Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ya] | ڤايا

Definisi : 1. kawasan tanah bencah (digenang air) yg ditumbuhi berbagai-bagai jenis tumbuhan, rawa: tukang canang berbelok ke kanan menuju tanah lembah yg penuh dgn ~ dan rawa; ~ bakau kawasan paya yg ditumbuhi pokok bakau, hutan bakau; ~ kumbuh kawa­san paya yg ditumbuhi sj rumpai (yg daunnya boleh dianyam); 2. Ph kawasan tanah bencah yg ditanami padi, bendang, sawah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ya] | ڤايا

Definisi : 1 kawasan tanah bencah yg digenangi air dan ditumbuhi pelbagai tumbuh-tumbuhan; rawa. 2 kawasan tanah bencah yg ditanami padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paya (kata nama)
Bersinonim dengan rawa, rawang, redang, bencah, lopak, kubang.,

Puisi
 

Jika puan pergi ke paya,
     Jangan ke paya dengan Cik Siti;
Jika tuan kurang percaya,
     Saya rasa berkecil hati.


Lihat selanjutnya...(95)
Peribahasa

Menggali paya menimbun bukit.

Bermaksud :

Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAYA PONTINE UMUM 
PAYA DISMAL UMUM 
PAYA UMUM 
TANAH PAYA ALLEN

Tanah paya Allen ialah kawasan seluas 970

kilometer persegi di tengah Ireland. Ia menjangkau

dari kaunti Kildaire hingga sebahagian Laois, Offaly,

dan Westmeath. Gambut yang digali dengan mesin

dari rawa itu digunakan sebagai bahan api di stesen

janakuasa tertentu.

UMUM 
RAWANG

Rawang ialah kawasan basah yang ditumbuhi

tumbuhan tidak berkayu seperti mensiang, rumput,

purun, dan rusiga. Kawasan basah yang ditumbuhi

pokok dan belukar dinamakan paya (lihat Paya ).

UMUM 
TASIK XOCHIMILCO

Tasik Xochimilco, tasik yang menyerupai paya di

Mexico City, Mexico, terkenal kerana terdapat “taman

terapung”. Menjelang waktu wilayah tersebut

ditakluki oleh Sepanyol pada tahun 1521, Orang Asli

Amerika sudah pun membuat lima buah tasik cetek

daripada sebuah tasik yang lebih besar dengan cara

membina daik. Mereka menimbunkan lumpur

lembut di atas ranting yang berjalin dan membentuk

batas untuk menanam bunga dan sayur-sayuran. Saiz

“taman terapung” ini beransur-ansur menjadi lebih

besar dan akhirnya dipenuhi tumbuhan yang akarnya

berjalin antara satu sama lain. Ramai pelancong

berperahu di terusan-terusan yang memisahkan

pulau-pulau buatan tersebut.

UMUM 
EVERGLADES

Everglades ialah salah satu kawasan paya yang

paling menarik dan luar biasa di dunia. Kawasan

ini meliputi 7112 kilometer persegi, di bahagian

selatan Florida, Amerika Syarikat.

UMUM 
BURUNG SINTAR

Burung sintar ialah nama biasa bagi sejenis

famili burung paya yang terdapat di kebanyakan

tempat di seluruh dunia. Famili ini termasuk

burung sintar sebenar, burung gallinule dan

burung panglin.

UMUM 
PUKEKO

Pukeko ialah sejenis burung New Zealand

berwarna-warni yang hidup di kawasan paya,

tebing tasik, dan tanah ladang yang tidak

mempunyai saliran yang baik.

UMUM 
AZALEA

Azalea ialah nama sekumpulan pokok renek

berbunga. Azalea tumbuh liar di kawasan hutan

jarang dan paya di Asia dan Amerika Utara. Terdapat

juga banyak jenis yang menarik sebagai tanaman

taman.

UMUM 
12345

Kembali ke atas