, wajar, cocok, laik, labut, gegadan,

2. Bersinonim dengan mesti: wajib, tidak boleh tidak, memang, tentu, harus, wajar, hendaklah, pasti, nescaya, perlu, fardu, cengki, cengli, sembada,

3. Bersinonim dengan mustahak: penting, perlu, pantas,

Kata Terbitan : sepatutnya, berpatutan,

Puisi
 

Pisang awak jatuh berlerai,
     Jatuh sebiji ke sarung kain;
Patut tuan hendak bercerai,
     Sudah berjanji dengan yang lain.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Memberi barang kepada kera.

Bermaksud :

Mempercayai orang yang tiada patut dipercayai.

 

Lihat selanjutnya...(8)

302

Don't let the fox guard the hen-house

Jangan berikan tanggungjawab atau kepercayaan kepada orang yang tidak patut dipercayai.

Jangan menyuruh kapak menyelam beliung

The people were really angry when it was discovered that a known swindler had been elected as the treasurer of the village. It was unbecoming to let the fox guard the hen-house. We feared that he might exploit his position for his own interests.

Orang ramai naik marah apabila mendapat tahu bahawa seorang lelaki yang diketahui kaki putar belit dipilih menjadi bendahari kampong itu. Jangan menyuruh kapak menyelam beliung. Kami khuatir dia mungkin menggunakan kedudukannya demi kepentingan peribadi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(13)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
deservevt patut, sepatutnya: he ~s a good spanking, dia patut dipukul; her claims ~ attention, tuntutannya patut diberi perhatian; ~ /well, ill/ of, /patut, sepatutnya/ /diperlakukan, tdk diperlakukan/ dgn baik: he ~s well of his country, dia patut diperlakukan dgn baik oleh negaranya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deservingadj patut menerima + approp n: the ~ poor, orang miskin yg patut menerima bantuan; scholarships offered to ~ students, biasiswa yg diberikan kpd pelajar-pelajar yg patut menerimanya; to leave o’s money to ~ charities, meninggalkan wang sso kpd badan-badan kebajikan yg patut menerimanya; ~ of, /patut, sepatutnya/ /menerima, diberi/: a case ~ of attention, kes yg patut menerima perhatian; a ~ case, kes yg patut diberi perhatian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
do~s and don’ts, perkara yg patut dan yg tdk patut dilakukan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blameworthyadj patut disalahkan: ~ behaviour, kelakuan yg patut disalahkan; a ~ administration, pentadbiran yg patut disalahkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
-worthycomb. form /patut, wajar/ [v]: praise~, patut dipuji; blame~, patut dipersalahkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
creditableadj deserving praise, /dapat, patut/ dipuji: a ~ performance, persembahan yg patut dipuji; ~ effort, usaha yg patut dipuji.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
undeservedadj tdk patut (diberi): the punishment given was ~, hukuman yg dikenakan adalah tdk patut; ~ promotion, kenaikan pangkat yg tdk patut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
want4. should or ought, patut: if the pain becomes bad, you ~ to see a doctor, kalau sakit itu bertambah teruk, kamu patut berjumpa doktor; you ~ to take more care of yourself, kamu patut menjaga diri sendiri; you ~ to look where you’re going, kamu patut melihat ke mana kamu pergi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
meritoriousadj (fml) patut dipuji: the soldier was decorated for ~ service, askar itu dikurniai pingat kerana perkhidmatannya yg patut dipuji; ~ conduct, kelakuan yg patut dipuji.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shabby3. unfair, dishonest, tdk patut; (of treatment) buruk: it was ~ of him to treat you so, tdk patut dia memperlakukan kamu spt itu; such ~ treatment by the firm should be made known, layanan buruk spt itu oleh syarikat tersebut patut dihebahkan; play a ~ trick on so., menipu sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas