Apakah pekerjaan Encik Roslan? (1):Pekerjaan Encik Roslan ialah sebagai anggota polis trafik (2):Pekerjaan Encik Roslan sebagai seorang anggota polis trafik Manakah jawapan betul? kenapa? bukankah 'Encik Roslan bekerja sebagai anggota polis trafik' lebih sesuai? | Ayat yang lebih gramatis ialah Encik Roslan bekerja sebagai anggota polis trafik. | Tatabahasa | 06.08.2013 |
Tuan/ Puan, "mendapat pekerjaan" atau "mendapatkan pekerjaan" lebih betul penggunaannya ? Minta pencerapan. | Frasa yang betul ialah "mendapat pekerjaan" | Tatabahasa | 30.08.2020 |
1. rending ayam atau ayam rending 2. memberikan peluang pekerjaan atau mewujudkan peluang pekerjaan | 1. rendang ayam.
2. mewujudkan peluang pekerjaan. | Tatabahasa | 26.10.2013 |
jelaskan dengan ringkas apakah perbezaan diantara profesion dan pekerjaan | Profesion ialah pekerjaan yang selalunya memerlukan kelayakan yang tinggi dan latihan khas, misalnya dalam bidang undang-undang, perubatan dan perakaunan. Manakala pekerjaan ialah sesuatu yang dilakukan atau diusahakan secara berterusan untuk mencari nafkah. | Makna | 26.07.2009 |
apakah maksud kecuaian dalam pekerjaan | Puan Jamiah, Maksud "kecuaian dalam pekerjaan" dapat ditakrifkan secara literal bahawa sesuatu perbuatan yang cuai atau lalai ketika melaksanakan pekerjaan atau tugas yang diarahkan. Bersama-sama ini dilampirkan takrifan kata "cuai dan pekerjaan" yang dipetik daripada Kamus Dewan Edisi Keempat untuk rujukan puan. kecuaian perihal cuai, kelalaian: nahas itu berlaku kerana ~ pemandu lori itu; pekerjaan sesuatu yg diusahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah: ~nya yg baru ini menjadikan hidupnya agak senang; mencari ~ berusaha utk mendapatkan jawatan atau tugas-tugas yg menghasilkan pendapatan (secara berterusan); 3. (segala) tugas atau urusan (yg telah ditentukan sbg tanggungjawab), kewajiban, peranan: pastikan supaya dia menjalankan segala ~nya dgn memuaskan; anggota pertubuhan ini hendaklah menjalankan ~ masing-masing; 4. sesuatu (apa sahaja) yg dilakukan, perbuatan: setiap hari itulah saja ~nya, menghabiskan masa dgn kawan-kawannya | Makna | 06.03.2009 |
Apakah beza antara STRUKTUR pekerjaan dan BIDANG pekerjaan? | Tidak ada maksud bagi frasa yang tersebut. Ap yang dapat kami bantu ialah memberikan makna perkataan struktur dan bidang. Struktur bermaksud sesuatu yang dibina atau dibentuk. Bidang pula bermaksud kegiatan yang diceburi. | Makna | 09.10.2015 |
Assalamualaikum. tujuan saya menhantar emel ini ialah untuk bertanya tentang khidmat pekerjaan yang disediakan untuk saya sebagai pelajar yang ingin mencari pekerjaan sambilan semasa cuti semester, apabila saya kembali ke tempat tinggal saya di Kuching Sarawak. cuti semester yang agak panjang, lebih kurang 2 bulan/ bulan. adakah pihak DBP menawarkan sebarang pekerjaan bagi mencari wang untuk kami sebagai pelajar? | Untuk makluman puan, DBP tidak menawarkan pekerjaan sambilan untuk pelajar yang sedang bercuti semester. | Lain-lain | 21.12.2014 |
Penggunaan perkataan 'dan' 'di' di dalam kata nama khas. Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Pejabat atau Kursus Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Pejabat | Ayat yang betul ialah Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Pejabat. | Tatabahasa | 06.08.2021 |
DBP, yang manakah adalah betul? (a) Tidak ketinggalan juga, industri pertanian dapat meningkatkan peluang pekerjaan masayarakat Malaysia. (b) Tidak ketinggalan, industri pertanian juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan masayarakat Malaysia. | (b) Tidak ketinggalan, industri pertanian juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan masyarakat Malaysia. | Tatabahasa | 06.07.2011 |
Adakah pekerjaan/proses kerja semasa anda melibatkan *alat yang menghasilkan bunyi bising ATAU mendedahkan anda kepada bunyi bising yang memerlukan anda meninggikan suara anda apabila bercakap dengan orang lain sepanjang minggu kerja anda? (*cth: mesin rumput, panyelenggara mesin/enjin/jentera, mesin pengabutan dsb) Adakah bahasa soalan di atas betul ? | Soalan yang diberikan merupakan sebahagian daripada kandungan dokumen soal selidik. Untuk makluman pihak tuan, DBP menyediakan semakan dokumen bahasa Melayu dengan kadar RM8 satu muka surat (saiz huruf 12; Arial/ Times New Roman; langkau 2 baris). Sila e-melkan dokumen tersebut kepada fadhilahbahar@dbp.gov.my untuk sebut harga dan maklumat lanjut. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.08.2022 |