Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.yung] | ڤايوڠ

Definisi : 1. alat bertangkai yg biasanya dibuat drpd kain, kertas, dsb yg dipasang pd kerangka boleh lipat utk melindungi seseorang atau sesuatu drpd terkena hujan atau panas mata­hari dan juga digunakan sbg alat kebesaran raja dll; ~ kain; ~ kertas; ~ sutera; paku ~ paku yg kembang kepalanya dan digunakan utk memaku atap zink; 2. = ~ terjun kain bulat yg diberi bertali pd tepinya dan diguna­kan utk terjun dr kapal terbang (tempat tinggi dll); askar ~ terjun pasukan askar yg digugur­kan oleh kapal terbang; 3. ki sesuatu yg me­lindungi, penaung, pelindung: pd suatu ketika dahulu Tanah Melayu berlindung di bawah ~ Inggeris; ~ bawat = ~ pawat Jw payung kecil yg ber­batang tinggi dan berwarna-warni (utk menun­jukkan kebesaran seseorang); ~ berapit payung kerajaan yg dibawa berdampingan di hadapan raja dll; ~ cetera sj payung utk me­nunjukkan kebesaran seseorang; ~ iram-iram = ~ rama-rama sj payung kuning yg bahagian tepinya berlipat-lipat dan terumbai-umbai (utk raja-raja); ~ perteduhan naungan ki tempat berteduh, tempat bernaung, tempat mem­pertaruhkan nasib; ~ ubur-ubur sj payung putih yg berlipat-lipat tepinya utk mema­yungkan jenazah raja (di setengah-setengah tempat digunakan juga oleh raja yg masih hidup); dianjungkan spt ~, diambak spt kasur prb terlalu sangat dimuliakan atau dihormati (ter­utama orang besar-besar); sediakan ~ sebelum hujan prb hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yg kurang baik; berpayung memakai payung; yg ~ yg ditembak prb jikalau anak-kemana­kan atau anak semang yg bersalah, tentulah yg akan dituntut mamaknya atau induk semangnya; berpayungkan menggunakan sesuatu sbg payung: mereka berehat di tepi pantai sambil ~ sebatang pohon besar yg rimbun; memayungi 1. melindungi, (menutupkan) dgn payung; 2. ki melindungi, menaungi: sinar merah di hujung langit mula membayang, kabus putih ~ bukit-bukit tinggi; memayungkan mempergunakan sbg payung; payungan tempat yg dipayungi, lindungan: kami berteduh di bawah ~ kanopi kedai itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.yung] | ڤايوڠ

Definisi : ; ~ ali a) sj tumbuhan (herba), Biophytum adiantoides; b) sj tumbuhan (pokok), Eurycoma longifolia; daun ~ sj tumbuhan (palma), daun keruh, daun lat, daun sang, daun sar, daun segaluh, daun selebar, Teysmannia altifrons; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput pinang, Mariscus cyperinus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.yung] | ڤايوڠ

Definisi : 1 alat yg dpt dikembangkuncupkan, biasanya dibuat drpd kain atau kertas utk melindungi pemegangnya drpd hujan atau panas. 2 ki negeri (orang dll) yg melindungi; penaung; pelindung: Tanah Melayu pernah berlindung di bawah ~ Inggeris. Engkaulah ~ hidupku. ~ terjun kain bulat dll yg diberi bertali tepinya dan digunakan utk terjun turun dr kapal terbang dsb. ~ ubur-ubur payung yg berambu-rambu tepinya dan digunakan sbg tanda kebesaran raja. berpayung memakai payung: Dia ~ kerana hari hujan. berpayungkan menggunakan sesuatu sbg payung: Mereka ~ surat khabar semasa ke sini tadi kerana hujan renyai-renyai. memayungi 1 melindungi seseorang drpd hujan atau panas dgn payung; menutup dgn payung. 2 menjadi sbg payung kpd; melindungi. memayungkan menggunakan (sesuatu) sbg payung: Dia ~ pelepah daun pisang utk melindungi diri drpd hujan. payung 1 alat yg dpt dikembangkuncupkan, biasanya dibuat drpd kain atau kertas utk melindungi pemegangnya drpd hujan atau panas. 2 ki negeri (orang dll) yg melindungi; penaung; pelindung: Tanah Melayu pernah berlindung di bawah ~ Inggeris. Engkaulah ~ hidupku. ~ terjun kain bulat dll yg diberi bertali tepinya dan digunakan utk terjun turun dr kapal terbang dsb. ~ ubur-ubur payung yg berambu-rambu tepinya dan digunakan sbg tanda kebesaran raja. berpayung memakai payung: Dia ~ kerana hari hujan. berpayungkan menggunakan sesuatu sbg payung: Mereka ~ surat khabar semasa ke sini tadi kerana hujan renyai-renyai. memayungi 1 melindungi seseorang drpd hujan atau panas dgn payung; menutup dgn payung. 2 menjadi sbg payung kpd; melindungi. memayungkan menggunakan (sesuatu) sbg payung: Dia ~ pelepah daun pisang utk melindungi diri drpd hujan. payungan tempat yg dipayungi; lindungan: Kami berteduh di bawah ~ kanopi itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
payung (kata nama)
Kata Terbitan : memayungi,

Puisi
 

Baiklah baik memincang payung,
     Naik ke lampau memukul gendang;
Kalau sudah hatiku hayung,
     Rugi sedikit mana dipandang.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Dianjung seperti payung,
     diambak seperti kasur.

Bermaksud :

Orang yang sangat dimuliakan. dianjung = diangkat ke atas.

 

Lihat selanjutnya...(2)