Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ga.ngan] | ڤݢڠن

Definisi : 1. sesuatu yg dipegang: kerana terburu-buru habis bertaburan ~nya; 2. baha­gian sesuatu benda tempat dipegang (tangkai, hulu, dll); 3. pekerjaan (daerah dll) yg di­pegang: dan Tun Talanai anak Bendahara Paduka, ~nya Suir; 4. sesuatu yg dijadikan dasar utk menentukan sesuatu, pedoman, pendirian: ada beberapa perkara yg harus diingat dan dijadikan ~; buku ~ buku pe­doman; hilang ~ hilang kepercayaan; 5. per­buatan memegang: dicubanya melepaskan diri drpd ~ orang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ga.ngan] | ڤݢڠن

Definisi : 1 tempat berpegang: Kalau tongkatnya hilang, tentulah orang buta itu meraba-raba mencari ~. 2 sesuatu yg dijadikan dasar (prinsip); pedoman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pegang
Kata Terbitan : berpegang, berpegang pada, berpegangan, memegang, pegangan, pemegang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
-PENGETAHUAN AGAMA YANG (LUAS) -DIDIKAN AGAMA YANG (SEMPURNA) Bagi pegangan agama, apakah kata adjektif yang patut digunakan? (A) PEGANGAN AGAMA YANG KUKUH atau (B) PEGANGAN AGAMA YANG TEBAL atau (C) PEGANGAN AGAMA YANG LUAS Apakah jawapanya? Jika kesemuannya salah, sila beritahu saya kata adjektif yang sesuai.Kata adjektif yang sesuai bagi frasa "pegangan agama" ialah "kukuh". Kata adjektif "luas" pula sesuai untuk frasa "pengetahuan agama".Tatabahasa21.04.2011
maksud istilah bagi 'tanah kekal' , 'tanah pajakan' , 'tanah bebas' dan 'tanah pajakan 99 tahun pemberian kerajaan' .Menurut istilah terdapat dua jenis status tanah sahaja iaitu freehold -pegangan kekal (tanah yang menjadi milik kekal), dan leasehold - pegangan pajak(tanah yang akan diambil semula selepas 99 tahun). Yang dimaksudkan sdr. tanah kekal dan tanah bebas merujuk 'freehold' dan tanah pajakan dan 99 tahun pemberian kerajaan merujuk 'leasehold'. Walau bagaimanapun istilah yang terbaharu dan tepat ( dalam bahasa Melayu) ialah seperti yang di atas.Makna10.05.2007
tepukan yang "gemuruh" atau "bergemuruh"? pegangan agama yang "kental" atau "kukuh" atau "kuat"? Tindakan berani seseorang pekerja berjaya menggagalkan "perompakan" atau "rompakan"? "Perkembangan" atau "pengembangan" bahasa Melayu? Mana satu yg betul? Dan apakah sebabnya? Mohon pencerahan munsyi

Penggunaan bahasa/tatabahasa yang tepat adalah seperti berikut:

 

1. Tepukan yang gemuruh.

2. Pegangan agama yang kuat

3. Pekerja yang berjaya menggagalkan rompakan

4. Perkembangan ialah hal atau perbuatan berkembang, dan

    pengembangan ialah hal atau perbuatan mengembang atau mengembangkan.

    Penggunaan kedua-dua perkataan ini bergantung pada konteks ayat yang ingin disampaikan.

Lain-lain21.08.2021
Penjelasan yang diberikan oleh tatabahasa pegangan berkenaan kata sendi nama' pada' telah mengelirukan saya. Penjelasan yang diberikan hanya merujuk keterangan tempat , waktu , tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja dan merujuk manusia dan haiwan ( yang mesti didahului kata kerja 'ada') . Namun demikian, saya dapati ayat contoh yang diberikan tidak menepati tugas kata sendi nama 'pada' seperti yang dinyatakan .Ayat contoh berikut ialah " Begnya pada saya ."Penerangan dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, seperti Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi (keterangan waktu) dan Senarai nama pemenang ditampal pada papan kenyataan (keterangan tempat). Dan kata sendi nama pada juga digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu, seperti Wang itu ada pada ibu dan seperti ayat contoh yang tuan berikan bentuk yang gramatis ialah Begnya ada pada saya. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 274.Tatabahasa17.12.2012
maksud perkataancengkamanMakna cengkaman ialah pegangan (genggaman) dgn kuku atau cakar.Makna12.08.2009
apakah maksud HedonismaHedonisme bermaksud, suatu pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Terima kasih kerana berurusan dengan pihak kami.Makna10.10.2006
tema /téma/ bertemakan menggunakan sesuatu (rangkaian kata dsb) sbg tema: Hari Kebangsaan 1984 ~ Amanah Asas Kejayaan . slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan (panduan dsb) sesuatu pertubuhan, kempen dsb; cogan kata. Mohon pencerahan kerana saya keliru perbezaan antara tema dan slogan kata. Mengikut kefahaman saya "Amanah Asas Kejayaan" adalah slogan kata bukannya tema. Ini kerana saya merujuk kepada maksud tema adalah dasar cerita yg dipercakapkan; perkara yg dijadikan dasar sesuatu cerita, pembicaraan dll.Ungkapan ringkas seperi Amanah Asas Kejayaan merupakan slogan kerana slogan ialah kata-kata keramat yang dijadikan pegangan sesuatu organisasi. Walau bagaimanapun tidak salah juga untuk kita menyebutnya sebagai tema kerana tema ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu perbincangan. Contohnya, ungkapan 1 bangsa, 1 bahasa, 1 Negara diangkat sebagai tema hari kebangsaan kerana subjek tersebut yang menjadi dasar dalam perbincangan tentang hari kebangsaan. Dalam konteks yang lain seperti tema sesebuah filem atau cerita tidaklah boleh disamakan dengan slogan.Tatabahasa28.02.2014
Budaya Hedonisme di kalangan remajaHedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Makna18.05.2007
List of Top 30 Equity Investment Holdings by Percentage of Issued Shares as at 31st December 2014 Apakah terjemahan dalam bahasa malaysia bagi perkataan di atas: Pilihan 1: Senarai 30 Pegangan Pelaburan Ekuiti Teratas Berdasarkan Peratusan Terbitan Saham Setakat 31 Disember 2014.Untuk makluman tuan, kami telah menyemak teks berbahasa Melayu berkenaan, bukannya terjemahan.  
Senarai 30 Pegangan Pelaburan Ekuiti Teratas Berdasarkan Peratusan Terbitan Saham sehingga 31 Disember 2014.
Penyemakan dan penterjemahan05.02.2015
Salam sejahtera. Boleh pihak tuan senaraikan buku yang boleh dijadikan pegangan untuk topik Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu? Terima kasih.Antara buku yang boleh dirujuk ialah Fonetik dan Fonologi, Indirawati Zahid, PTS Publishing 2006.Lain-lain11.11.2016
12345678910

Kembali ke atas